SABIC HQ di Riyadh, salah satu mercu kebanggaan Arab Saudi
Sebuah kota metropolitan berkeluasan 1,600 km persegi (besar tuh...) dan dihuni oleh lebihkurang 5 juta penduduk. Menurut sejarah, nama Riyadh diambil dari perkataan arab "rawdah" yang bermaksud taman atau tempat yang penuh dengan pokok-pokok. Sebelum kurun ke 18, Riyadh merupakan sebahagian dari negeri pertama Saudi dimana Diriyah merupakan ibukota nya. Pada tahun 1818, Riyadh telah dijadikan sebagai ibu kota selepas Diriyah telah dimusnahkan oleh orang Turki. Kerajaan Arab Saudi telah dibentuk pada tahun 1932 oleh Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saud dan Riyadh sebagai ibukota. Selepas penemuan minyak pada tahun 1950, bandar ini telah membangun dengan cukup pesat menjadi sebuah metropolis.
Kingdom Tower, bangunan tertinggi di Riyadh
Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Riyadh ni termasuk lah beberapa muzium dan bangunan bersejarah seperti Kota Musmak (gambar terdapat di belakang not SR200). Ini tidak termasuk bangunan2 moden nya seperti Kingdom Tower dan Faisaliah Tower.
Cerita pasal SABIC HQ nih.... terdapat 20 bangunan dikeseluruhan kawasan nya. Bangunan utamanya mempunyai 16 tingkat bangunan berkembar. Terdapat 2 bangunan yang bersambung dikedua2 belahnya. Ianya menempatkan auditorium dan dewan pameran serta cafeteria dan masjid. Selain itu disediakan 4 tingkat bangunan letak kereta yang boleh memuatkan 2,500 kereta.
Villabayu,
ReplyDeleteCantiknya Riyadh.. Harapnya dapatlah saya jejakkan kaki ke sini satu hari nanti..
InsyaAllah...
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSelamat datang ke Internet Radio yang hanya boleh didengar melalui pc anda sahaja berkonsepkan Berhibur Sambil Berdakwah - makasih
http://malaysiaexpress.net/radiokita.html