Hari Khamis di kawasan pergunungan (Madain Saleh), hari Jumaat pulak ke dasar Laut Merah di Al-Sharm, Yanbu. Selain anak-anak aku dan Samkae, ada 3 orang baru yang turut serta dalam penyelaman kali ni; Faizul@Acai dari BBTX, Asnul dari Rabigh dan Abg Pi dari Yansab.... ramai tuh..tak lama lagi bertambah lagi member baru yang akan menyertai kita orang... Zikhan dan Ali... lagi syok bila dah ramai nih, boleh selalu buat trip....
Sedang menyediakan set menyelam.
Antara ikan yang di lihat... tapi kali ni tak berapa memuaskan pasal kadar penglihatan yang kurang kerana ombak kuat.Kapal karam di teluk Al-Sharm... bukan kapal besar tapi cuma kapal ronda tentera kot.... tempat ni yang kami jumpa dolphin tapi kali ni tak de apa yang menarik sangat...
Dua orang anak dara aku yang kini selalu mengikut aku turun ke dasar laut....
No comments:
Post a Comment