Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

13 September 2009

Ramadhan in Yanbu

Sedar tak sedar, puasa tahun ni dah di penghujungnya. Dan tahun ni, tahun kedua aku dan keluarga berpuasa jauh dari suasana di tanah air. Kalau di tanahairku, suasana raya tu dah cukup terasa. Masing-masing sibuk dengan persiapan nak beraya. Shoppingnya lah, kuih muihnya lah, duit rayanya lah, baju rayanya lah, jualan murahnya dan macam-macam lagi sehingga ramai yang lupa yang Allah pun sedang buat jualan murahnya (bak kata Ustaz abdul Rahman). Alhamdullillah, suasana itu tidak terasa sangat di sini. Aku tak sibuk-sibuk nak pikir cari baju raya, bini aku tak sibuk-sibuk nak beli kuih raya. Pusat-pusat beli-belah pun macam biasa je... Part yang ini buat aku suka berpuasa dan menyambut raya di sini.

Waktu Iftar di dalam Masjid Nabawi
Walau macam mana pun, kami rakyat-rakyat Malaysia di Yanbu dah berpakat nak buat Marhaban di sini. Sekurang-kurangnya acara ziarah menziarahi ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita dan juga menghidupkan suasana hari raya di sini terutama untuk anak-anak.

Juadah berbuka di Masjid Nabawi




Suasana menanti waktu iftar di dataran Masjid Nabawi.

Suasana selepas Asar di dataran Masjidil Haram

Lautan manusia mengerjakan tawaf.

Menanti waktu iftar di D'Saji

15 September 2008

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran*


Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik Cara Menyambut Idul Fitri. Jangan sekali-kali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan.

Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan supaya keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.



Takbir Di Malam Raya

Banyakkan bertakbir pada malam raya sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan melaksana ibadat dan menundukkan nafsu di sepanjang Ramadan. KesimpulannyaBulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgn amalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadi insan yg soleh/solehah.


*Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran,maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah.

05 September 2008

Puasa di Yanbu, KSA

Setelah lima hari, ada beberapa perkara yang menarik tentang berpuasa di sini, yang memang tak dapat di rasai di Malaysia.

1) Mata aku jauh terjaga berbanding di Malaysia pasal kat tempat kerja sorang perempuan pun tak de. Perempuan kat luar pulak berselubung terus, jadi terselamat lah mata ni ... heee, lelaki normal lah katakan....
2) Waktu kerja di bulan Ramadhan cuma 6 jam je. Masuk kul 10am, balik kul 4pm, tapi ada gak masuk kul 7:30am dan balik kul 1:30pm...
3) Waktu isyak nya di lambatkan supaya perbezaan waktu Maghrib dan Isyak exactly 2 jam... jadi banyak masa untuk makan dan rehat selepas berbuka tu... tak lah berebut-rebut masa tu.
4) Terawih cuma 8 rakaat je di masjid2 dan surau di sini kecuali di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.
5) Ramai yang berebut memberi orang makan berbuka puasa..
6) Alhamdullillah... tinggal di Yanbu ni dapat merasa berbuka puasa di Madinah dan Makkah dan berterawih di sana....
Semalam aku sempat ke Madinah bersama dengan Hj Fadil, Hj Halim dan Hj Zin... Kita orang solat zohor dulu kat Masjid Quba sebelum ke Masjid Nabawi. Kat Masjid Nabawi aku dapat berjumapa dengan kawan dari Malaysia yang baru je sampai buat Umrah. Buat pertama kali dapat merasai berbuka puasa dan berterawih di Masjid Nabawi ni....

Gambar dari kiri, Hj Halim (BASF), Hj Fadil (Thioxide) & Hj Zain (Titan). Semua otai-otai tu tapi nampak muda-muda lagi... gambar ni diambil selepas solat maghrib.Lobo dan Hj Sanusi pun ada gak di Madinah... dua-dua ex-Titan punye orang...
Suasana di luar perkarangan Masjid Nabawi sebelum masuk waktu berbuka. Semua orang berebut memberi makan untuk berbuka puasa sampai kena tarik-tarik tangan suruh makan kat tempat dia orang.

Bersama dengan Erwan, member aku yang datang buat umrah ramadhan.

Kami cuma dapat buat 8 rakaat je pasal dah nak kena balik Yanbu. Masa tu jam pun dah pukul 10 malam. Tak silap aku Terawih kat Nabawi ni habis pukul 11:30 malam. Ramai gak yang dari Yanbu ni tidur satu malam di sana... tapi kita orang berempat memang tak de plan nak tidur. Alhamdullillah, kita orang selamat sampai Yanbu dalam pukul 1 pagi, sempat singgah satu restoran untuk bersahur dulu sebelum balik kerumah masing-masing....

31 August 2008

Sejarah Ramadan...

* Ramadan: ertinya panas terik

* Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)

* Berlakunya Perang Badar Al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan.

* Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala.

* Di dalamnya terdapat malam al-Qadar yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.

* Di pilih sebagai kewajipan ibadat puasa.

* Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)


Kelebihan Bulan Ramadhan

* Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)

* Bulan penuh keberatan

* Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar

* Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu

* Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya

* Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga

* Bulan menambah rezeki

* Menambahkan pahala dalam buku catatan amal

* Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.

* 10 hari pertama adalah rahmat,

* 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah

* 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka.

Get Free Shots from Snap.com