24 July 2008

Iqamah For Family


Today's Quote:
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .."

Rindu benor hujan kat Malaysia ni. Masa balik hari tu, tak de pulak hujan lebat. Gambar atas tu aku ambik masa sebelum berangkat ke Arab masa bulan Mac dulu.
Hujung minggu ni kita orang tak keluar dari Yanbu. Mula tu ingat nak ikut rombongan ke Madain Saleh, tempat bersejarah yang menarik di sebelah utara, lebihkurang 3 jam dari Yanbu. Ianya merupakan tempat kisah Nabi Saleh dan kaum Thamud. Oleh kerana proses meletakkan gambar family dalam Iqamah aku tak siap lagi, so tak dapat lah nak ikut dia orang.

Anyway, semalam dah pun bertambah keluarga Malaysia di Yanbu ni. Isteri dan anak Leman dah pun selamat sampai, malah kita orang tadi sempat gak gi bandar Yanbu bersama.
Proses untuk masuk kan butiran family ke dalam Iqamah sama je. Mula-mula sekali kena buat medical check up. Lebihkurang 3 hari dah dapat keputusannya. Lepas tu serahkan lapuran kesihatan pada pihak syarikat. Seminggu selepas tu kena serahkan Iqamah kita dan juga passport family untuk di proseskan. Expected siap within two weeks. InsyaAllah, minggu depan siap kot. Once siap gambar family dalam Iqamah kita, passport family akan diserah semula.

Yang ini pulak gambar bersama dengan mak dan abah. Tadi abah telefon yang mak dan abah akan datang kesini buat umrah pada bulan Ramadhan ini. Rancangan awal mereka akan datang sini dengan Visa Ziarah untuk terus beraya di sini tapi bila aku nak submit permohonan visa, peluang untuk diluluskan amat tipis kerana musim haji dah tak lama lagi dan kebiasaannya visa ziarah akan dibekukan sehingga selepas habis musim haji. Untuk tidak mengambil risiko, mak dan abah buat keputusan guna visa umrah je, so lepas ni raya haji lah baru plan bawak mak dan abah ke Yanbu ni, InsyaAllah...

18 July 2008

To Madinah with Family


Memang geram tengok bukit pasir tu yang terletak di laluan ke Badr. Next time kena bawak something macam skateboard, so boleh main gelungsur kat situ.... Anak-anak aku pun happy je main kat situ, in fact dia orang ajak pergi lagi hari ni.

Bukan budak-budak je suka, aku tengok bapak-bapak budak pun sakan semacam je...

14 July 2008

Something to Share

CONFIDENCE
Once, all village people decided to pray for rain. On the day of prayer all people gathered and only one boy came with an Umbrella, that's Confidence
TRUST
Trust should be like the feeling of a one year old baby when you throw him in the air, he laughs......because he knows you will catch him; that's Trust
HOPE
Every night we go to bed, we have no assurance to get up alive in the next morning but still you have plans for the coming day; that's Hope
KEEP CONFIDENCE, TRUST OTHERS & NEVER LOSE HOPE

09 July 2008

Ragam Permata Hati...



Sedar tak sedar, dah seminggu family aku di Yanbu RC, KSA ni. Budak2 ni pun dah boleh adjust dengan masa kat sini. Tidur dah normal kembali... Setakat ni dia orang masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan cara hidup di sini....InsyaAllah okay ler tu...

06 July 2008

Tae Kwan Do Remaja Johor

Ini dia puteri kedua aku.... masa kat Malaysia sempat aku pergi tengok dia beraksi untuk Kejohanan Terbuka Remaja Tae Kwan Do Johor Bahru. Jangan main-main, Naib Juara tu...

Pertandingan di adakan di Stadium Tertutup Larkin. Kat Arab ni aku sedang cari kelab untuk anak-anak aku boleh terus berlatih, kalau tak, terpaksa lah latih sendiri.




Tiga orang puteri aku sejak umur 7 tahun aku hantar belajar Tae Kwan Do. Yang nombor dua ni nampak lebih menyerlah dari kakak dan adik dia. Lagi satu step nak dapat full black belt tapi kena tunggu umur 15 tahun.



Tahniah Nazihah Syuhada ....
Naib Juara Tae Kwan Do Remaja JB!!








04 July 2008

Selamat Kembali Ke Yanbu

Hari ni dah masuk hari kedua family aku berada di Yanbu. Setakat ni dia orang okay je...
Kami selamat sampai ke rumah kami di Yanbu ni pukul 11:30 malam 2hb Julai waktu tempatan.
Kerja-kerja mengemas belum selesai lagi ni... ada 10 luggage aku bawak termasuklah 2 kotak makanan.... tak taulah berapa lama stok tu boleh bertahan.... antara makanan yang aku bawak termasuklah ikan bilis,udang kering, rempah ratus, kicap cap udang dsb. Yang aku terlupa nak bawak lada kering.... kat sini memang tak de lada kering.

Masa seminggu kat Malaysia langsung tak sempat nak bukak computer. Nak bukak email pun tak sempat, apatah lagi update blog ni.

Ni nak cerita sikit masa balik Malaysia, nyaris-nyari Hj Rosehaizat tak dapat keluar dari arab kerana Re-entry/exit visa dia tak valid. Family semua lepas tapi dia je yang tersilap. Silap kat valid date pasal guna pakai visa yang terdahulu. Macamana dia orang buat kerja pun, aku tak tau. Moral of the story, apa-apa dokumen pun, kita semua kena periksa banyak kali. Make sure semua data yang ada kat dokumen tu betul.
Macam aku, masa dapat semula passport isteri dan anak-anak dari Saudy Embassy kat KL, semua visa validity nya 3 bulan, tapi anak aku yang bongsu punye validity nya dia orang letak 1 minggu. Nasib baik adik aku check setiap visa kat passport tu. Kalau tak, naye je bila nak berlepas, tengok visa anak dah tak valid. Itupun tersangkut setengah jam kat imigresen Jeddah pasal tak de rekod visa anak yang bongsu ni belum ada dalam sistem komputer dia orang.

Again, moral of the story, always check and double check carefully whatever documents that you receive from these arabs. Never take or assume everything is alright. One small mistake, things can go so awful….