Showing posts with label Jeddah. Show all posts
Showing posts with label Jeddah. Show all posts

14 February 2009

Makkah - Jeddah - Madinah

Ini lah dia bandar-bandar tumpuan di hujung minggu bagi kami yang tinggal di Yanbu ini. Dah tak terasa jauh langsung walaupun nak ke Makkah atau ke Jeddah mengambil masa lebihkurang 3 jam lebih, apatah lagi ke Madinah. Alhamdullillah, ini lah kelebihan dapat tinggal di Yanbu. Bandar Yanbu sendiri sedang pesat membangun dengan pelbagai projek perumahan, taman-taman rekreasi serta pusat-pusat perniagaan.
Kesan krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang ini seakan tidak terasa di sini walaupun syarikat tempat aku bekerja memberikan bonus yang agak berkurangan dari tahun yang sudah kerana jualan yang merundum jatuh pada suku ke-4 2008. Kalau kat Malaysia, krisis ekonomi yang cukup gawat semakin gawat dengan krisis politiknya... haru biru betul. Apa-apa hal, kita hendaklah sentiasa berdoa agar sentiasa diberikan yang terbaik dalam kehidupan ini.

Mereka di atas ni adalah yang terbaik dan cukup professional bila menjalankan tugas mereka. Pantas, cekap dan cemerlang ... para pekerja sedang membersihkan dataran Kaabah. Satu perkara yang aku baru perasan, walaupun banyak jugak burung-burung berterbangan di sekitar Kaabah, setakat ini tak pernah pulak aku ternampak tahi burung di dataran tu. Lagi satu, tahi cicak pun aku tak pernah nampak kat Masjidil Haram.Deretan bekas air zam-zam di dataran Kaabah. Telaga Zam Zam berukuran 18X14 ft dengan kedalamam 18 meter. Ianya bermula 4000 tahun yang lampau dan tidak pernah kering. Tidak pernah berubah rasa dan tidak pernah ada algae atau lumut yang hidup. Pam-pam motor dengan kapasiti 8000 liter sesaat digunakan untuk menyediakan air ini kepada jutaan jemaah.

Gambar ini pula adalah kawasan rumah Saidina Abu Bakar r.a yang terletak hampir dengan Bab Salam di Masjid Nabawi. Secara tepatnya, adalah di Tiang ke 5 sejajar dengan Bab Siddiq.
Untuk tiga minggu berturut aku dan keluarga tak diam kat Yanbu. Olehkerana musim sejuk dah kira berlalu pergi dengan suhu air Laut Merah sekitar 25 Celcius, InsyaAllah, minggu ini mungkin nak turun laut pulak.

07 February 2009

Cerita tak terkini

Dah lama aku tak bercerita kat blog ni. Baru nak bukak cerita, tengok2 dah ada kat mama bungas. Tak sempat den nak cerita, binik dah tulis.... so sonyap aje ler ...
Ini kisah jalan-jalan ke Jeddah tak dirancang, mama bungas kata qadak punyer ...
Yang ini pulak pasal persembahan kat sekolah anak di YIS ...
Cerita pasal sekolah ni, masih ramai yang dok bertanya sekolah mana yang bagus kat Yanbu ni ... bagus atau tidak terpulang pada diri masing-masing bila buat pilihan. Satu perkara yang nyata, pilihan tak banyak. Bukan tak banyak, tak de pilihan sebenarnya...
Dua orang anak aku bersekolah di Al-Tawhid dan dua orang lagi di YIS. Kalau boleh memang aku nak semua anak-anak aku belajar di YIS. Tengoklah macam mana nanti... Setakat ni masing-masing suka pergi ke sekolah, tak kira lah yang ke Tawhid maupun yang ke YIS. Alhamdullillah, semua boleh catch up dan quite competitive di kelas.

02 November 2008

Jeddah-Makkah

Konsulate Malaysia Jeddah menutup tirai rumah terbuka Syawal. Majlis yang cukup meriah yang dihadiri sendiri oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi iaitu Professor Madya Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf.
Berbagai lapisan masyarakat Malaysia yang hadir memeriahkan suasanaYang berbaju batik tu penyanyi jemputan dari Yanbu dengan bayaran SR100
(Gambar di cedok dari mksuzana.fotopages.com , isteri MK)

Keesokan harinya, selepas menghantar family di Mall Of Arabia, aku dan Hj Ghaz ke Ziebart untuk pasang windows tinted film. Quality wise, not that impressive. Niat nak cari kawasan kedai2 accessories kereta tapi tak terjumpa, cuma sebelah petang je baru jumpa. Maybe next trip kot.
Food Court di Mall Of Arabia .... siang memang kosong je, tapi kalau malam terpaksa tunggu turn nak dapat tempat.

Siap urusan di Jeddah, lepas Maghrib kami bertolak ke Makkah pulak. Ambik peluang keadaan Kota Makkah yang agak lengang.

Keaadan di dalam masjid yang boleh dikatakan kosong.

Jalan Ibrahim Khalil di pagi Jumaat. Boleh dikira kenderaan yang lalu.

Di kawasan Multazam, dataran Kaabah...

Cerita lanjut, sila lah ke http://www.mama-bungas.blogspot.com/

Get Free Shots from Snap.com