27 April 2009




Ini adalah aktiviti yang terkini yang sempat di anjurkan pada weekend yang lepas. 18 keluarga (Yanbu, Jeddah & Makkah) serta beberapa 'bachelors' juga dari Makkah, Madinah dan Yanbu telah bersama-sama memeriahkan perkelahan di pantai Al-Hasi.

Keluarga aku, Abg Pie, Dahisham,Ramli dan Sanusi berpakat untuk terus bermalam disitu. Puas dan puas... itu je yang dapat aku kata kan ... Antara aktiviti yang sempat di rakamkan termasuklah scuba diving, snorkeling, mandi-manda , main pasir, borak2, bersantai2, makan2, kenal-kenalan, bbq, sesi motivasi untuk anak2 serta persembahan nasyid...

Untuk cerita lanjut, sila layari entry di Mama Bungas.

25 April 2009

Saudi Diving Academy

Inilah dia Saudi Diving Academy di mana anak2 aku dan geng Malaysia mendaftarkan diri dan mendapatkan lesen menyelam. Ini kira iklan percuma lar ...

Kat Yanbu ni memang banyak kedai2 yang menjual peralatan menyelam dan juga mengendalikan kursus-kursus menyelam. Setakat nih dua orang anak aku, Dahisham dan Samkae telah berjaya mendapatkan lesen menyelam di sini yang di ajar oleh Sheikh Abdul Kader, anak tuan punya kedai, iaitu Sheikh Muhammad Fauzi. Kedua-dua nya merupakan instructor di Saudi Diving Academy ini.
Aneka jenis peralatan yang terdapat di Saudi Diving Academy ini. Kedai ni terletak si Al-Semairi, di belakang rumah aku.
Sekarang ni another 3 Malaysians sedang menjalani kursus ' Open Water Diving Course' di sini; Abg Pie, Zikhan dan Awang Ali. Jadi semakin ramai lah kaki-kaki untuk pegi menyelam di Laut Merah ini yang penuh dengan karang dan khazanah lautnya.

Untuk kisah lanjut mengenai kursus-kursus menyelam, sila klik Yanboq Under Water.

19 April 2009

Driving in Saudi

I would advise all expatriates to never ever drive your vehicle without a license and an insurance. You must always carry these along with you, including your istemara (car registration card). Make sure that you have a photocopy of your iqama always in the car, because you will have to attach this with other documents in the police station. Preferably, go in for a comprehensive insurance, rather than a third party insurance which is mandatory.

To read more about road safety in Saudi, click here Road Safety (Working in Saudi Arabia).

Car-owning expatriates working in Saudi Arabia must be aware of the term MVPI. It stands for Motor Vehicles Periodic Inspection. Whether you want to buy or sell a car or simply renew your vehicle's registration (Istemara), you simply cannot miss the MVPI.

Read more about it at MVPI (Working In SaudiArabia).

10 April 2009

Cerita Hujung Minggu Ini

Satu lagi hujung minggu yang sibuk bangat walaupun tak keluar dari Yanbu ni. Biar lah aku mulakan dengan kisah anak-anak aku bersama Samkae dan Dosey yang telah pun berjaya mendapatkan lesen menyelam. Dua minggu berturut-turut kita orang pegi menyelam di Laut Merah. Khamis yang lepas kita orang buat 'beach diving' kat Al-Sharm, lebihkurang 10 km dari Yanbu Al-Bahr. Pantai tak cantik pasal banyak sangat batu karang tapi lautnya memang cantik. Paling best dapat terserempak dengan 4 ekor dolphins dan 2 ekor penyu. Tapi tu ler, cepat sangat ikan lumba-lumba tu pergi. Dia orang pun terperanjat kot tengok kita orang. Kemudian kita orang pegi tengok kapal yang sudah lama karam kat dasar laut, lebihkurang 30 kaki didasar laut. Gambar di bawah ni ialah pulau terumbu karang di Laut Merah, bukannya Al-Sharm tapi Al-Wasel.


Hari ni pulak kita orang buat 'boat diving' pulak. Tapi kali ni spot yang dipilih tak berapa cantik cuma aku bawak anak aku yang nombor dua tu pergi sedalam 60 kaki atau lebihkurang 20 m. Yang sorang lagi ikut instructor dia pasal minggu lepas dia tak dapat selesaikan sesi latihan.

Samkae dengan gaya seorang juragan. Kali ni Samkae dgn aku terasa mabuk laut pulak. Mungkin perut kosong ataupun mungkin ombak kuat sangat kali ni.

Dahisham @ Dosey selepas selesai menyelam. Dah siap-siap nak balik. Kali ni tak ambik gambar kat dasar laut pasal tempat tak berapa cantik. Khamis lepas kat Al-Sharm, tempat cantik tapi tak bawak kamera pulak.

Habis cerita menyelam, ni cerita sikit pasal pindah rumah. Kami semua dah berpindah ke rumah lain di Al-Semairi. Asalnya memang tak nak pindah tapi pasal dah tuan rumah pernah bersuara nak naik kan sewa rumah dari SR 30 ribu setahun ke SR45 ribu, aku terus bengang dan mula cari rumah lain. Almdullillah, rumah yang baru ni memang jauh lebih cantik dan punye private halaman yang luas di sebelah belakang. Paling best, lokasinya yang amat strategik berdekatan dengan kawasan kedai, bank serta supermarket. Inilah dikatakan hikmah yang tersembunyi bila tuan rumah yang lama nak naikkan sewa rumah. Rumah yang baru ni sewanya SR35 ribu setahun. Ada 3 bilik tidur lengkap dengan wardrobe setiap bilik, 3 bilik air, satu ruang guest hall, dining hall dan family hall serta stor dan tempat mencuci baju dan halaman belakang yang luas serta wall to wall carpet di kedua-dua tingkat.


Ini ialah King Khalild Road, antara jalan utama di Yanbu RC dan pada waktu malam kira jalan paling cantik pasal banyak lampu-lampu neon di sepanjang jalan ini.

Jalan nak ke Al-Semairi dari King Khalid Road. Inilah satu-satunya jalan yang banyak pohon nyiur.
Ini ialah kawasan perjiranan aku di Al-Semairi.

Tapi satu perkara tentang rumah-rumah kat sini, pwoer point dia tak de yang standard. Macam-macam jenis plug nak kena tukar. Ada yang 3 pin, 2 pin, pin melintang satu, pin melintang dua-dua, bentuk V dll. Dah lah power point macam-macam jenis, ada dua jenis supply pulak, yang 110 V dan 240V. Yang ini memang hampas... sampaikan washing machine aku baru je hari ni baru boleh beroperasi. Tapi, alhamdullillah semua dah kira settle.

09 April 2009

Berpada-pada dengan Rezeki Allah

MUTIARA KATA: "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

"Kalaulah saya pun berpangkat besar dan bergaji besar seperti dia. Mengapalah hidup saya tidak seberuntung dia. Mengapalah saya dilahirkan miskin begini...." Demikianlah ada yang selalu mengeluh mengenangkan nasib sendiri dan mengagumi kelebihan yang ada pada orang lain.

Sebagai orang mukmin, sebenarnya kita dilarang untuk menyesali nasib, apatah lagi menyalahkan atau menghina pemberian Allah. Apalah sangat ujian-Nya kalau hendak dihitung dengan nikmat yang Allah kurniakan, sama ada yang kita sedar atau tidak, yang pasti tidak mampu dibilang manusia.

Jangan sesekali kesal atau kecewa dengan ciptaan Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Jika kita mengeluh, sedangkan kita sedang menikmati rahmat-Nya, bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini. Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada. Setiap manusia sudah ada bahagian masing-masing yang dikurniakan Allah.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu."(Riwayat Bukhari)
Sumber : Forwarded e-mail

p/s : Minggu lepas, Ustaz Kamarul yang mengajar Bahasa Arab ada berpesan, sekiranya kita ingin memuji seseorang atau gembira tengok kejayaan seseorang, hendaklah kita mengucapkan 'MasyaAllah" yang bermakna 'Apa yang dikehendaki oleh Allah'. Dan kalau ada orang yang memuji kita atau rumah kita atau kereta kita, pastikan orang tu ucapkan 'MasyaAllah'.

08 April 2009

Apa Nak Tulis?

Nak jadi blogger tapi blog tak update-update... macam mana ni ek? Tapi aku rasa kan bukan aku je yang ada masalah nak update blog ni, ramai gak yang menghadapai masalah yang sama. Nak menulis tapi idea take de or cerita tak de. Kekadang tu idea ada, cerita ada, masa pulak tak de. Kalau Mama Bungas tu, satu hari kadang-kadang sampai 2, 3 entry. Aku nak buat satu entry satu minggu pun payah. Nak bercerita ni pun kena ada skill gak. Aku bab-bab mengarang dan bercerita ni memang kurang, jadi nak buat cam ne.
Aku pernah terbaca satu artikel cara-cara atau tips menulis blog ni. Antaranya :-
1) Kena banyak membaca - buku, majalah, suratkhabar, blog dsb. Sebarang idea atau perkara yang baik untuk di kongsikan, boleh lah ditulis dan dikembangkan kat blog kita. Aku rasa memang betul pun. Kalau tak, terpaksalah bergantung kepada apa yang berlaku kat kita untuk diceritakan.
2) Kalau menulis tu, jadilah seorang penulis bukan seorang penyunting. Dah siap menulis, barulah buat kerja-kerja suntingan. Kalau tak buat macam gini, alamatnya 4,5 jam belum tentu ter publish entry kita tu. Tak pun kat draft untuk beberapa seketika. Aku sendiri punye entry yang berstatus draft pun boleh tahan gak.
3) Menulis secara bersahaja atau spontan. Ini yang aku tengah dok belajar. Walaupun aku rasa ini adalah satu bakat (untuk menulis secara bersahaja) tapi rasanya boleh untuk dipelajari. Masing-masing punya cara tersendiri untuk menulis maupun meluahkan idea ataupun cerita. Sebaiknya biarlah gaya penulisan kita tu ikut stail kita sendiri.
4) Kalau boleh dan punya masa, bila je ada idea nak menulis sesuatu bahan tu, cepat-cepat tulis. Tak kira lah tulis kat buku nota ke, laptop ke, pc ke. Asalkan idea tuh tak hilang begitu saja.

Kalau sesape ada lagi idea macam mana nak menulis atau sentiasa meng update kan blog, kongsi-kongsi lah kat sini.