30 March 2008

Bermulanya perjalanan baru

Today's Quote :

Take the first step in faith. You don't have to see the whole staircase. Just take the first step....





InsyaAllah, esok aku akan berangkat ke Arab Saudi. Perasaan nak pegi ni bercampur baur. Nak kata excited atau teruja, tak jugak. Risau memang ada ler... but it's going to be interesting and challenging, that's for sure. Aku akan berlepas melalui Senai- KLIA-Jeddah. Kemudian dari Jeddah ke Yanbu. Moga perjalanan kesana di permudahkan oleh Nya....

23 March 2008

Dealing with Mistakes

Today's Quote:

Read more, learn more, laugh more and love more.




Alhamdullillah...working visa dah pun keluar. Setakat ini 11 orang dah dapat visa masing-masing. Esok, 5 orang akan berangkat ke Arab Saudi. Aku, insyaAllah akan berangkat pada 1hb Apr. Tak tau lagi berapa ramai yang akan pergi bersama. Those visa yang akan keluar esok dan lusa pun akan berangkat pada 1 Apr.

Apa-apa pun, hari ni aku nak berkongsi satu artikel tentang bagaimana kita berhadapan dengan kesilapan atau pun kesalahan.

Dealing With Mistakes
We all make mistakes in life, however, different people deal with their mistakes in different ways. Many people try hard to avoid mistakes but in fact, mistakes can often lead to valuable learning experiences if you approach them in the right way.

Here is a simple 3 step approach for dealing with mistakes.

Step 1: Admit that you made a mistake

First admit you made a mistake to yourself. Then, if there is someone else involved, admit you made a mistake to them and apologise. The words, "I made a mistake and I'm sorry" are a great first step to resolving a conflict.
Denying that you made a mistake does not solve anything and simply prolongs the negative energy associated with the situation.

Step 2: Identify the lesson that comes with your mistake

The good news is that every mistake comes with a built in lesson that can help you improve your life in the future. To find your hidden lesson ask yourself, "What can I learn from this situation?"
By finding the hidden lesson within your mistake, you immediately transform the situation from a negative experience to a useful learning experience.

Step 3: Forgive yourself and let it go

All too often we dwell on our mistakes and continue to beat ourselves up over what happened. Once you have admitted your mistake and identified the lesson it carries, let go of the mistake, forgive yourself and move on. If a similar situation arises in the future, you are now better prepared to choose the right course of action.

Next time you make a mistake, try this simple three step approach and see for yourself how it can transform a mistake into a useful learning experience.

Dipetik dari Anthony Fernando

20 March 2008

Salam Maulidur Rasul 1429H

Today's Quote:
" Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat Ku dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagimu" - (Surah Al-Maidah : 3)


Bila kita ingin memuliakan nabi, kita mesti mengikut jalan yang telah ditentukan oleh nabi Nuhammad SAW, dengan tidak melakukan perbuatan bid'ah dan tidak menyerupai orang-orang kafir. Tetapi bagaimana syar'iat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam memuliakan nabi Muhammad SAW.

1. Memuliakan Nabi Muhammad SAW adalah dengan mengikuti sunnahnya: "Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihimu..." (QS. Ali 'Imran: 31)

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu..." (QS. Al-Ahzab :21)

2. Memuliakan Rasul dengan cara berpegang teguh dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW:

"Telah kutinggalkan kepada kalian dua pusaka yang bila kalian berpegang teguh kepada keduanya kalian tidak akan tersesat sesudahku selamanya iaitu kitabullah dan Sunnahku."(HR. Malik dan Al-Hakim)

3. Memuliakan Rasul dengan cara membaca shalawat di setiap waktu, bukan hanya di hari Maulid(12 Rabiulawal) sahaja, sebab firman Allah SWT:

"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikat-malaikatnya memohonkan ampunan untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam Penghormatan kepadanya"

Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Humaid As-Saidi r.a katanya: "Para Sahabat berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk kami ucapkan selawat untukmu?" Baginda bersabda: Bacalah:

Perhatikanlah tindakan sahabat-sahabat yang mulia ini, mereka tidak menentukan sendiri cara untuk melakkuan shalawat terhadap nabi SAW melainkan mereka menanyakan pada beliau terlebih dahulu kerana ada rasa kekhuatiran terjerumus dalam perbuatan bid'ah.

Nash-nash syara' menjelaskan pada kita bahawa melakukan shalawat pada nabi dilakukan setiap kali mendengar nama Nabi SAW, sabdanya:

"Orang yang kikir adalah orang yang ketika disebut namaku disisinya lalu tidak membaca shalawat atas diriku." (HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasai dll)

"Bacalah shalawat atas diriku dimana saja kalian berada, sebab bacaan shalawat ini akan sampai padaku." (HR. Thabrani, Abu Ya'la dan Ibnu Abi Ashim)

"Perbanyaklah bacaan shalawat atasku pada malam dan hari Jumaat" (HR. Al-Bahaiqi)

Banyak nas-nas yang telah menjelaskan bentuk melakukan bacaan shalawat antara lain:

"Apabila kalian mendengar muadzin mengumandangkan adzan, maka katakanlah sebagaimana yang dikatakannya, kemudian bacalah shalawat. Barangsiapa yang melakukannya akan dihitung 10 kali, lalu mintalah kepada Allah darjat dan wasilah, sebab wasilah itu adalah suatu tempat di jannah yang tidak dianugerahkan untuk hamba-hamba yang lain kecuali seorang hamba diantara hamba-hamba Allah dan aku berharap akulah orang itu. Barangsiapa yang meminta wasilah kepadaku, maka berhak atasnya mendapatkan syafa'at (dari Rasul)."

Dalam suatu atsar yang shahih dari Ibnu Abbas, Beliau berkata:

"Ya Allah kabulkanlah syafa'at yang besar dari nabi, tinggikanlah darjatnya setinggi-tingginya dan berikanlah apa yang dikehendakinya baik di dunia maupun di akhirat, sebagaimana yang Engkau berikan kepada Ibrahim dan Musa as."

Setiap bentuk kalimat yang di dalamnya terdapat pujian atas diri Rasul sesuai dengan lafaz sebagaimana yang terdapat pada hadis/atsar yang shahih, maka pujian itu dibolehkan dengan syarat sesuai dengan bentuk yang terdapat dalam nas/teks.

Maka berbalik kita kepada perayaan maulid ini, apakah perbuatan ini mempunyai dalil syara' atau tidak? Dengan kata lain orang-orang yang merayakan maulid atau memberi fatwa membolehkannya, apakah mereka bersandar kepada dalil syara' atau tidak?

1. Bila mereka bersandar kepada dalil, maka tidak ada yang perlu dipermaasalahkan lagi. Tapi bila mereka melakukannya atau menfatwakan kebolehannya kerana terpengaruh dengan kebiasaan orang-orang kafir maka mereka telah melakukan suatu dosa.

2. Jika mereka melakukan atau mefatwakan boleh dengan alasan hal itu dianggap suatu perbuatan baik, maka tindakan mereka itu termasuk bid'ah dan telah melakukan dosa.

3. Sedangkan bila mereka melakukannya bersandar kepada nas syara' dan berdasarkan ijtihad yang benar, maka perbuatannya termasuk umumnya ayat:

"Bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkalah salam penghormatan kepadanaya"(QS. Al-Ahzab : 56)

dan ayat:

"Dan kami tinggikan bagimu(Muhammad) sebutan (nama)mu"(QS. Al-Anbiya':107)

serta hadits: "Bacalah shalawat atas diriku dimana saja kalian berada."



13 March 2008

Visa

Today's Quote :
Kelebihan burung pada kepaknya, kelebihan gajah pada kekuatannya dan kelebihan manusia pada akalnya.




Sepatutnya minggu ni visa untuk ke KSA dah keluar tapi nampak gaya nya macam kena tunggu lagi jer....Bulan lepas agent cakap seminggu je visa ni dah boleh keluar and sape-sape yang nak tender boleh lah berbuat demikian. Namun apa yang dirancang tak menjadi. Sampai la ni visa tak kuar-kuar gak. Aku antara sebahagian yang sudah pun meletak jawatan dan menunggu visa macam buah yang tak nak gugur.
Kawan-kawan ramai gak yang dok telefon dan sms bertanya pasal visa ni. Semuanya dah dok risau menanti termasuk lah aku.
Macamana pun kena lah bersabar, nak pergi ke tanah suci ni memang banyak rintangan dan dugaannya. Setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Jangan kita cepat mengalah dan berputus asa. Kita semua boleh merancang tapi rancangan Allah jua yang terbaik. Banyak-banyak lar berdoa semoga segala urusan kita akan dipermudahkan, InsyaAllah......

11 March 2008

PRU 12 - 08 Mac 2008

Today's Quote :
Jadikan Allah sebagai Kekasih, Al Quran sebagai Teman, Rasulullah sebagai Tauladan dan Mati sebagai Peringatan... Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.. Warnakan diri dgn keikhlasan.. lukiskan diri dgn senyuman. Gambarkan wajah dgn kemuliaan..Lakarkan hati dgn budi suci

Berbagai ulasan dan cerita menarik tentang PRU yang ke 12 ini.
1) Fakta-fakta menarik
2) Jangan Berlagaklah Barisan Rakyat
3) Kedudukan PAS Negeri Johor
4) Sidang gempar Mukhriz
5) BN : Malang yang sudah berbau..?
6) Anwar : We're a 'government in waiting'
7) An opportunity to treasure for the opposition
8) BN loses 12% points in popular votes



Bersama dengan calon P159 N43 berkonvoi dan berkempen di seluruh dun permas. Acara bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 7 petang.









Penerimaan pengundi dari kaum Cina dan bukan islam amat menggalakkan. Golongan India sedari awal memang dah berpihak kepada kami malah telah menubuhkan Kelab Penyokong PAS PG berceramah bersama kami.







'Makkhal Sakhti' - People's power. Gambar menunjukkan kaum India memenuhi pondok panas Megah Putri di hari mengundi. Suatu fenomena yang pertama kali berlaku dalam sejarah politik Malaysia.









Peranan muslimat semakin besar dan amat diperlukan di dalam jemaah.












1) Gambar-gambar di hari kempen sekitar Dun Permas, PG.

2) Gambar-gambar pada hari mengundi

09 March 2008

TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA !

Alhamdullillah... sejarah telah tercipta. Kuasa rakyat dengan jelas menolak BN yang angkuh dan bongkak. Kemenangan besar barisan parti alternatif pada PRU ke 12 ini pasti akan merubah terus landskap politik negara ini. Segala penat jerih hilang dengan kemenangan yang cukup bermakna ini.
Di tempat aku bertugas iaitu P159 N43 Permas, kami mencapai kejayaan yang luarbiasa jugak dengan penambahan undi sebanyak 146%, BN cuma menang majoriti 2018 undi sahaja berbanding ~12,000 pada PRU11! Di Johor, DAP mendapat 4 kerusi dan PAS 2 kerusi DUN. Tahniah sahabat-sahabat semua!!!