28 September 2008

Posting Hari Raya

Hari ni aku dan family akan turun ke Makkah untuk menyambut Hari Raya di sana. InsyaAllah kami akan berada di sana sehingga raya pertama. Lepas solat sunat Aidil Fitri akan berangkat pulang ke rumah di Yanbu tapi kalau ada open house kat mana-mana kita orang akan singgah dulu...


Maka sempena dengan kedatangan hari lebaran yang mulia ini, kami sekeluarga mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI Maaf Zahir Batin

khas buat keluarga dan sahabat-sahabat serta para pelayar blog ini. Semoga ibadah puasa kita di terima Nya dan semoga Hari Raya ini di sambut dengan gembira.....


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Dari Kami di Yanbu, Arab Saudi

26 September 2008

Berterawih Di Masjid Quba

Semalam, niat dihati nak berbuka dan berterawih di Masjid Nabawi bersama family... tapi bila je sampai (ngam-ngam waktu asar), parking dah penuh kat Masjid Nabawi. Plan asal selepas berbuka di masjid dan solat maghrib, nak berbuka kat dataran masjid pasal memang ada bawak juadah berbuka dari rumah. Olehkerana dah tak de parking, aku pun pusing pergi ke Masjid Quba. Maka, kita orang pun berbuka dan berterawih di sana. Seronok gak... parking pun dapat dengan masjid, lepas je solat maghrib, terus bentang tikar... dan lepak-lepak sambil makan sambil menunggu waktu Isya'.
Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah . Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..
Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali.

Pemandangan luar Masjid Quba yang terletak di Madinah.

Masjid Quba Dibina Atas Taqwa
Masjid Quba adalah antara masjid paling suci di antara penganut agama Islam, dan mengikut turutannya ialah Masjid-al-Haram (Makkah), Masjid Nabawi (Madinah), Masjid-al-Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba Madinah)
Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas Taqwa.
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin) [9:108]

Semasa hayatnya, Nabi Muhammad kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.
Telah diceritakan bahawa Nabi menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin. (Bukhari: Jumaat: 1117, 18, 1119. Muslim: Haji: 2478, 2483)
Sabda Nabi lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)

Senireka
Masjid Quba telah siap dibina semula dalam tahun 1986. Kerajaan Arab Saudi telah meminta Abdel-Wahed El-Wakil, seorang arkitek Mesir untuk membina semula Masjid Quba. Abdel Wahid asalnya hendak mengekalkan struktur masjid yang lama dan digabungkan dengan bangunan baru. Tetapi Kerajaan Arab Saudi berkeras meruntuhkan bangunan Masjid yang lama.

Masjid Quba mempunya dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan solat ditempat di tingkat dua. Dewan solat disertakan dengan kawasan kediaman petugas masjid, pejabat masjid, bilik wuduk, kedai-kedai dan juga sebuah perpustakaan.
6 buah pintu masuk sebagai tambahan kepada pintu masuk utama di bahagian utara, selatan dan timur masjid ini. Masjid ini mempunyai empat menara, dengan satu menara disetiap penjuru dewan solat. Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang boleh dilindungkan dengan bumbung yang boleh dibuka dan ditutup.
Dipetik dari Wikipedia

25 September 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Ini lah dia separuh dari bekas warga kerja Titan yang kini berada di Yansab. Daripada 77 orang Malaysia di Yansab, 60% adalah ex-Titan....

Kami bekas warga kerja Titan yang kini bekerja di
Yansab ingin mengambil kesempatan di bulan yang
mulia ini mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin...

21 September 2008

Selamat Bercuti

Alhamdullillah... things have been going quite well as planned though there were some hiccups here and there. Today, I have received the muslim approval for my kids to enroll into Yanbu International School... after almost 2 months of waiting.
InsyaAllah, things will be settling down after this Hari Raya...

Sedar tak sedar, Hari Raya ini genap lah aku 6 bulan berada di Arab Saudi, setengah tahun tu...rasa macam baru je sampai sini. Secara peribadi setakat ini, memang aku suka tinggal di sini, kalau ada rezeki, aku memang nak lama tinggal di Yanbu ni... tapi kita ni cuma boleh merancang je.. yang menentukan hanya Allah saja.

Minggu ni ramai rakan-rakan akan pulang ke kampung untuk beraya dan ada juga yang akan datang semula bersama kelurga masing-masing. Suka tengok kawan-kawan yang happy je nak balik Malaysia... tumpang seronok. Yang datang saing-saing aku dulu, Wan Jemi dan Hj Fadil dah pun balik. So, kepada rakan-rakan yang akan pulang ke Malaysia, Selamat Bercuti dan bertemu orang-orang tersayang....

16 September 2008

My New Toy...

After waiting for two weeks, finally my brand new Toyota Fortuner has arrived. What a relieved!!! So, it will be double joy for the coming raya.... heee...hee... however, the color was not one of my preferred choice... ever heard greyish brown?

Baru je ambik dari kedai... masih berbalut dengan plastik lagi. Berbeza bila ambik kereta baru kat Malaysia... customer service dia orang masih jauh ketinggalan...

Mak Abah Dah Balik

Rasa sedih bila mak dan abah dah balik semula ke Makkah. Dapat 2 malam je mereka kat rumah aku ni... InsyaAllah, kalau ada rezeki nak bawak dia orang ke sini dengan visa ziarah pulak, boleh lama sikit duduk kat sini... maksimum 3 bulan. Cerita lanjut boleh lah jengah ke Mama Bungas..

Bergambar di Miqat Juffah ... Mak dan abah buat umrah yang ketiga sepanjang 2 minggu di KSA.

15 September 2008

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran*


Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik Cara Menyambut Idul Fitri. Jangan sekali-kali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan.

Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan supaya keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.



Takbir Di Malam Raya

Banyakkan bertakbir pada malam raya sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan melaksana ibadat dan menundukkan nafsu di sepanjang Ramadan. KesimpulannyaBulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgn amalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadi insan yg soleh/solehah.


*Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran,maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah.

11 September 2008

Teringat Raya Di Perantauan

Setiap kali nak raya, setiap itu lah aku akan teringat waktu-waktu ketika beraya di perantauan. Kena pulak tahun ni, sekali lagi aku akan beraya jauh di rantau orang. Ini lah antara pengalaman aku berpuasa dan beraya di perantauan.

Hari Raya tahun 1989 - Pertama kali beraya di luar Malaysia jauh dari keluarga. Masih ingat lagi dimana aku dan kawan serumah aku subuh-subuh lagi dah keluar rumah untuk bersolat raya. Dari tempat aku tinggal nak ke bandar Philadelphia terpaksa naik bas selama 40 minit then sambung dengan subway selama 30 minit. Jauh sungguh... tapi kalau naik kereta cuma 30 minit. Gambar kat bawah tu selepas solat aidil fitri di luar masjid. Takbir dia memang tak sesyahdu macam takbir di malaysia. Hari tu kami terpaksa ponteng kelas...

Gambar di atas ni pulak masa marhaban. Masa tu konvoi 7 buah kereta. Setiap minggu tak kurang 5 buah rumah akan buat open house.
Gambar yang dibawah ni pulak raya tahun 1990. Kami buat gathering hari raya di sebuah taman. Masa tu berkumpulah students dari beberapa universiti sekitar Philadelphia. Ingat lagi, lepas je solat raya, aku terpaksa bergegas ke kampus pasal ada exam dengan berpakaian lengkap baju melayu dan bersamping... memang orang tengok semacam je ... was so proud masa tu dok tunjukkan pakaian kebangsaan kita ...



------------------------------------------------------------------------------------------------

Ah... yang di bawah ni pulak raya tahun 1999 di Belgium. Langsung tak beraya pun masa tu, tak de rasa suasana raya pun. Masa tu berangkat ke Belgium seminggu sebelum raya. Bulan Januari 99, so waktu siang nya cukup pendek (musim sejuk), pukul 5 petang dah buka, masa tu masih kat tempat kerja. Buka pun dengan roti perancis cicah kopi je. Balik hotel baru masak maggi, tak pun rebus nasi himpit makan dengan sambal daging kering bawak dari Malaysia. Seminggu macam tu.... nak cari restoran jual nasi memang tak de kat Meerhout ni.
Bila tiba hari raya, anak sulung aku masuk hospital (9 hari kat wad), dah nazak sangat masa tu, wife lak mengandung 6 bulan. Orang lain gi masjid, family aku gi hospital. Memang tak keruan kita di buatnya. Raya ketiga dapat berita nenek pulak meninggal.... memang mencabar betul..... masa ni internet call belum common lagi, so satu-satunya sumber komunikasi adalah telefon pakai kad pra bayar. Nak pakai handphone terlampau mahal sangat masa tu...

Raya di ExxonMobil Meerhout Plant, Belgium


Kali ini raya tahun 2008, aku akan beraya di Arab Saudi pulak. Bezanya kali ni, dan buat pertama kalinya beraya bersama keluarga di perantauan.... dan InsyaAllah, aku dan keluarga akan beraya di Makkah Mukarramah...

10 September 2008

Bila Terasa Rindu

Aku khaskan lagu ini buat mereka yang terpaksa berpisah dengan yang tersayang ... walau jauh di mata namun tersangat lah dekat di hati ...

07 September 2008

My Parents Are Here...

Yes... my parents are here. They just arrived Madinah this morning. Terlewat sedikit tapi tak pe lah, yang penting selamat. Anyway they will be here only for two weeks performing Umrah Ramadhan. Though they come here on Umrah Visa, last week, I managed to have permission letter for them to visit us here in Yanbu. The kids semua dah tak sabar nak jumpa tok dan nenek dia orang... InsyaAllah, they will be here on 12th Sept...
This is the letter saying that both my parents can come to Yanbu. You can even apply the same for your siblings when they are here on umrah visa. InsyaAllah, ada rezeki, next year will plan for them to come here on Ziarah Visa or Visit Visa. There is no tourist visa issued by Saudi.

05 September 2008

Puasa di Yanbu, KSA

Setelah lima hari, ada beberapa perkara yang menarik tentang berpuasa di sini, yang memang tak dapat di rasai di Malaysia.

1) Mata aku jauh terjaga berbanding di Malaysia pasal kat tempat kerja sorang perempuan pun tak de. Perempuan kat luar pulak berselubung terus, jadi terselamat lah mata ni ... heee, lelaki normal lah katakan....
2) Waktu kerja di bulan Ramadhan cuma 6 jam je. Masuk kul 10am, balik kul 4pm, tapi ada gak masuk kul 7:30am dan balik kul 1:30pm...
3) Waktu isyak nya di lambatkan supaya perbezaan waktu Maghrib dan Isyak exactly 2 jam... jadi banyak masa untuk makan dan rehat selepas berbuka tu... tak lah berebut-rebut masa tu.
4) Terawih cuma 8 rakaat je di masjid2 dan surau di sini kecuali di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.
5) Ramai yang berebut memberi orang makan berbuka puasa..
6) Alhamdullillah... tinggal di Yanbu ni dapat merasa berbuka puasa di Madinah dan Makkah dan berterawih di sana....
Semalam aku sempat ke Madinah bersama dengan Hj Fadil, Hj Halim dan Hj Zin... Kita orang solat zohor dulu kat Masjid Quba sebelum ke Masjid Nabawi. Kat Masjid Nabawi aku dapat berjumapa dengan kawan dari Malaysia yang baru je sampai buat Umrah. Buat pertama kali dapat merasai berbuka puasa dan berterawih di Masjid Nabawi ni....

Gambar dari kiri, Hj Halim (BASF), Hj Fadil (Thioxide) & Hj Zain (Titan). Semua otai-otai tu tapi nampak muda-muda lagi... gambar ni diambil selepas solat maghrib.Lobo dan Hj Sanusi pun ada gak di Madinah... dua-dua ex-Titan punye orang...
Suasana di luar perkarangan Masjid Nabawi sebelum masuk waktu berbuka. Semua orang berebut memberi makan untuk berbuka puasa sampai kena tarik-tarik tangan suruh makan kat tempat dia orang.

Bersama dengan Erwan, member aku yang datang buat umrah ramadhan.

Kami cuma dapat buat 8 rakaat je pasal dah nak kena balik Yanbu. Masa tu jam pun dah pukul 10 malam. Tak silap aku Terawih kat Nabawi ni habis pukul 11:30 malam. Ramai gak yang dari Yanbu ni tidur satu malam di sana... tapi kita orang berempat memang tak de plan nak tidur. Alhamdullillah, kita orang selamat sampai Yanbu dalam pukul 1 pagi, sempat singgah satu restoran untuk bersahur dulu sebelum balik kerumah masing-masing....

03 September 2008

Malaysians Update

Aku nak bercerita pasal puasa kat sini, aku rasa orang rumah aku lagi terror bercerita... siapa lagi kalau bukan Mama Bungas....
Esok, another batch of Malaysians berjumlah 5 orang akan sampai. This will make a total of Malaysians working in Yansab to be 77... and Yansab is still hiring Malaysians... expected Malaysian yang akan bekerja di Yansab adalah seramai 125 orang.
On other side of the kingdom, Saudi Kayan is also hiring many Malaysians. The first batch from Titan will be leaving after this raya, if not misktaken they will be 8 of them. Kering manpower kat Malaysia dibuatnya.... anyway, itulah rezeki namanya....
Sesiapa yang nak kesini, tekadkan semangat, tabahkan hati, bulatkan niat, letakkan target .... maka segala kepayahan akan dapat dihadapi dengan sabar, insyaAllah.....