11 September 2008

Teringat Raya Di Perantauan

Setiap kali nak raya, setiap itu lah aku akan teringat waktu-waktu ketika beraya di perantauan. Kena pulak tahun ni, sekali lagi aku akan beraya jauh di rantau orang. Ini lah antara pengalaman aku berpuasa dan beraya di perantauan.

Hari Raya tahun 1989 - Pertama kali beraya di luar Malaysia jauh dari keluarga. Masih ingat lagi dimana aku dan kawan serumah aku subuh-subuh lagi dah keluar rumah untuk bersolat raya. Dari tempat aku tinggal nak ke bandar Philadelphia terpaksa naik bas selama 40 minit then sambung dengan subway selama 30 minit. Jauh sungguh... tapi kalau naik kereta cuma 30 minit. Gambar kat bawah tu selepas solat aidil fitri di luar masjid. Takbir dia memang tak sesyahdu macam takbir di malaysia. Hari tu kami terpaksa ponteng kelas...

Gambar di atas ni pulak masa marhaban. Masa tu konvoi 7 buah kereta. Setiap minggu tak kurang 5 buah rumah akan buat open house.
Gambar yang dibawah ni pulak raya tahun 1990. Kami buat gathering hari raya di sebuah taman. Masa tu berkumpulah students dari beberapa universiti sekitar Philadelphia. Ingat lagi, lepas je solat raya, aku terpaksa bergegas ke kampus pasal ada exam dengan berpakaian lengkap baju melayu dan bersamping... memang orang tengok semacam je ... was so proud masa tu dok tunjukkan pakaian kebangsaan kita ...



------------------------------------------------------------------------------------------------

Ah... yang di bawah ni pulak raya tahun 1999 di Belgium. Langsung tak beraya pun masa tu, tak de rasa suasana raya pun. Masa tu berangkat ke Belgium seminggu sebelum raya. Bulan Januari 99, so waktu siang nya cukup pendek (musim sejuk), pukul 5 petang dah buka, masa tu masih kat tempat kerja. Buka pun dengan roti perancis cicah kopi je. Balik hotel baru masak maggi, tak pun rebus nasi himpit makan dengan sambal daging kering bawak dari Malaysia. Seminggu macam tu.... nak cari restoran jual nasi memang tak de kat Meerhout ni.
Bila tiba hari raya, anak sulung aku masuk hospital (9 hari kat wad), dah nazak sangat masa tu, wife lak mengandung 6 bulan. Orang lain gi masjid, family aku gi hospital. Memang tak keruan kita di buatnya. Raya ketiga dapat berita nenek pulak meninggal.... memang mencabar betul..... masa ni internet call belum common lagi, so satu-satunya sumber komunikasi adalah telefon pakai kad pra bayar. Nak pakai handphone terlampau mahal sangat masa tu...

Raya di ExxonMobil Meerhout Plant, Belgium


Kali ini raya tahun 2008, aku akan beraya di Arab Saudi pulak. Bezanya kali ni, dan buat pertama kalinya beraya bersama keluarga di perantauan.... dan InsyaAllah, aku dan keluarga akan beraya di Makkah Mukarramah...

No comments:

Post a Comment

Get Free Shots from Snap.com