23 April 2008

Sabar

Tak tau nak tulis apa...tapi rasa macam nak tulis sesuatu. Anyway, kat Sabic Yansab ni dah ada 18 Malaysian. Bulan Mei ni dijangka lebih ramai akan sampai.


Alhamdullillah, setakat ni tiada masalah besar malah aku dah mula rasa seronok berada di sini. Cuaca sekarang dah mula mencecah 45 C terutama di waktu tengahari. Kepada sesiapa yang akan kesini dan masih belum dapat flight confirmation atau visa, banyakkan bersabar dan berdoa. InsyaAllah, kalau dah rezeki tu, takkan kemana. Bersabar dan bersabar....lagipun plant commissioning lambat lagi, macam polyolefin plants memang tahun depan baru start up. So, jangan risau....pasti ada hikmahnya pada yang sampai cepat dan pada siapa yang lambat sampai ...

20 April 2008

Umrah


Today's Quote:
Selemah-lemah manusia ialah orang yang lemah menyimpan rahsia, sekuat-kuat manusia ialah orang yang kuat menahan nafsunya




Hajat terpilih menjadi tetamu Allah di makbulkan juga…Alhamdullillah, setelah 15 hari berada di tanah arab, dapat gak pegi Mekah untuk menunaikan umrah buat pertama kali. Sekali lagi , terima kasih kepada Tuan Haji Ahmad Rohaizat Hanafiah kerana membawa kami ke Mekah Al-Mukarramah. Kami telah bertolak pada jam 5:45pm 16hb April 08 (Rabu), bermiqat di Juffah dan selamat tiba di Mekah pada jam 9:30pm. Disana kami telah disambut oleh Ustaz Khairul, seorang pelajar universiti di sini. Kami dipimpin oleh beliau melakukan umrah dari bermula tawaf umrah, solat sunat, saie hingga lah selesai bertahallul.

Keesokan harinya kami bersiar-siar sekitar kota Mekah dan melawat Mudzalifah, Mina dan Jabal Tsur. Pada pagi Jumaat pula kami dibawa ke Jabal Nur (gua Hira’ terletak di puncak nya). Menggigil lutut masing-masing selepas mendaki Jabal Nur. Tak dapat bayangkan bagaimana Rasullullah saw ketika itu mendaki keseorangan untuk berkhalwat di gua hira’.

Selepas solat Jumaat dan tawaf wida, kami pun mula meninggalkan Kota Mekah dan selamat sampai ke Yanbu pada pukul 6:30pm
More photos at the link on the right side.

12 April 2008

Madinah Al-Munawwarah


Today's Quote :
The greatest mistake you can make in life is to be continually fearing you will make one.
Gambar di dalam Masjid Nabawi, di jalan masuk melalui babul salam menuju ke makam Rasullullah saw.

Segala puji bagi Allah....impian untuk menziarahi Rasullullah tercapai jua. Tepat jam 9 pagi 10 April 08 kami memasuki bandar suci Madinah. Bandar kesayangan Nabi Allah. Bersama-sama yang membawa kami ke sana ialah Hj Ahmad Hanafiah & keluarga, the Malaysian pioneer in Sabic Yansab.
Tepat jam 9:20 pagi kami menjejakkan kaki kami ke dalam Masjid Nabawi. Tak tergambar perasaan tu bila memberi salam kepada Rasullullah saw serta sahabatnya Abu Bakar dan Umar...
Keadaan ketika itu tidak sesak tapi terpaksa gak bersesak dan berebut tempat di Raudah untuk mengerjakan solat hajat.
Gambar sebelah ialah Lobo, Nahar, Hj Hanafiah & anak, aku, Nizar, Jaafar dan Nazreen. Yang tiada dalam gambar Wan Azmi, Hj Fadzil & Usop.

Selepas solat zohor, kami berangkat ke Masjid Quba. Masjid yang pertama di dunia yang didirikan sendiri oleh Rasullullah saw.
Fadhilat solat sunat di masjid ini bersamaan dengan membuat satu umrah. Gambar sebelah kanan aku dok tengah melayan si Wan Azmi ni di dalam Masjid Quba....

Sebelum ke Jabal Uhud, kami dibawa oleh Ustaz Salah (sahabat Hj Hanafiah) ke Masjid Qiblatin. Setelah itu kami menuju ke Jabal Uhud. Di sini terletaknya 70 orang syuhada yang gugur dalam perang Uhud.
Sebelah kiri ialah Jabal Uhud dan sebelah kanan adalah tempat di mana para syuhada semasa perang uhud di makamkan.
Kemudian Ustaz Salah membawa kami ke kawasan pergunungan bermagnet terbesar didunia. Ianya terletak diluar kawasan haram Madinah. Memang menakjubkan bila mana kenderaan tanpa masuk gear boleh bergerak sendiri sehingga 120 km sejam sejauh 5 km! Pelik tapi benar...
Kami sempat jugak ke Bir Ali dan bersolat Asar disana. Bir Ali ialah miqat bagi mereka yang hendak ke Mekah dari Madinah. Sempat jugak cari pakaian ihram kat sini....bukan apa, seperti yang dicadangkan oleh Hj Ahmad Hanafiah, InsyaAllah, kalau tak de aral kami rancang nak buat umrah hujung minggu ini.
Kami meninggalkan Madinah setelah solat Maghrib.

06 April 2008

Minggu Pertama di Yanbu


Today's Quote;
Kids go where there is an excitement but they stay where there is love
Salam semua....
Hari ni dah genap seminggu aku berada di bumi Arab Saudi. Alhamdullillah, setakat ni baik-baik saja.... Hari ni jugak kita orang dah dapat result medical check up yang diperlukan untuk buat Iqamah. Iqamah ni macam kad pengenalan kita di sini. Tanpa iqamah, semua tak boleh buat, nak jalan jauh-jauh pun tak boleh pasal passport kena ambik. Tak boleh bukak akaun bank, tak de akaun bank, gaji tak boleh masuk dsb....
Untuk kawan-kawan yang akan ke sini, aku sertakan "sequence of events" kita orang setakat ini :-
31.03.08 - Arrived Jeddah/Yanbu from KLIA.
01.04.08 - Went to SABIC Ibn Rushd to sign the working contract and to provide details peprsonal information. Inthe afternoon, we went to Yansab to collect advance SR2000. By 3pm, we were back to hotel.
02.04.08 - Went to al-Ansari Hospital to do medical check up - blood, x-ray, urine & stool. It took about 2 hours before going back to Yansab. By afternoon, went back to hotel to rest. After asar, we moved out from Danat Hotel to Lighthouse hotel which is located in RC (meaning nearer to Yansab, only 10 mins drive whereby from Danat it took 30 mins)
03.04.08 - Off day (Thursday)
04.04.08 - Off day (friday)
05.04.08 - Report to work at Yansab. Office hour is from 7:30 till 4:00pm. Each of us went to our respective area or section. Memang tak de keje lagi so far...
06.04.08 - Attended safety induction. Applied for employee badge. Luckily we also received our medical results which we expected to have it only on Wednesday. Very fast though! Immediately we submitted the application for iqamah. Pray hard that it is ready before mid month, otherwise we won't receive our salary!!! That's the reason I asked some of you to bring some extra money...
Aku harap this little info of our experience can be helpful for you guys on what to expect the first few days here. Till now....wassalam

02 April 2008

Perjalanan ke Arab Saudi Pt 2

Untuk melihat gambar-gambar sekitar Yanbu, sila klik :-

Gambar-gambar di Bandar Yanbu, KSA

Urusan-urusan di sini memang kena banyak bersabar....

01 April 2008

Perjalanan ke Arab Saudi Pt 1

Today's Quote :

Sabar itu sebahagian dari iman.




Perjalanan yang cukup panjang. Aku bersama dengan 3 orang kawan selamat bertolak dari KLIA ke Jeddah jam 3:20pm 31 Mac 08. Aku, Jaafar, Hj Fadhil & Wan Azmi. Penerbangan ke Jeddah mengambil masa selama 8.5 jam. Kita orang sampai King Abd Aziz International Airport tepat jam 7:30pm waktu Arab Saudi. Lebihkurang pukul 9:30pm baru dapat lepas imigresen dan kastam... punya ler lama. Tapi cerita tak habis kat situ. Beg aku dan beg Wan kena periksa. Tiada masalah tapi laptop Wan kena tahan untuk diperiksa lebih lanjut. Kat situ je dah kena tunggu lagi 1 jam.

Satu lagi dugaan tiba, pemandu yang sepatutnya menjemput kita orang untuk pergi ke Yanbu tak muncul-muncul. Selepas hubungi orang-orang tertentu, pukul 12:30 tengahmalam baru sampai. Waktu Malaysia masa tu dah pukul 5:30am! Itu pun cuma satu kereta je, mana lah muat nak sumbat 4 orang dengan luggage masing-masing. Terpaksalah sewa satu lagi, bayar sendiri dulu... memang kena banyak bersabar beb....

Perjalanan ke Yanbu mengambil masa 2.5 jam dan kita orang di tempatkan di Danat Hotel.
Untuk hari pertama:
- Pergi ke SABIC Ibn Rasyd untuk sign agreement contract.
- Lepas tu ke Yansab untuk amik duit advance. Dapat ler SR2000
Ini pun amik 3/4 hari untuk siap.... banyak menunggu....
Esok, hari kedua, kena buat medical check up then kita orang nak survey area kat sini.

- Gambar tengah bersarapan di hotel penginapan sebelum ke SABIC Ibn Rasyd

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu di ambik perhatian untuk sahabat-sahabat yang akan berangkat kemudian :-

1) Check-in Luggage - max cuma 25kg walaupun yang dibenarkan 32kg. Setiap extra kilo kena caj RM82.80.

2) Laptop/notebook - ada kemungkinan kena periksa. Sesapa yang bawak CD memang kena soal jawab.

3) Kalau boleh, bawak universal supply adapter.

4) Pastikan dengan ThinkPlus arrangement transport.

5) Kalau nak buat currency exchange, buat kat KLIA. Much better rate than here.

6) Jangan lupa bawak 20 keping gambar saiz passport!

7) Ada baiknya activate roaming service untuk nombor mobile.

8) Bawak semua resit-resit pembayaran untuk datang ke sini.

Kejap lagi kita orang nak berbincang pasal rumah. Sewa tak le mahal tapi bergantung di area mana. Ada masalah sikit tentang rumah ni....akan di updatekan kemudian.

Bawah ni ada beberapa keping gambar suasana di Yanbu.