20 April 2008

Umrah


Today's Quote:
Selemah-lemah manusia ialah orang yang lemah menyimpan rahsia, sekuat-kuat manusia ialah orang yang kuat menahan nafsunya




Hajat terpilih menjadi tetamu Allah di makbulkan juga…Alhamdullillah, setelah 15 hari berada di tanah arab, dapat gak pegi Mekah untuk menunaikan umrah buat pertama kali. Sekali lagi , terima kasih kepada Tuan Haji Ahmad Rohaizat Hanafiah kerana membawa kami ke Mekah Al-Mukarramah. Kami telah bertolak pada jam 5:45pm 16hb April 08 (Rabu), bermiqat di Juffah dan selamat tiba di Mekah pada jam 9:30pm. Disana kami telah disambut oleh Ustaz Khairul, seorang pelajar universiti di sini. Kami dipimpin oleh beliau melakukan umrah dari bermula tawaf umrah, solat sunat, saie hingga lah selesai bertahallul.

Keesokan harinya kami bersiar-siar sekitar kota Mekah dan melawat Mudzalifah, Mina dan Jabal Tsur. Pada pagi Jumaat pula kami dibawa ke Jabal Nur (gua Hira’ terletak di puncak nya). Menggigil lutut masing-masing selepas mendaki Jabal Nur. Tak dapat bayangkan bagaimana Rasullullah saw ketika itu mendaki keseorangan untuk berkhalwat di gua hira’.

Selepas solat Jumaat dan tawaf wida, kami pun mula meninggalkan Kota Mekah dan selamat sampai ke Yanbu pada pukul 6:30pm
More photos at the link on the right side.

1 comment:

  1. Seronoknya melihat gambar-gambar anda di hadapan Kaabah.Tentu seronok dapat mengucup Hajar Aswad kan.. katanya Mekah sedang diubahsuai antara Pasar Zink, ke kawasan-kawasan di sebelah babul Madinah, babul Umrah hingga ke Hotel Al Ansar. Kalau ada gambar mekah yang sedang dalam proses renovation, boleh ke mail ke jek1931@gmail.com. Terima kasih... ~ManSnin

    ReplyDelete

Get Free Shots from Snap.com