Today's Quote :
Sabar itu sebahagian dari iman.
Perjalanan yang cukup panjang. Aku bersama dengan 3 orang kawan selamat bertolak dari KLIA ke Jeddah jam 3:20pm 31 Mac 08. Aku, Jaafar, Hj Fadhil & Wan Azmi. Penerbangan ke Jeddah mengambil masa selama 8.5 jam. Kita orang sampai King Abd Aziz International Airport tepat jam 7:30pm waktu Arab Saudi. Lebihkurang pukul 9:30pm baru dapat lepas imigresen dan kastam... punya ler lama. Tapi cerita tak habis kat situ. Beg aku dan beg Wan kena periksa. Tiada masalah tapi laptop Wan kena tahan untuk diperiksa lebih lanjut. Kat situ je dah kena tunggu lagi 1 jam.
Satu lagi dugaan tiba, pemandu yang sepatutnya menjemput kita orang untuk pergi ke Yanbu tak muncul-muncul. Selepas hubungi orang-orang tertentu, pukul 12:30 tengahmalam baru sampai. Waktu Malaysia masa tu dah pukul 5:30am! Itu pun cuma satu kereta je, mana lah muat nak sumbat 4 orang dengan luggage masing-masing. Terpaksalah sewa satu lagi, bayar sendiri dulu... memang kena banyak bersabar beb....
Perjalanan ke Yanbu mengambil masa 2.5 jam dan kita orang di tempatkan di Danat Hotel.
Untuk hari pertama:
- Pergi ke SABIC Ibn Rasyd untuk sign agreement contract.
- Lepas tu ke Yansab
untuk amik duit advance. Dapat ler SR2000
Ini pun amik 3/4 hari untuk siap.... banyak menunggu....
Esok, hari kedua, kena buat medical check up then kita orang nak survey area kat sini.
- Gambar tengah bersarapan di hotel penginapan sebelum ke SABIC Ibn Rasyd
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu di ambik perhatian untuk sahabat-sahabat yang akan berangkat kemudian :-
1) Check-in Luggage - max cuma 25kg walaupun yang dibenarkan 32kg. Setiap extra kilo kena caj RM82.80.
2) Laptop/notebook - ada kemungkinan kena periksa. Sesapa yang bawak CD memang kena soal jawab.
3) Kalau boleh, bawak universal supply adapter.
4) Pastikan dengan ThinkPlus arrangement transport.
5) Kalau nak buat currency exchange, buat kat KLIA. Much better rate than here.
6) Jangan lupa bawak 20 keping gambar saiz passport!
7) Ada baiknya activate roaming service untuk nombor mobile.
8) Bawak semua resit-resit pembayaran untuk datang ke sini.
Kejap lagi kita orang nak berbincang pasal rumah. Sewa tak le mahal tapi bergantung di area mana. Ada masalah sikit tentang rumah ni....akan di updatekan kemudian.
Bawah ni ada beberapa keping gambar suasana di Yanbu.
Assalamualaikum WJ;
ReplyDeleteSalam perkenalan ... Insya Allah, saya pun akan sama sama join SABIC jugak ... plan sekarang nak pergi pada 01 May 2008.
Insya Allah, dapat berkongsi serba sedikit pengalaman ....
salam,
ReplyDeletealhamdulillah dgr bbrp saudara dah sampai sana, thanks for gud information, harap saudara dapat update berita dari sana. Semoga dapat membantu saudara2 di malaysia.. Turn sy blom sampai lg.. insyaallah sy akan menyusul, mungkin skali dgn saudara ghzali kot..
saudara ghazali dah dapat visa ker?
Salam....
ReplyDeleteMasalah kita orang kat sini ialah rumah. Pertama, SABIC cuma beri 2 hari je untuk kita decide nak amik rumah company atau sewa sendiri. Untuk single status, rumah company yang dia orang provide kurang memberangsangkan dan rasanya tak sesuai untuk kita tapi nak sewa sendiri, sewa kena advance dulu at least 6 months tapi gaji tak de lagi. Skrg ni dok kongsi ramai-ramai dulu sewa hotel apt for one month sementara tunggu gaji and cari rumah sewa.