29 January 2008

Durian Oh Durian

Today's Quote:

Pesan Imam Ghazali,

"Yang dekat itu mati, yang jauh itu masa,
yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah,
yang indah itu solat".


Gambar salah satu pokok durian yang sudah berusia 26 tahun di kebun abah. Hujung minggu lepas kami sekeluarga kesana mengutip buah-buah durian yang gugur. Tak banyak, cuma ada 3 pokok je yang berbuah (daripada ~ 15 pokok). Sebenarnya dah lama pun kita orang tak masuk ke kebun ni, ada 5 tahun gak tak jengah kebun ni.












Terdapat berbagai jenis durian. Antaranya yang dapat aku petik dari Wikipedia :-


  • Durian burung
  • Dalit
  • Alau
  • Royal Brunei
  • Durian Anjung Lima
  • Tenom Beauty
  • Kekura
  • Raden Mas Ayu
  • Diamond King


  • D123
  • D145
  • D158
  • D159
  • D169
Nama saintifik durian perdagangan adalah Durio zibethinus. Buah durian lain yang boleh dimakan kadangkala terdapat di pasaran tempatan di Asia Tenggara. Nama saintifik spesies lain adalah Durio kutejensis, Durio oxlevanus, Durio graveolens, dan Durio dulcis.




26 January 2008

Dah Semak Nama Anda?

Today's Quote:

"You are today where your thoughts have
brought you; you will be tomorrow
where your thoughts take you."





Desas desus pilihanraya semakin kencang kedengaran. Semua pihak yang terlibat dengan pilihanraya, samada parti pemerintah maupun parti alternatif dah pun masuk gear lima dalam gerak kerja pilihanraya. Sesiapa yang sudah mendaftar dan layak mengundi, boleh lah membuat semakan nama anda di link kat bawah ni. Banyak kes nama dah kena pindah ke tempat lain. Undi jangan tak undi...

http://daftarj.spr.gov.my/daftarbi.asp

24 January 2008

A tribute to Kuak Lenting

Today's Quote :

"To forgive is the highest, most beautiful form of love. In return, you will receive untold peace and happiness."




Kecewa... harapan Kuak Lenting untuk jejak ke separuh akhir terkandas di suku akhir...hu..hu..hu...dah menang dah set pertama tapi tu lah, salah seorang pemain utama terkeluar kerana cedera, terus tertinggal kat set kedua (tak boleh pakai betul). Tapi tak pe...tentangan yang di beri cukup hebat, walaupun tak puas main pasal pusingan pertama dan kedua menang mudah. Apa-apa pun, tahniah buat Kuak Lenting kerana menjadi antara pasukan yang digeruni.



Aku harap Kuak Lenting akan terus wujud dan lebih berjaya.....

Tahniah Geng Kuak Lenting:-
Hanim, Safawi, Md Nor, Saliza, Hairul, Salina, Nizam, Halim, Shahir dan aku ler....







Untuk dapatkan gambar-gambar lain, sila klik link ini

http://www.flickr.com/photos/villabayu/sets/72157603788575753



20 January 2008

Mesyuarat Reunion exSMSJ85

Today's Quote :

"Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara"-(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )

Gambar aku, Mawi. Teng, Blues, Yus, Wong Gi & anak-anak Mawi di rumah Mawi. Gambar diambik oleh Mastora (so tak de dlm gamba). Tojo pun ada tapi dah balik dulu.
Petang tadi muka-muka ini berkumpul kat rumah Mawi (hi tea sempena baru pindah ke Johor) dan berbincang pasal reunion exSMSJ85. Plan untuk reunion pada 31hbMei 2008 di Tiara Beach Resot, PD. Memang syok kalau jadi buat reunion ni sempena ulangtahun umur yang ke 40. Setakat hari ni dah 18 orang dapat pergi, target nak dapatkan 50 orang. Aku dengan Tojo tak tau lah dapat join ke tidak nanti, harap-harap dapat ler pasal kita orang InsyaAllah akan berpindah ke Arab Saudi.

Pasal makan tadi, orang rumah Mawi, Nor, buat mi kolok dan laksa sarawak sebagai hidangan utama. First time makan mi kolok, sedap siot... Masing-masing balik dengan kekenyangan...sampai sekarang aku tak rasa nak makan malam lagi....



19 January 2008

Kenali Al-Quran - Al-Baqarah Pt2


Today's Quote:

"The only limit to our realization of
tomorrow will be our doubts of today."



Kesimpulan Surat Al Baqarah ialah:


1. Menjelaskan beberapa hukum dalam agama Islam.
2. Mengemukakan beberapa perumpamaan.
3. Mengemukakan hujjah-hujjah.

Persesuaian surat Al Baqarah dengan surat Ali 'Imran

1. Dalam surat Al Baqarah disebutkan Nabi Adam a.s. yang langsung diciptakan Tuhan, sedang dalam surat Ali 'Imran disebutkan tentang kelahiran Nabi Isa a.s. yang kedua-duanya dijadikan Allah menyimpang dari kebiasaan.

2. Dalam surat Al Baqarah sifat dan perbuatan orang-orang Yahudi dibentangkan secara luas, disertai dengan hujjah untuk mematahkan hujjah-hujjah mereka yang membela kesesatan, sedang dalam surat Ali 'Imran dibentangkan hal-hal yang serupa yang berhubungan dengan orang Nasrani.

3. Surat Al Baqarah dimulai dengan menyebutkan tiga golongan manusia, ialah orang-orang mukmin, orang-orang kafir dan orang-orang munafik, sedang surat Ali 'Imran dimulai dengan menyebutkan orang-orang yang suka menta'wilkan ayat yang mutasyabihaat dengan ta'wil yang salah untuk memfitnah orang mukmin dan menyebutkan orang yang mempunyai keahlian dalam menta'wilkannya.

4. Surat Al Baqarah disudahi dengan permohonan kepada Allah agar diampuni kesalahan-kesalahan dan kealpaan dalam melaksanakan taat, sedang surat Ali 'Imran di sudahi dengan permohonan kepada Allah agar Dia memberi pahala atas amal kebaikan hamba-Nya.

5. Surat Al Baqarah dimulai dengan menyebutkan sifat-sifat orang yang bertakwa, sedang surat Ali 'Imran dimulai dengan perintah bertaqwa.

Asbabun nuzul: Lubabun nuqul fii asbabin nuzul dari Jalaluddin As Suyuthi. Diterjemahkan menjadi Asbabun nuzul - Latar belakang historis turunnya ayat-ayat Al Quran oleh K.H.Q. Shaleh, H.A.A. Dahlan, Prof Dr. H.M.D. Dahlan. Penerbit: CV Diponegoro, Bandung.

16 January 2008

Berita dari Wisma

Fuh...sakit satu badan aku hari ni. Apa taknya, hari ni hari kedua aku main bola tampar. Hujung minggu ni syarikat aku ada mengadakan pertandingan bola tampar yang selalu di anjurkan setahun sekali. Jadi, aku pun setahun sekali dapat gak menampar bola. Walaupun sakit-sakit badan tapi seronok... skill tu masih ada lagi tapi iyelah mana nak sama macam 15, 20 tahun dulu. Stamina tu memang kurang banyak walaupun aku sekarang ni 3 atau 4 kali seminggu pegi berenang. Tapi ramai gak orang kata aku nampak 5, 6 tahun lebih muda..perasan lah jap...hee..

Sebenarnya aku nak bercerita pasal berita yang aku dapat hari ni. Berita yang dok sebulan ditunggu-tunggu, iaitu Surat Kelakuan Baik daripada Wisma Putra.
Sebenarnya bulan November 07 aku ada gi interview untuk kerja kat Arab Saudi. Masa tu gak dapat dan masa tu gak dia orang keluarkan surat tawaran kerja dan suruh buat keputusan samada terima atau tidak tawaran mereka sebelum balik. Satu strategi yang baik; memanglah tawaran dia tu cukup menarik. Di pendekkan cerita, aku terima je dulu tawaran tu.

Dua minggu selepas temuduga tu, bermulalah proses untuk bekerja di Arab Saudi ni. Semuanya diuruskan oleh agen di sini. Antara proses yang kena buat:-

1- Pemeriksaan kesihatan di hospital (swasta atau kerajaan, klinik tak main). Kos lebihkurang RM500 (swasta). Hospital kerajaan mungkin kurang sikit kot. Dapat keputusan lebihkurang seminggu.
2- Isi borang permohonan visa
3- Isi borang permohonan surat kelakuan baik (Wisma Putra keluarkan borang ni)
4- Salinan sijil-sijil dan perlu disahkan oleh Wisma Putra. Satu salinan kosnya RM10.
5- Ambik gambar paspot dan visa (dua saiz yang berbeza tau). Kena ambil untuk satu keluarga kalau nak bawak keluarga sekali.
6- Buat passpot (kalau belum ada lagi, buat selepas dapat keputusan pemeriksaan perubatan. Aku punya pakej ialah pakej keluarga. Jadi kena lah buat paspot untuk anak-anak. Sekarang ni buat passpot, 3 jam dah siap.
6- Buat pemeriksaan perubatan untuk isteri dan anak-anak. Yang ini pemeriksaan biasa je tapi mesti dilakukan di hospital, tak kiralah swasta atau kerajaan. Kos lebihkurang RM100 seorang.
7- Buat salinan surat beranak dan surat nikah. Hanya perlu untuk yang ingin bawa keluarga.

Bila dah siap segala dokumen yang diperlukan, kena hantar pada agen untuk diuruskan seterusnya. Mereka yang akan berusan dengan Wisma Putra dan jugak kedutaan Arab Saudi.

Alamak, dah nak kena ambik anak balik dari kelas tuisyen. Aku sambung lagi nanti.


Kenali AL-Quran - Al-Baqarah

Surat Al Baqarah yang 286 ayat itu turun di Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada Hajji wadaa' (hajji Nabi Muhammad s.a.w. yang terakhir). Seluruh ayat dari surat Al Baqarah termasuk golongan Madaniyyah, merupakan surat yang terpanjang di antara surat-surat Al Quran yang di dalamnya terdapat pula ayat yang terpancang (ayat 282). Surat ini dinamai Al Baqarah karena di dalamnya disebutkan kisah penyembelihan sapi betina yang diperintahkan Allah kepada Bani Israil (ayat 67 sampai dengan 74), dimana dijelaskan watak orang Yahudi pada umumnya. Dinamai Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) karena memuat beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surat yang lain. Dinamai juga surat alif-laam-miim karena surat ini dimulai dengan Alif-laam-miim.

Pokok-pokok isinya:

1. Keimanan:
Dakwah Islamiyah yang dihadapkan kepada umat Islam, ahli kitab dan para musyrikin.

2. Hukum-hukum:
Perintah mengerjakan shalat; menunaikan zakat; hukum puasa; hukum haji dan umrah; hukum qishash; hal-hal yang halal dan yang haram; bernafkah di jalan Allah; hukum arak dan judi; cara menyantuni anak yatim, larangan riba; hutang piutang; nafkah dan yang berhak menerimanya; wasiyat kepada dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat; hukum sumpah; kewajiban menyampaikan amanat; sihir; hukum merusak mesjid; hukum meubah kitab-kitab Allah; hukum haidh, 'iddah, thalak, khulu', ilaa' dan hukum susuan; hukum melamar, mahar, larangan mengawini wanita musyrik dan sebaliknya; hukum perang.

3. Kisah-kisah:
Kisah penciptaan Nabi Adam a.s.; kisah Nabi Ibrahim a.s.; kisah Nabi Musa a.s. dengan Bani Israil.

4. Dan lain-lain:
Sifat-sifat orang yang bertakwa; sifat orang-orang munafik; sifat-sifat Allah; perumpamaan-perumpamaan; kiblat, kebangkitan sesudah mati.

Asbabun nuzul: Lubabun nuqul fii asbabin nuzul dari Jalaluddin As Suyuthi. Diterjemahkan menjadi Asbabun nuzul - Latar belakang historis turunnya ayat-ayat Al Quran oleh K.H.Q. Shaleh, H.A.A. Dahlan, Prof Dr. H.M.D. Dahlan. Penerbit: CV Diponegoro, Bandung.

10 January 2008

MUHARRAM

Hari ni kita cerita sedikit pasal bulan Muharram dan hijrah.

Muharram merupakan bulan yang pertama dalam kalendar Islam dan termasuk antara empat bulan yang dikenali sebagai bulan-bulan haram. Maksud bulan haram ialah diharamkan pepeprangan dibulan-bulan ini. Keempat-empat bulan tersebut adalah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

مَعَهُمْ قُلْ فَلِمَ تَقْتُوَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آَمِنُوا بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا نُؤْمِنُ بِمَا أُنْزِلَ عَلَيْنَا وَيَكْفُرُونَ بِمَا وَرَاءَهُ وَهُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا لُونَ أَنْبِيَاءَ اللَّهِ مِنْ قَبْلُ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Bulan Muharram merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharram juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.


At-Taubah, ayat 36:-
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram[640]. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri[641] kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.

Al-Baqarah, ayat 218
إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَةَ اللَّهِ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Terdapat banyak kisah-kisah sejarah yang diriwayatkan berlaku didalam bulan Muharram. Kita akan bercerita tentang perkara-perkara yang dipercayai berlaku didalam Muharram ini pada posting yang akan datang.

09 January 2008

Maal Hijrah - Selamat Tahun Baru 1429H

Assalamualaikum....

Esok atau sebenarnya petang ini selepas waktu maghrib, umat Islam akan memasuki Tahun Baru 1429H. Petang ini, di tempat kerja aku, sempena menyambut kedatangan tahun baru, akan diadakan majlis tazkirah dan juga solat hajat.

Tahun 1 Hijrah bermula ketika Nabi Muhammad saw berhijrah dari Mekah ke Madinah. Ianya berlaku dalam buln September tahun 622 Masihi. Walaubagaimanpun, tahun hijrah diguna pakai secara rasmi pada zaman Khalifah Saidina Umar, iaitu lebihkurang 16 tahun selepas hijrah Nabi Muhammad saw.

Muharram adalah bulan yang pertama di dalam kalendar Islam dan Mal Hijrah ini di panggil juga Awal Muharram. Secara literal, makna hijrah adalah bergerak atau berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun dalam konteks Islam itu sendiri, hijrah bermakna menuju kepada kebaikan dan pertambahbaikan (improvement). Secara umum, hijrah terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:-

a) Al Hijrah al-Ammah - ini adalah hijrah Nabi Muhammad saw
b) Al Hijrah al-Daimah - perpindahan dari satu negara ke sebuah negara yang lain kerana ancaman musuh
c) Hijrah Al-Qulub Wa Al-Dhamir - perubahan hati, sikap, fikiran, iman dan perbuatan ke arah yang lebih baik dan positif. Inilah yang kita perlu lakukan setiap tahun didalam memperbaiki diri kita sebagai umat Islam.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1429H !!!
Semoga tahun ini akan menjadi lebih bermakna kepada kita dalam menjalani kehidupan kita sebagai seorang Muslim.

05 January 2008

Pokok ceri

"If you don’t have time to do it right,
when will you have time to do it over?"
- John Wooden

Pokok ceri didepan rumah aku setelah di trim. Dah lama nak buat, dok tangguh je. Malam tadi bila terbaca kata-kata John Wooden tu, terus buat pagi tadi. Sepanjang pagi tadi aku dok mencantas dan membuang dahan-dahannya. Pokok ini ditanam oleh isteri aku tujuh tahun yang lepas di depan rumah kami. Banyak kebaikan pokok ceri ni. Pertama, ia meredupkan suasana di hadapan rumah aku. Kedua, ia membekalkan makanan yang lazat kepada burung-burung yang singgah di situ. Ketiga ia membekalkan oksigen dan mengambil karbon dioksida semasa proses fotosintesis (betul ke ejaan nya?) di waktu malam. Secara tak langsung menyegarkan udara di sekeliling. Aku pernah terbaca satu artikel dimana pohon sebesar ini menyamai 5 buah penghawa dingin.

03 January 2008

Nabilah ke sekolah

Hari ni merupakan hari pertama Nabilah ke sekolah rendah setelah dua tahun berada di kindergarten. Dia punye suka nak gi sekolah terpancar jelas di wajahnya. Haziqah pula memasuki alam menengah. Sedar tak sedar dah empat orang anak aku bersekolah. Tua je rasa....

Yang bestnya anak aku yang bongsu pun sibuk mintak mama hantar dia ke sekolah macam kakak-kakaknya sampai nangis-nangis.

Walaubagaimanapun aku agak terkilan kerana yuran sekolah yang jauh lebih tinggi dari tahun sebelumnya. Walhal, PM dah umumkan dalam parlimen semasa pembentangan bajet bahawa yuran sekolah rendah dan menengah dah dihapuskan. Ianya diikuti pula oleh Menteri Pelajaran yang mengatakan di Unesco bahawa pendidikan di Malaysia adalah percuma setelah penghapusan yuran sekolah bermula pada tahun ini.

Inilah yuran yang percuma,

RM 5 – Sekolah Rendah
RM 9 – Sekolah Menengah

.....................................................

Yuran dihapuskan?

Tidak, kerana rakyat Malaysia suka ditipu, dan mudah lupa, maka kerajaan menukarkan perkataan YURAN kepada PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN (PBT).
Semua sekolah diarahkan untuk menjawab bahawa; "Kos yang perlu ibu bapa tanggung adalah BAYARAN, bukannya YURAN, kerana YURAN kan sudah dihapuskan masa pembentangan Bajet 2008 tempoh hari".
Ada sebuah sekolah di Johor ini yang di arahkan untuk memberitahu ibubapa bahawa bayaran ini bukanlah YURAN, tetapi SUMBANGAN.
Macam-macam term digunakan untuk mengganti perkataan YURAN.
TERIMA KASIH PAK LAH kerana prihatin kepada kami semua dan telah menghapuskan yuran sekolah anak-anak kami.

01 January 2008

Tahun Baru

Takwim Gregori

1 Januari merupakan hari pertama dalam kalendar Gregorian. Kalendar Gregorian yang disebarluas pada tahun 1582 tidak menetapkan 1 Januari sebagai Hari Tahun Baru ataupun hari pertama untuk tahun yang dinomborkannya.
England bermula menggunakan 1 Januari sebagai Hari Tahun Baru pada tahun 1752. Sebelum ini dan sejak abad ke-13, tahun baru bermula dengan 25 Mac sebagai "Hari Lady" ataupun "Hari Pengumuman Penjelmaan Semula Anak Dara Maria". Tinggal 364 hari (atau 365 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Kalendar Gregory merupakan takwim yang paling banyak digunakan di hampir Seluruh Dunia. Ia merupakan Kalendar Julian yang telah diubah sedikit. Ia pertama kali diusulkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan dituruti oleh Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582.

Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, sebab permulaan
musim bunga (21 Mac) semakin maju sehingga, perayaan Easter yang sudah disepakati sejak Konsili Nicea I pada tahun 325 tidak tepat lagi. Lalu pada tahun 1582, hari Sabtu 4 Oktober diikuti dengan hari Ahad 15 Oktober.

Setelah Kalendar Gregory dicanangkan, tidak semua negara mahu memakainya. Baru beberapa abad setelah ini, hampir semua negara barat mahu memakainya. Russia misalkan baru memakai pada tahun 1918. Sehingga Revolusi Komunis Russia yang sekarang diperingati setiap tanggal 7 November, disebut sebagai Revolusi Oktober.
Gereja Ortodoks sehingga sekarang masih memakai Kalendar Julian.

Pada tanggal 1 Januari 1622, 1 Januari ditetapkan sebagai permulaan tahun. Sebelumnya hal ini setiap negara Eropah berbeza-beza.

Takwim Islam/Hijrah

Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor
Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.
Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah
ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Dipetik dari WIKIPEDIA

PERLUKAH UMAT ISLAM MENYAMBUT TAHUN BARU TAKWIM GREGORY INI?