30 November 2008

Meetings In Jubail

Jubail, the so called twin city of Yanbu, terletak disebelah pantai timur KSA manakala Yanbu di sebelah pantai barat. Jubail juga di kenali sebagai Sabic city kerana terdapat 13 syarikat affliate SABIC di bandar ini. Penerbangan dari Jeddah ke Dammam (airport yang paling dekat dengan Jubail) mengambil masa 2 jam. So, from Dammam to Jubail took another 45 minutes. Mula-mula tu ingat nak stay kat hotel disitu, tapi tukar pikiran bila dah berjumpa dengan kawan-kawan dari Malaysia ni.
Malam pertama tu aku dok kat rumah Zaki and the gang kat atas ni. Dari kanan- Hafiz , Zaki (empunya blog dzalkafya), Hasrul (empunya blog frienzeedebug), aku, James dan another Zaki. Thanks guy for your hospitality.
Esoknya aku ada meeting kat Intercontinental Hotel, terletak di Fanateer, RC dan selepas lunch aku ke Petrokemya pulak.
Makan-makan di restoran turkistan bryani. Zaki, Hafiz, Sopian (alias mata, respect sama dia pasal baru je 2 bulan kahwin dah ditinggalnya bini tu), James, Zaki, Bashir (ex-Petronas), Mokhtar & Hasrul.
Si Hafiz & Zaki (acong) asyik menyelit je nak interframe, sebelah kiri aku Hj Shafiee dan Khairudin (thanks Din for belanja kita orang semua makan). Dia orang semua ni kerja kat Saudi Kayan. It is one of the latest SABIC affiliates.
Bangunan atas ni adalah Headquarters SABIC di Jubail. Terletak di corniche fanateer, gambar bawah.

Yang ini pulak bersama dengan Usop dan Gosten, anak buah Bung Hasan Cogen II. Tak sangka lak si Usop kering gak hati datang ke KSA. Ada beberapa lagi yang kerja kat Ibn Zar, tak sempat nak bergambar. Anyway, I was so delighted with the warm hospitality given by them. Malam kedua aku tidur kat rumah Hj Shafiee, Mokhtar, Pian, Bashir dan sorang lagi lupa lak nama dia.

Dua-dua malam aku kat Jubail ni tidur pukul satu lebih... nice dapat jumpa engkorang semua. Nanti kalau datang Makkah, jangan lupa bagitau kita orang yang kat Yanbu ni, bolehlah kita plan buat gathering Malaysians Yanbu-Jubail pulak....


Since dah bercerita pasal Jubail, here are some descriptions about Jubail Al-Sinaiyah that I extracted from Saudi Networks.

Located near the oil producing area, it was found suitable as the site of the world's largest petrochemical complex.
Jubail industrial city has been divided into five zones:

1.The Industrial Zone has nineteen main factories with 136 ancillary installations, and produces steel, aluminum, plastic and fertilizers under the supervision of the Saudi Basic Industries Corporation (SABIC). This zone covers an area of 8,000 hectares, or approximately eighty kilometers. In catering to diverse needs, SABIC leases fully developed and fully equipped industrial sites at nominal rents.

2.The Residential Area is composed of eight localities built on an adjacent island linked to the mainland. There are 40,000 inhabitants. The area has the capacity to accommodate 375,000 people in modern up-to-date houses.

3.The Airport Area, covering an area of 250 kilometers, has the capacity to receive all types of aircraft and handles the transportation of passengers and freight.

4.The Picnic Zone, situated to the West of the industrial zone, covers an area of 204 kilometers. To the residents of the city, it is an invaluable recreation area. It encompasses verdant sites, playgrounds and facilities for water sports. The zone is set among abundant trees and rare plants.

5.Al-Batwah Island is affiliated with Jubail Industrial city. A picnic site with a park and a zoo, it features plant nurseries, fishing sites and a marina.

The main projects in Jubail under SABIC are the following:
1.The Saudi Iron and Steel Company (Hadeed)
2.The Saudi Methanol Company (Al-Razi)
3.The Jubail Fertilizer Company (Samad)
4.The Jubail Petrochemicals Company (Kemya)
5.Saudi Petrochemicals Company (Sadaf)
6.The National Methanol Company (Ibn Sina)
7.The Arabian Petrochemicals Company (Petra-Kemya)
8.The Oriental Petrochemicals Company (Sharq)
9.The National Industrial Gas Company (Gas)
10.The National Plastics Company (Ibn Hayyan)
11.The Saudi-European Petrochemicals Company (Ibn Zahr)
12.The Saudi Chemical Fertilizer Company (Ibn Al-Bitar)


25 November 2008

Dinner Arab

Inilah dia dinner aku semalam. Kalau tak silap aku, nasi ni dipanggil nasi sayadi. Memang selama 8 bulan aku kat sini, belum jumpa lagi nasi arab yang ini. Tak de daging maupun ayam.... segala lauk dan masakan adalah ikan semata, berbagai jenis ikan. Mula-mula tu makan okay jer, tapi ada rasa muak sikit bila dah makan banyak. Pulak tu bila nasi aku dah hampir abis, di tambahnya lagi, jenuh aku nak perabis kan.

Semalam kawan setempat kerja jemput datang ke rumah untuk makan malam. Tapi dia cuma jemput aku je, bukan satu keluarga. In fact dia pun ada jemput beberapa kawan dia yang lain. Ini adalah kali ketiga aku bertandang ke rumah orang tempatan dan yang ini betul-betul aku dijamu.

Dekat dua jam jugak kat situ. Seperti kebiasaannya, mula-mula sampai, tetamu akan dihidangkan dengan 'kawa', sejenis kopi arab yang pahit dan rasa herba beserta dengan kurma. Dah hampir sejam, barulah dijemput untuk makan the main course tu. Dah siap makan, pekena pulak dengan dessert dan teh herba. Lepas tu barulah angkat punggung balik. Antaranya yang hadir tu termasuklah seorang dari Sudan dan Mesir. Yang bestnya ada sorang arab tu cakap dia rasa seronok dapat berjumpa dan berbual dengan Malaysian. First time katanya.... hmmm... rasa so proud to be Malaysian....

23 November 2008

New Links to KSA & Malaysia

I have added a new link to my blogging friends and frequent visitors to villabayu in Malaysia as well as in KSA. I hope you don't mind if your site has been put a link here.

--------------------------------------------------------------------------------------------

"Until one is committed, there is hesitancy, the chance to draw back, always ineffectiveness. Concerning all acts of initiative and creation, there is one elementary truth the ignorance of which kills countless ideas and splendid plans: that the moment one definitely commits oneself, then providence moves too.

All sorts of things occur to help one that would never otherwise have occurred. A whole stream of events issues from the decision, raising in ones favor all manner of unforeseen incidents, meetings and material assistance which no man could have dreamed would have come his way. "
''Whatever you can do, or dream you can, begin it! Boldness has genius, magic, and power in it.''
(Johann Wolfgang Von Goethe)--W.H. Murray, of the Scottish Himalayan Expedition

21 November 2008

Berkelah Di Al-Hasi

Mulanya rancangan aku untuk pergi explore bandar Umluj, lebihkurang 150 km utara dari Yanbu. Yelah, daripada duduk diam kat Yanbu tu dan tak kemana-mana, baik aku explore tempat2 yang belum berkesempatan untuk di kunjungi. Umluj ni salah satu bandar tua juga di Arab Saudi ni. Namun plan bertukar bila aku teringat ada satu pantai yang pernah disebut oleh member2 arab yang dia orang kata cantik dan menarik untuk snorkel dan beach dive. So, aku pun plan nak berkelah di pantai tu sambil nak survey-survey area kat situ. Daripada pergi sorang, aku pun suruh wife aku call yang lain2 kot-kot ada yang nak ikut serta. Maka akhirnya 4 family ikut serta - Hj Rosehizat, Hj Ghazali, Hj Adin dan Hj Zainudin. Berkonvoilah kami bergerak menuju ke utara selepas zohor.
Perjalanan menuju ke utara dengan Highway No. 5. Sebelah kiri laut, sebelah kanan padang pasir. Pemandangan yang menarik dan lain daripada perjalanan ke Madinah ataupun ke selatan.
Dah kat spot picnic tapi bukan nya pantai Al-Hasi yang aku dok nak survey tu. Olehkerana tak de jalan tar nak sampai ke kawasan pantai ni, maka kita orang pun decide lepak je kat sini.



Professional photographer dengan kamera kesayangannya. Lepas ni sure banyak gambar2 menarik di Maka Terimalah....

Selepas solat maghrib dan makan malam, kami pun bergerak pulang ke Yanbu. Seperti biasa, more stories and photos di Mama Bungas.....

15 November 2008

Selamat Hari Lahir Nabilah Syuhada

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 7. SEMOGA NABILAH MENJADI ANAK YANG SOLEHAH DAN BERJASA PADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA......

14 November 2008

Scuba & Snorkel


It was another great weekend. I brought along my family together with Samkae's family for scuba diving and snorkeling in the Red Sea. It was exciting to see my two daughters doing discover scuba with the guide from my dive master friend, Kader Sheikh. The other two daughters cuma buat snorkeling je pasal belum cukup umur untuk buat scuba. Si Hanisah tu dok mintak je nak scuba macam kakak dia.

Lama jugak kita orang kat tengah laut tu. Selesai anak-anak aku buat discover scuba diving, we have fun doing snorkeling pulak. Bila dah puas kat Wasel 7, kami pun bergerak pula ke Wasel 9. Di Wasel 9, cuma divemaster, aku dan Samkae je yang buat dive. Yang lain-lain buat snorkeling. We managed to go down as deep as 60 feet without any problem.

Wonderful... more story and photos underwater is at My Other World site, Yanboq Under Water.

07 November 2008

Madinah Al-Munawarrah

Musim haji dah pun tiba. Ramai jemaah haji sudah mula membanjiri Kota Madinah. Daripada Malaysia saja sudah 21 penerbangan yang sudah tiba. Semuanya terus ke Madinah dulu. Agak terperanjat gak bila turun dari kereta kerana cuaca yang agak dingin, aku rasa mungkin dalam lingkungan 20~22 Celcius. Kira nyaman gitu, tak macam selalu dimana cuaca di Madinah kebiasaannya lebih panas dari Yanboq.














Tak sangka dapat berjumpa dengan Tn Hj Azhari Mohd, antara 'sifu' aku dalam dunia politik. Beliau juga adalah jiran aku di Seri Alam. Semasa pilihanraya yang lepas, beliau merupakan Pengarah Pilihanraya DUN Pasir Gudang manakala aku mengetuai urusan pengundi dan SPR.













Suasana di Masjid Nabawi selepas solat Zohor. Kelihatan ramai jugak jemaah haji dari Malaysia.

Gambar isteri dan anak2 dengan Pak Long Tampok, cuma selepas maghrib je baru dapat jumpa. Itu pun dengan Pak Long je.
Masjid Nabawi di wakru malam sebelum berangkat pulang ke Yanbu.

02 November 2008

Jeddah-Makkah

Konsulate Malaysia Jeddah menutup tirai rumah terbuka Syawal. Majlis yang cukup meriah yang dihadiri sendiri oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi iaitu Professor Madya Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf.
Berbagai lapisan masyarakat Malaysia yang hadir memeriahkan suasanaYang berbaju batik tu penyanyi jemputan dari Yanbu dengan bayaran SR100
(Gambar di cedok dari mksuzana.fotopages.com , isteri MK)

Keesokan harinya, selepas menghantar family di Mall Of Arabia, aku dan Hj Ghaz ke Ziebart untuk pasang windows tinted film. Quality wise, not that impressive. Niat nak cari kawasan kedai2 accessories kereta tapi tak terjumpa, cuma sebelah petang je baru jumpa. Maybe next trip kot.
Food Court di Mall Of Arabia .... siang memang kosong je, tapi kalau malam terpaksa tunggu turn nak dapat tempat.

Siap urusan di Jeddah, lepas Maghrib kami bertolak ke Makkah pulak. Ambik peluang keadaan Kota Makkah yang agak lengang.

Keaadan di dalam masjid yang boleh dikatakan kosong.

Jalan Ibrahim Khalil di pagi Jumaat. Boleh dikira kenderaan yang lalu.

Di kawasan Multazam, dataran Kaabah...

Cerita lanjut, sila lah ke http://www.mama-bungas.blogspot.com/

01 November 2008

Quran Menjawab

KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman’(‘I am full of faith to allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang berdusta(Surah AL-ANKABUT ayat 2-3)

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatau tu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’(Surah AL-BAQARAH ayat 216)

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”(Surah AL-BAQARAH ayat 286)

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
“Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah org2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yang beriman”(Surah AL-IMRAN ayat 139)

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan,dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah(be fearfull of ALLAH The Almighty)kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”“Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”(Surah AL-BAQARAH ayat 45)

KITA BERTANYA: APA YANG KITA DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari org2 mu’min diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……..?(Surah AL-TAUBAH ayat 111)

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
“Cukuplah ALLAH bagiku ,tidak ada Tuhan selain dari NYA….Hanya kepadaNYA aku bertawakkal.”(Surah AL-TAUBAH ayat 129)

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!
QURAN MENJAWAB
“………………….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.”(Surah YUSUF ayat 12) JANGANLAH KITA MENGELUH RAKAN-RAKAN…KERANA ADA ORANG YANG LEBIH BESAR DUGAAN BERBANDING KITA…..HANYA PADA NYA KITA BERSERAH…..