Mulanya rancangan aku untuk pergi explore bandar Umluj, lebihkurang 150 km utara dari Yanbu. Yelah, daripada duduk diam kat Yanbu tu dan tak kemana-mana, baik aku explore tempat2 yang belum berkesempatan untuk di kunjungi. Umluj ni salah satu bandar tua juga di Arab Saudi ni. Namun plan bertukar bila aku teringat ada satu pantai yang pernah disebut oleh member2 arab yang dia orang kata cantik dan menarik untuk snorkel dan beach dive. So, aku pun plan nak berkelah di pantai tu sambil nak survey-survey area kat situ. Daripada pergi sorang, aku pun suruh wife aku call yang lain2 kot-kot ada yang nak ikut serta. Maka akhirnya 4 family ikut serta - Hj Rosehizat, Hj Ghazali, Hj Adin dan Hj Zainudin. Berkonvoilah kami bergerak menuju ke utara selepas zohor.
Perjalanan menuju ke utara dengan Highway No. 5. Sebelah kiri laut, sebelah kanan padang pasir. Pemandangan yang menarik dan lain daripada perjalanan ke Madinah ataupun ke selatan.Dah kat spot picnic tapi bukan nya pantai Al-Hasi yang aku dok nak survey tu. Olehkerana tak de jalan tar nak sampai ke kawasan pantai ni, maka kita orang pun decide lepak je kat sini.
Selepas solat maghrib dan makan malam, kami pun bergerak pulang ke Yanbu. Seperti biasa, more stories and photos di Mama Bungas.....
No comments:
Post a Comment