28 May 2008

Yellow Slip

Today's Quote :
Siapakah orang yang manis senyumannya?Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Tadi aku dah ambik 'yellow slip' atau visa calling number untuk family aku. Dua hari lepas dah siap tapi tak kesempatan nak pegi amik. Kira-kira dua minggu proses nak dapat yellow slip ni. Aku terpaksa tukar agen untuk buat urusan di Saudi Embassy kat KL. Nak harapkan si PikirCampur, entah bila lah nak siap. Selepas ni nak kena apply Exit/Re-entry visa pulak pasal aku dah plan nak balik Malaysia hujung bulan Jun ni, InsyaAllah...Borang untuk mohon Exit/Re-entry visa ni ada kat Security Dept.
Anyway, esok aku nak ke Makkah lagi, nak jumpa kakak pupu aku dgn family dia dan jugak member aku. Kan sekarang ni orang Malaysia ramai yang buat umrah pasal musim cuti sekolah. Dari Yanbu ni pun ramai gak yang nak pergi. Rasanya ada 5 buah kereta nak turun. Satu keta dah bertolak lepas Isyak tadi. Batch yang baru sampai minggu lepas pun akan turut serta esok, ada 8 orang semuanya.
Aku ingat nak tulis lagi tapi geng-geng kat sini dah sampai ni, nak pegi mengeteh dan pekena murtabak sikit.
InsyaAllah, aku akan tulis lagi bila berkesempatan...

24 May 2008

Residence Visa


Today's Quote:
One important key to success is self-confidence. An important key to self-confidence is preparation.



Kurang seminggu genaplah dua bulan aku berada di Yanbu. Alhamdullillah, setakat ni, semua proses berjalan lancar. Proses untuk membawa keluarga pun dah hampir selesai, tengah menunggu visa calling number je (dikenali gak dengan nama yellow slip), expected to be out by next week, insyaAllah...

Banyak pertanyaan dari kawan-kawan tentang prosedur membawa keluarga ke sini. So, for those who would like to bring in their family, please get ready the following documents for submission to Saudi Government.

1. Copy of your Iqamah

2. Copy of your passport (1st page and visa page)

3. Copy of your family members passports (1st and last page)
4. Copy of your certificates like diploma, degree etc - Must be translated to Arabic.
5. Copy of your Marriage Certificate - Must be translated to Arabic.
6. Copy of children certificates - Must be translated to Arabic.
7. Invitation Letter from Sabic (Chamber Of Commerce). Must be endorsed by Chamber Of Commerce. Payment fee is SR25.
8. Application Form for Family Visa. Need to be filled up and signed by your dept manager as well as by the General Service Manager.
9. Payment of SR2000 made at Riyad Bank. The receipt to be submitted.

All these items (1 to 9) must be ready before submitting them to Yansab Security Department.

For those under family package, SR2000 will be reimbursed together with the yellow slip or some people call calling visa number. At this point you may plan for flight date and make the booking or ask the agent to make the reservation for you.
Once you have the visa number, e-mail or sent out the yellow slip or the visa number to ThinkPlus and cc to your wife. ThinkPlus will submit your family passport together with the application forms and the medical results to Saudi Embassy in KL. The process of having the visa stamped in the passport normally will take less than a week. At this point you may ask the agent to purchase the tickets. You need to closely follow up with the agent. Be tactful when you do the follow up.
InsyaAllah, if things are going smoothly, I will have my family ready to join me here by mid June 08.
On the next posting, I will write up about the process of enrolling your kids into the international school, InsyaAllah...

16 May 2008

Kiriman Wang

Today's Quote :

There is more hunger for love and appreciation in this world than for bread


Since weekend ni tak kemana-mana, aku mengambil kesempatan bersiar-siar ke kawasan pantai di Yanbu ni. Not bad considering the place is known with desert only. Air memang cantik, jernih sangat tapi pantai-pantai kat Malaysia jauh lebih cantik lar... Beside bersiar-siar ke pantai tu, aku sempat gak buat urusan menghantar duit ke akaun aku kat Malaysia. Setakat ni yang aku tahu, ada 3 cara untuk menghantar wang ke Malaysia.
Pertama, guna Western Union - paling pantas, immediate duit sampai tapi charge nya paling orang cakap paling tinggi. Aku lum pernah guna lagi.
Kedua, telex transfer dari akaun aku kat arab ni ke akaun aku kat Malaysia. Tak perlu keluar duit, cuma isi borang kat bank and submit kat counter bank. Dua, tiga hari dah sampai duit tapi charge nya agak tinggi, untuk Samba Bank SR150 dan untuk SABB Bank SR70. Penghantaran yang pertama aku guna TT ni.
Ketiga, via Tahweel kat Rajhi Bank. Paling murah, charge nya cuma SR20 untuk setiap transaction, tapi boleh buat cuma kat bandar Yanbu. Jauh sikit dari RC ni. Tadi aku gunakan Tahweel ni. Expected duit sampai 3 hari. Tak perlu ada akaun kat Al-Rajhi Bank, cuma kena bawak cash je.

15 May 2008

Sabar

Artikel ni aku petik dari satu email yang aku terima dua hari lepas. Menarik untuk menjadi bahan renungan kita bersama....

Terkadang kita tidak selalu mendapat apa yang kita inginkan, dan terkadang kehidupan tidak selalu sesuai dengan apa yang kita inginkan, bagaimana kita mengatasi masalah diatas, jawapannya adalah dengan berSABAR. Tentu apa lagi yang kita boleh lakukan, apakah kita harus berteriak-teriak, memarahi keadaan yang ada, semua tiada guna sama sekali. Kan lebih baik kita sabar dan berfikir jalan keluar untuk mengatasi keaadan atau situasi yang menimpa kita.

Kita dapat menangani kebanyakan masalah kerana kita menyedari bahwa ada waktu yang memisahkan antara kita dengan tujuan kita. Kita mungkin perlu mengirim sepuluh lamaran kerja untuk mendapatkan pekerjaan yang benar-benar kita inginkan. Intinya adalah, bahwa kita harus berusaha dan terus berusaha sampai kita berhasil. Kebanyakan orang berhenti terlalu cepat. Tetaplah tekun. Tetaplah sabar. Tetapkan fokus pada tujuan utama kita sehingga kita mampu mencapainya. Inti permasalahannya bukan pada apa yang kita kerjakan kemarin. Bukan juga pada apa yang boleh kita kerjakan hari ini. Tetapi inti dari semua itu adalah apa yang kita persiapkan untuk dikerjakan setiap hari.
Sabar itu bukan kepasrahan kerana kita telah letih dengan apa yang sedang terjadi pada kita, lelah meratapi diri atau bahkan lelah mencari sumber kesalahan dari mana saja, yang kemudian kita sedar bahawa memang semua tindakan itu tiada berguna. Sesungguhnya sabar itu adalah ketabahan kita pada saat pertama kali kita menghadapi kejadian itu, bagaimana kita melapangkan dan mengikhlaskan segala kejadian yang tengah menimpa kita.
Tak ada yang tiba-tiba menjadi sabar atau tiba-tiba menjadi ikhlas, semuanya perlu waktu, kesedaran, dan pembelajaran terus menerus. Sampai akhirnya ia melekat dalam diri kita dan menjadi karakter kita. Seperti bernafas, kita tak berfikir saat kita bernafas. Demikian halnya dengan karakter yang telah melekat pada diri kita. Kesabaran, keikhlasan, dan sifat baik lainnya. Akan mengalir saja, jika ia telah melekat dalam diri kita.

Sikap sabar memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap sebuah hubungan yang hebat. Semakin sempurna sikap sabar seseorang, semakin hebat kualiti hubungan yang boleh ia bina. Manusia bijak adalah manusia yang merawat sikap sabarnya secara tekun dan penuh perhatian.Tanpa memiliki sikap sabar seseorang hanyalah akan menjadi budak dari kehidupan sisi negatif dirinya.

Sabar adalah hal yang mudah untuk diucapkan, tetapi sukar untuk dilaksanakan, mari kita menjadi orang yang lebih sabar. karena sabar adalah kunci dari kejayaan. Siapa yang sabar dan berusaha dia akan meraih kejayaan. Mari kita tanamkan diri menjadi orang yang sabar.
Bila kita dapat melihat semua masalah atau tentangan dengan sikap sabar, maka kita pasti menemukan jalan penyelesaian yang paling hebat untuk mengatasi cabaran tersebut. Sikap sabar adalah kunci terpenting untuk mendinginkan suasana hati, menjernihkan fikiran suci, dan menyatukan jiwa raga ke dalam keseimbangan hidup yang hebat.
Mari sekarang kita lebih sabar dalam menjalankan kehidupan ini, terap kan sabar dalam segala aspek kehidupan kita, saat mencari nafkah, kita sabar tidak mengambil jalan pintas dengan rasuah, waktu memandu kita sabar tidak melulu, saat menjadi pemimpin, kita sabar tidak menjadi pemipin yang buruk, saat jadi bawahan kita sabar untuk menjalani dengan ikhlas, saat terkena masalah kita sabar untuk ikhlas dan mencari jalan keluar. Saat beribadah kita sabar untuk beribadah dengan baik kerana dengan sabar dunia ini lebih indah. Sabar adalah sebuah emosi positif dalam menghadapi permasalan di dunia ini. Mari kita berlatih untuk lebih sabar bermula dari kita, dan kita terapkan kepada lingkungan kita, mari jadikan sabar sebagi langkah awal kita untuk mencapai mimpi dan kejayaan hidup.

14 May 2008

Balik Kampung

Today's Quote :
Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai itulah yang baik bagi kamu, dan boleh jadi pula apa yang kami sukai itulah yang tidak bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui...



Hujung minggu ni aku nak duduk kat rumah je lah....penat gak sejak sampai sini, tiap hujung minggu pasti hilang. Tapi esok tinggal aku bertiga je, yang lain ada yang pegi Jeddah, ada yang pegi Madinah. Ini lah nikmatnya tinggal di Yanbu ni....tak perlu nak pikir panjang kalau nak gi mekah ke, madinah ke....minyak murah, tol tak de....best...best...

Minggu depan another 8 orang lagi akan sampai. Bertambah ramai lagi geng-geng kat sini...
Walaupun ramai yang dah boleh adjust diri dengan kehidupan kat sini tapi still ada banyak benda yang dirindukan kat Malaysia tu....so those yang dah decide nak datang dan kerja kat sini kena lah expect few challenges, jangan ingat semua nak sama macam kat Malaysia tu...tapi those challenges lah yang buat kehidupan ini lebih menarik...tak gitu?

Semalam dan kelmarin ramai yang dah book tiket nak balik bercuti...walaupun baru buat booking tapi hati satu macam happy je aku tengok kat muka dia orang semua. Anyway, aku memang tak de plan nak balik Malaysia tahun ni pasal InsyaAllah kedua orang tua aku nak datang hujung Ramadhan dan sambut Raya di sini. Kawan-kawan yang mengajar dan yang menemani isteri mengajar di kolej kat Yanbu ni ramai yang akan pulang bercuti. Jeles gak masing-masing dok sibuk dah nak balik kampung...Shah, Amie, Usop, Sadikin..semua dah ada tiket nak balik...Aku pun sebenarnya tengah dok plan gak nak balik Malaysia bulan depan ni, nak bawak family ke sini. Residence visa dia orang InsyaAllah akan keluar minggu depan...tapi tu ler, selagi belum betul-betul keluar, kena lah tunggu je dulu...hope things will be going smoothly....amin.

04 May 2008

Yanbu updated



Today's Quote :

Enjoy life. This is not a dress rehearsal


Rasanya dah lama benor aku tak update site aku ni. Sepanjang minggu lepas aku sibuk mendapatkan lesen arab saudi, buka akaun bank dan buat translation certificates. Many thanks to Yusof, Suhaimi and Sadimin.
Last weekend lak sempat pegi Jeddah. Besar rupanya bandar Jeddah. Menarik untuk pegi shopping tu...Di Jeddah dapat kami berjumpa dengan Tuan Hj Aziz, Ketua Canseri di Konsulat Malaysia dan Tn Hj Ali.
1hb Mei, another 6 arrived at Yanbu. So, sekarang jumlah Malaysian di Yansab adalah seramai 23 orang, tetapi di Yanbu itself dah lebih 50 orang.