23 May 2009

Riyadh - Ibukota Arab Saudi

Alhamdullillah... rezeki aku minggu lepas dapat pergi ke Riyadh, kota terbesar merangkap ibukota Arab Saudi. Aku ke Riyadh untuk menghadiri program tentang "SABIC's Career in Management" di SABIC HQ, juga merupakan salah satu landmark di Riyadh.

SABIC HQ di Riyadh, salah satu mercu kebanggaan Arab Saudi

Sebuah kota metropolitan berkeluasan 1,600 km persegi (besar tuh...) dan dihuni oleh lebihkurang 5 juta penduduk. Menurut sejarah, nama Riyadh diambil dari perkataan arab "rawdah" yang bermaksud taman atau tempat yang penuh dengan pokok-pokok. Sebelum kurun ke 18, Riyadh merupakan sebahagian dari negeri pertama Saudi dimana Diriyah merupakan ibukota nya. Pada tahun 1818, Riyadh telah dijadikan sebagai ibu kota selepas Diriyah telah dimusnahkan oleh orang Turki. Kerajaan Arab Saudi telah dibentuk pada tahun 1932 oleh Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saud dan Riyadh sebagai ibukota. Selepas penemuan minyak pada tahun 1950, bandar ini telah membangun dengan cukup pesat menjadi sebuah metropolis.

Kingdom Tower, bangunan tertinggi di Riyadh

Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Riyadh ni termasuk lah beberapa muzium dan bangunan bersejarah seperti Kota Musmak (gambar terdapat di belakang not SR200). Ini tidak termasuk bangunan2 moden nya seperti Kingdom Tower dan Faisaliah Tower.

Cerita pasal SABIC HQ nih.... terdapat 20 bangunan dikeseluruhan kawasan nya. Bangunan utamanya mempunyai 16 tingkat bangunan berkembar. Terdapat 2 bangunan yang bersambung dikedua2 belahnya. Ianya menempatkan auditorium dan dewan pameran serta cafeteria dan masjid. Selain itu disediakan 4 tingkat bangunan letak kereta yang boleh memuatkan 2,500 kereta.

21 May 2009

Gempa bumi di utara Yanbu/Madinah

MADINAH/YANBU: (Arab News) - Hundreds of people were evacuated from Al-Ais area in the Madinah province after an earthquake measuring 4.68 on the Richter scale shook the region on Sunday night.
Eight hundred people, including families, were evacuated from the villages of Al-Hadama, Al-Amid and Al-Qarasa in Al-Ais, 240 km north of Madinah, where the tremors were felt the most.
The evacuees have been housed in Madinah and Yanbu. They have been given accommodation at furnished apartments and hotels. “Several hotels and furnished apartments have been reserved for the purpose in both these cities, and hundreds of buses and trucks are being kept in readiness for any eventuality,” said a Civil Defense official in Madinah.
RIYADH, Saudi Arabia: (AP) - Saudi Arabia's earthquake monitoring service is urging residents of several villages in the kingdom's western region to
evacuate after it recorded a temblor measuring 5.39 on the Richter scale. The Saudi National Center for Earthquakes and Volcanos said in a statement Wednesday the pre-dawn quake caused no damage or injuries. But it urged residents of five villages west of the holy city of Medina to head to tent camps and shelters set up by authorities.
RIYADH (Reuters) - Saudi authorities evacuated five western villages on Monday after tremors hit a volcanic region in the past weeks raising concerns of possible eruptions.
"There was a large quake, the largest so far," Ahmed al-Attas, vice president of the Saudi Geological Survey (SGS), told Reuters after civil defence officials evacuated the villages near the town of al-Ais.
Bandar Al-Ais terletak lebihkurang 200 km utara Yanbu. Gegaran paling tinggi di rekodkan ialah 5.7 pada skala Richter. Jadi orang-orang kat Yanbu pun terasa gak gegarannya.
Pengalaman cerita di Mama Bungas.

15 May 2009

Dimanakah arah hidup kita

Sebahagian petikan arikel oleh Ustaz Nasrudin Tantawi



BENARKAH KITA BERJUANG

Seseketika dalam mengharungi perjuangan kehidupan ini , alangkah baik kita duduk sejenak untuk menganalisa atau bermuhasabah diri . Memandang jauh ke dalam jiwa dengan menyelaminya secara jujur dan telus terhadap diri sendiri . Lalu kita ajukan pada diri satu soalan , apa kah tujuan hidup kita ini? Apakah yang ingin kita cari didalam kehidupan ini?
Berjuang yang dimaksudkan di sini ialah bekerja gigih dengan segala upaya dan daya malah mengambil segala ruang dan peluang untuk menjulang kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia , meskipun terpaksa berhadapan dengan tribulasi dan implikasi yang mengancam kepentingan diri.


hayya bina nu'min saah ! ayuh kita kita bersimpuh seketika untuk kita merenung [ introspection ] jauh ke dalam jiwa kita . Terlebih dulu kita buangkan segala alasan membela diri , sikap menyalahkan orang lain dan rasa diri dipihak benar . Sebaliknya cari alasan untuk menyalahkan diri agar kita insaf , jangan bela diri supaya dirasa diri kita juga perlu dihukum dan kumpulkan rasa bersalah itu atas diri kita sendiri agar kita tidak angkuh untuk mengakui kesilapan sendiri . Sahabat ku semua , marilah kita bermuhasabah agar kita dekat dengan Allah swt dan kita segera diberikan nusrahNya . Insyaallah , muhasabah ini akan memulihkan hubungan kita yang retak , perjuangan kita yang tergugat , dan kedudukan kita yang kian jauh dari Allah swt . Masih banyak item untuk dipersoalkan pada diri kita dalam hidup ini...semoga kita diridhai oleh Allah swt . Selamat berjuang sahabat ku !


by Ustaz Nasrudin Tantawi

12 May 2009

Menyelam lagi di Al-Sharm

Hari Khamis di kawasan pergunungan (Madain Saleh), hari Jumaat pulak ke dasar Laut Merah di Al-Sharm, Yanbu. Selain anak-anak aku dan Samkae, ada 3 orang baru yang turut serta dalam penyelaman kali ni; Faizul@Acai dari BBTX, Asnul dari Rabigh dan Abg Pi dari Yansab.... ramai tuh..tak lama lagi bertambah lagi member baru yang akan menyertai kita orang... Zikhan dan Ali... lagi syok bila dah ramai nih, boleh selalu buat trip....

Sedang menyediakan set menyelam.

Antara ikan yang di lihat... tapi kali ni tak berapa memuaskan pasal kadar penglihatan yang kurang kerana ombak kuat.
Kapal karam di teluk Al-Sharm... bukan kapal besar tapi cuma kapal ronda tentera kot.... tempat ni yang kami jumpa dolphin tapi kali ni tak de apa yang menarik sangat...

Dua orang anak dara aku yang kini selalu mengikut aku turun ke dasar laut....

10 May 2009

Min Yanbu ila Madain Saleh

Memang betullah... bak kata pepatah " sebuah gambar menceritakan seribu perkataan". Madain Saleh atau pun Al-Hijr merupakan kota sejarah lama semasa zaman Nabi Saleh yang diceritakan didalam Al-Quran. Kota ini mirip dengan Petra di Jordan.

Ianya terletak lebihkurang 350km dari Yanbu dan mengambil masa 4 jam kerana melalui jalan kampung. Memang menkjubkan bila melihat bukit-bukit batu yang seolah-olah mempunyai bentuk2 tertentu ditambah pula dengan ukiran-ukiran sebagai penempatan dan perkuburan kaum thamud.

Bandar yang paling hampir dengan Madain Saleh ini ialah Al-Ula, yang terletak disebuah lembah yang sempit yang dipanggil Wadi Qurra. Ianya dikelilingi oleh banjaran gunung dan bukit bukit batu yang indah. Dalam pada itu, banyak kebun-kebun kurma yang menyerikan lagi pemandangan disini. Kawasan ini memang cukup subur kerana dikatakan tanah-tanah disini berasal dari tanah gunung berapi yang pernah berlaku ribuan tahun yang lampau.

Madain Saleh ini terletak lebihkurang 22km dari bandar Al-Ula. Pernah didiami oleh orang neolitihc sehinggalah kepada kaum nabataean. Mengikut sejarah, kawasan disebelah selatan Jordan didiami oleh kaum Ad, iaitu kaum NabiHud manakala kaum thamud mendiami kawasan di Madain Saleh. Kedua-dua kaum ini mempunyai banyak persamaan dan antaranya kemahiran mengukir rumah batu sebagai tempat kediaman mereka.



Terdapat juga sebuah stesen keretapi lama, mungkin semasa zaman Othmaniah yang membawa penumpang dari Al-Hjir (Madain Saleh) ke Madinah.

Panorama di Madain Saleh memang tidak sama dengan kebanyakan tempat di Arab Saudi ini. Mengikut catatan, terdapat 131 kubur yang berselerak dikawasan ini. Ada yang besar, ada yang kecil, ada yang cantik ukiran dindingnya dan ada yang tiada sangat ukiran... mungkin menunjukkan status seseorang semasa hayatnya.
Setakat ini, tempat ini masih belum dibuka untuk pelancungan walaupun kini sudah terdapat rombongan2 khas yang dibolehkan melawat tempat bersejarah ini.
Untuk cerita lebih lanjut bolehlah pergi ke Mama Bungas.
Manakala untuk melihat gambar-gambar disitu bolehlah pergi ke VillaBayu photo album di

04 May 2009

Kilang Arak di Yanbu?

Muhammad Al-Sheikh Arab News

YANBU: Police arrested a number of Asian workers following a police raid at a brewery in Yanbu. Police said they received information from local informers about the factory and raided it following thorough investigations.
Officers said they confiscated 300 bottles of alcohol that were ready for sale, and six barrels containing 50 gallons of liquor.
The alcohol will be presented in court as evidence.
Dari negara mana lah agaknya Asian workers ni....

02 May 2009

Peringatan dan Pedoman untuk aku

Ini adalah artikel yang aku ada terbaca dan sedikit sebanyak terkesan gak kat aku. Semoga menjadi pedoman dan peringatan buat kita semua.... InsyaAllah

Sifat mazmumah versus sifat mahmudah.....

Sifat manusia terbahagi kepada dua iaitu sifat-sifat yang baik ataudipanggil sifat Mahmudah dan sifat-sifat yang keji atau dipanggil sifatMazmumah. Dengar perkataan Mazmumah ni macam sedap je.

Antara sifat-sifat Mahmudah ialah ikhlas, jujur, baik hati, bersangka baik, pemalu, mudah memberikan pertolongan, suka menderma, zuhud dunia,cinta akhirat dan banyak lagilah. Sebutkan saja segala sifat-sifatyang baik, itulah mahmudah.
Antara sifat-sifat yang keji atau mazmumah ialah dengki, hasad, riak,takabbur, ujub, pemarah, pemalas dan banyak lagi. Sebut saja sifat-sifat yang orang tidak suka, itulah mazmumah. Mungkin ada perkataan-perkataan yang kita tak pernah dengar seperti zuhud dan ujub. Perkataan zuhud dunia selalunya dirangkaikan dengan perkataan cinta akhirat. Alahai bukupun tak ada nak buat rujukan. Saya huraikan dari apa yang saya faham ajelah ya. Mungkin ada oranglain boleh perbetulkan. Zuhud dunia bermaksud orang yang tidak berapa endahkan dunia kerana dia cinta kepada akhirat. Segala apa yang ada di dunia ini dia tak pandang melainkan apa yang ada diakhirat adalah lebih baik baginya. Kerana itudia menghabiskan masanya dengan mengambil dunia ini ala kadarnya sahaja. Tidak perlu pakaian mahal-mahal, tidak perlu makanan yang sedap-sedap, tidak perlu kepada harta yang bertimbun. Orang yang bersifat zuhud dunia sebenarnya lebih cintakan akhirat. Dia cinta kepada Allah. Dia tak sabar nak mengadap Allah. Dia lakukan apa saja untuk mendapat akhirat yang baik. Segala apa yang dilakukan di dunia ini adalah persiapan dia untuk akhirat. Dia takut kalau akhiratnya nanti anggota badannya akan mencerita segala keburukan didunia. Dia takut kalau-kalau ada keburukannya di dunia akan dilayarkan di papan layar Allah. Dia cuba elakkan kalau-kalau ada kecacatan dalam perlakuannya. Dia nak mengadapAllah dalam keadaan yang bersih. Dia malu untuk bertemu Allah dalam keadaan ada dosa walau sebesar zarah. Cintanya kepada Allah menyebabkan dia cuba untuk tidak melakukan dosa. Apa yang Allah bagi di dunia diambil ala kadarnya saja. Kalau makan cukup sekadar alas perut. Tak perlu banyak dan tak perlu sedap-sedap sangat. Cukup sekadar dia ada tenaga untuk beribadah dan melakukan aktiviti harian. Pakaiannya tak perlu cantik. Cukup sekadar dia ada pakaian untukmenutup auratnya. Tak perlu terlalu colourful atau berkerlipan dengan emas dan berlian memenuhi badannya. Jika ada orang memuji pakaiannya cantik, kalau boleh esok orang tak puji lagi. Mungkin ada orang yang boleh elaborate dengan lebih jelas lagi tentang zuhud ni. berlawanan dengan zuhud dunia, cinta akhirat ialah, cinta dunia, zuhud akhirat. Kalau dah ada penyakit ni payah sikit. Akhirat tak nak tapi dunia dia hendak. Benci nak buat ibadah, malas nakbersedeqah, sayang pada harta dunia.

Sifat ujub pula ialah sifat heran diri. Eh eh aku ni cantik rupanya. Kalau aku tak turun padang mesti PAS kalah dalam pilihanraya. Eh eh aku ni bijak rupanya, dalam ofis ni rupa-rupanya aku yang paling bijak sekali. Wah rasa-rasanya tak ada orang yang sanggup buat tahajjud paling banyak macam aku ni, sampai dah sebulan tak tidur malam. Aku jarang miss solat berjemaah, tak macam si polan tu.... jarang nampak muka dia kat masjid. Bibir aku ni nipis je, inilah bibir yang paling cantik yang pernah aku tengok. Penyakit heran diri ni terlalu bahaya. Kalau kita heran pada kerajinan kita beribadah, mungkin ibadah tu tak diterima. Kalau kita heran pada kecantikan kita, kita akan menjadi orang yang terlalu memilih. Maka berhati-hatilah dengan penyakit ujub. Ujub ni kira menghampiri kepada riak dan takbur. Banyakkan beristigfar dan mohon keampunan dari Yang Maha Kuasa.

Semakin banyak sifat-sifat mazmumah kita dapat buang dari diri kita dan diganti dengan sifat-sifat mahmudah ... bersyukur selalu dengan apa yang kita ada ... insyaAllah hidup ini pasti lebih tenang, lebih indah dan lebih bahagia... Amin