02 May 2009

Peringatan dan Pedoman untuk aku

Ini adalah artikel yang aku ada terbaca dan sedikit sebanyak terkesan gak kat aku. Semoga menjadi pedoman dan peringatan buat kita semua.... InsyaAllah

Sifat mazmumah versus sifat mahmudah.....

Sifat manusia terbahagi kepada dua iaitu sifat-sifat yang baik ataudipanggil sifat Mahmudah dan sifat-sifat yang keji atau dipanggil sifatMazmumah. Dengar perkataan Mazmumah ni macam sedap je.

Antara sifat-sifat Mahmudah ialah ikhlas, jujur, baik hati, bersangka baik, pemalu, mudah memberikan pertolongan, suka menderma, zuhud dunia,cinta akhirat dan banyak lagilah. Sebutkan saja segala sifat-sifatyang baik, itulah mahmudah.
Antara sifat-sifat yang keji atau mazmumah ialah dengki, hasad, riak,takabbur, ujub, pemarah, pemalas dan banyak lagi. Sebut saja sifat-sifat yang orang tidak suka, itulah mazmumah. Mungkin ada perkataan-perkataan yang kita tak pernah dengar seperti zuhud dan ujub. Perkataan zuhud dunia selalunya dirangkaikan dengan perkataan cinta akhirat. Alahai bukupun tak ada nak buat rujukan. Saya huraikan dari apa yang saya faham ajelah ya. Mungkin ada oranglain boleh perbetulkan. Zuhud dunia bermaksud orang yang tidak berapa endahkan dunia kerana dia cinta kepada akhirat. Segala apa yang ada di dunia ini dia tak pandang melainkan apa yang ada diakhirat adalah lebih baik baginya. Kerana itudia menghabiskan masanya dengan mengambil dunia ini ala kadarnya sahaja. Tidak perlu pakaian mahal-mahal, tidak perlu makanan yang sedap-sedap, tidak perlu kepada harta yang bertimbun. Orang yang bersifat zuhud dunia sebenarnya lebih cintakan akhirat. Dia cinta kepada Allah. Dia tak sabar nak mengadap Allah. Dia lakukan apa saja untuk mendapat akhirat yang baik. Segala apa yang dilakukan di dunia ini adalah persiapan dia untuk akhirat. Dia takut kalau akhiratnya nanti anggota badannya akan mencerita segala keburukan didunia. Dia takut kalau-kalau ada keburukannya di dunia akan dilayarkan di papan layar Allah. Dia cuba elakkan kalau-kalau ada kecacatan dalam perlakuannya. Dia nak mengadapAllah dalam keadaan yang bersih. Dia malu untuk bertemu Allah dalam keadaan ada dosa walau sebesar zarah. Cintanya kepada Allah menyebabkan dia cuba untuk tidak melakukan dosa. Apa yang Allah bagi di dunia diambil ala kadarnya saja. Kalau makan cukup sekadar alas perut. Tak perlu banyak dan tak perlu sedap-sedap sangat. Cukup sekadar dia ada tenaga untuk beribadah dan melakukan aktiviti harian. Pakaiannya tak perlu cantik. Cukup sekadar dia ada pakaian untukmenutup auratnya. Tak perlu terlalu colourful atau berkerlipan dengan emas dan berlian memenuhi badannya. Jika ada orang memuji pakaiannya cantik, kalau boleh esok orang tak puji lagi. Mungkin ada orang yang boleh elaborate dengan lebih jelas lagi tentang zuhud ni. berlawanan dengan zuhud dunia, cinta akhirat ialah, cinta dunia, zuhud akhirat. Kalau dah ada penyakit ni payah sikit. Akhirat tak nak tapi dunia dia hendak. Benci nak buat ibadah, malas nakbersedeqah, sayang pada harta dunia.

Sifat ujub pula ialah sifat heran diri. Eh eh aku ni cantik rupanya. Kalau aku tak turun padang mesti PAS kalah dalam pilihanraya. Eh eh aku ni bijak rupanya, dalam ofis ni rupa-rupanya aku yang paling bijak sekali. Wah rasa-rasanya tak ada orang yang sanggup buat tahajjud paling banyak macam aku ni, sampai dah sebulan tak tidur malam. Aku jarang miss solat berjemaah, tak macam si polan tu.... jarang nampak muka dia kat masjid. Bibir aku ni nipis je, inilah bibir yang paling cantik yang pernah aku tengok. Penyakit heran diri ni terlalu bahaya. Kalau kita heran pada kerajinan kita beribadah, mungkin ibadah tu tak diterima. Kalau kita heran pada kecantikan kita, kita akan menjadi orang yang terlalu memilih. Maka berhati-hatilah dengan penyakit ujub. Ujub ni kira menghampiri kepada riak dan takbur. Banyakkan beristigfar dan mohon keampunan dari Yang Maha Kuasa.

Semakin banyak sifat-sifat mazmumah kita dapat buang dari diri kita dan diganti dengan sifat-sifat mahmudah ... bersyukur selalu dengan apa yang kita ada ... insyaAllah hidup ini pasti lebih tenang, lebih indah dan lebih bahagia... Amin

3 comments:

  1. Alhamdulillah..

    Good info... itulah yg kite cari... byk kan artikel yg boleh menginsafkan diri.. Jazakallah!

    ReplyDelete
  2. Villa_bayu,
    Tq for the article..

    Ingat mengingati sesama ummah.

    ReplyDelete
  3. Dida & Catz,

    Ingat nak bukak lagi satu blog... 'Tazkirah Min Yanbo' ... amacam?

    ReplyDelete

Get Free Shots from Snap.com