Memang betullah... bak kata pepatah " sebuah gambar menceritakan seribu perkataan". Madain Saleh atau pun Al-Hijr merupakan kota sejarah lama semasa zaman Nabi Saleh yang diceritakan didalam Al-Quran. Kota ini mirip dengan Petra di Jordan.
Ianya terletak lebihkurang 350km dari Yanbu dan mengambil masa 4 jam kerana melalui jalan kampung. Memang menkjubkan bila melihat bukit-bukit batu yang seolah-olah mempunyai bentuk2 tertentu ditambah pula dengan ukiran-ukiran sebagai penempatan dan perkuburan kaum thamud.
Madain Saleh ini terletak lebihkurang 22km dari bandar Al-Ula. Pernah didiami oleh orang neolitihc sehinggalah kepada kaum nabataean. Mengikut sejarah, kawasan disebelah selatan Jordan didiami oleh kaum Ad, iaitu kaum NabiHud manakala kaum thamud mendiami kawasan di Madain Saleh. Kedua-dua kaum ini mempunyai banyak persamaan dan antaranya kemahiran mengukir rumah batu sebagai tempat kediaman mereka.
Terdapat juga sebuah stesen keretapi lama, mungkin semasa zaman Othmaniah yang membawa penumpang dari Al-Hjir (Madain Saleh) ke Madinah.
Panorama di Madain Saleh memang tidak sama dengan kebanyakan tempat di Arab Saudi ini. Mengikut catatan, terdapat 131 kubur yang berselerak dikawasan ini. Ada yang besar, ada yang kecil, ada yang cantik ukiran dindingnya dan ada yang tiada sangat ukiran... mungkin menunjukkan status seseorang semasa hayatnya.

Bandar yang paling hampir dengan Madain Saleh ini ialah Al-Ula, yang terletak disebuah lembah yang sempit yang dipanggil Wadi Qurra. Ianya dikelilingi oleh banjaran gunung dan bukit bukit batu yang indah. Dalam pada itu, banyak kebun-kebun kurma yang menyerikan lagi pemandangan disini. Kawasan ini memang cukup subur kerana dikatakan tanah-tanah disini berasal dari tanah gunung berapi yang pernah berlaku ribuan tahun yang lampau.
Madain Saleh ini terletak lebihkurang 22km dari bandar Al-Ula. Pernah didiami oleh orang neolitihc sehinggalah kepada kaum nabataean. Mengikut sejarah, kawasan disebelah selatan Jordan didiami oleh kaum Ad, iaitu kaum NabiHud manakala kaum thamud mendiami kawasan di Madain Saleh. Kedua-dua kaum ini mempunyai banyak persamaan dan antaranya kemahiran mengukir rumah batu sebagai tempat kediaman mereka.
Terdapat juga sebuah stesen keretapi lama, mungkin semasa zaman Othmaniah yang membawa penumpang dari Al-Hjir (Madain Saleh) ke Madinah.
Panorama di Madain Saleh memang tidak sama dengan kebanyakan tempat di Arab Saudi ini. Mengikut catatan, terdapat 131 kubur yang berselerak dikawasan ini. Ada yang besar, ada yang kecil, ada yang cantik ukiran dindingnya dan ada yang tiada sangat ukiran... mungkin menunjukkan status seseorang semasa hayatnya.
Setakat ini, tempat ini masih belum dibuka untuk pelancungan walaupun kini sudah terdapat rombongan2 khas yang dibolehkan melawat tempat bersejarah ini.
Untuk cerita lebih lanjut bolehlah pergi ke Mama Bungas.
Manakala untuk melihat gambar-gambar disitu bolehlah pergi ke VillaBayu photo album di
No comments:
Post a Comment