07 November 2008

Madinah Al-Munawarrah

Musim haji dah pun tiba. Ramai jemaah haji sudah mula membanjiri Kota Madinah. Daripada Malaysia saja sudah 21 penerbangan yang sudah tiba. Semuanya terus ke Madinah dulu. Agak terperanjat gak bila turun dari kereta kerana cuaca yang agak dingin, aku rasa mungkin dalam lingkungan 20~22 Celcius. Kira nyaman gitu, tak macam selalu dimana cuaca di Madinah kebiasaannya lebih panas dari Yanboq.














Tak sangka dapat berjumpa dengan Tn Hj Azhari Mohd, antara 'sifu' aku dalam dunia politik. Beliau juga adalah jiran aku di Seri Alam. Semasa pilihanraya yang lepas, beliau merupakan Pengarah Pilihanraya DUN Pasir Gudang manakala aku mengetuai urusan pengundi dan SPR.













Suasana di Masjid Nabawi selepas solat Zohor. Kelihatan ramai jugak jemaah haji dari Malaysia.

Gambar isteri dan anak2 dengan Pak Long Tampok, cuma selepas maghrib je baru dapat jumpa. Itu pun dengan Pak Long je.
Masjid Nabawi di wakru malam sebelum berangkat pulang ke Yanbu.

No comments:

Post a Comment

Get Free Shots from Snap.com