14 February 2009

Makkah - Jeddah - Madinah

Ini lah dia bandar-bandar tumpuan di hujung minggu bagi kami yang tinggal di Yanbu ini. Dah tak terasa jauh langsung walaupun nak ke Makkah atau ke Jeddah mengambil masa lebihkurang 3 jam lebih, apatah lagi ke Madinah. Alhamdullillah, ini lah kelebihan dapat tinggal di Yanbu. Bandar Yanbu sendiri sedang pesat membangun dengan pelbagai projek perumahan, taman-taman rekreasi serta pusat-pusat perniagaan.
Kesan krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang ini seakan tidak terasa di sini walaupun syarikat tempat aku bekerja memberikan bonus yang agak berkurangan dari tahun yang sudah kerana jualan yang merundum jatuh pada suku ke-4 2008. Kalau kat Malaysia, krisis ekonomi yang cukup gawat semakin gawat dengan krisis politiknya... haru biru betul. Apa-apa hal, kita hendaklah sentiasa berdoa agar sentiasa diberikan yang terbaik dalam kehidupan ini.

Mereka di atas ni adalah yang terbaik dan cukup professional bila menjalankan tugas mereka. Pantas, cekap dan cemerlang ... para pekerja sedang membersihkan dataran Kaabah. Satu perkara yang aku baru perasan, walaupun banyak jugak burung-burung berterbangan di sekitar Kaabah, setakat ini tak pernah pulak aku ternampak tahi burung di dataran tu. Lagi satu, tahi cicak pun aku tak pernah nampak kat Masjidil Haram.Deretan bekas air zam-zam di dataran Kaabah. Telaga Zam Zam berukuran 18X14 ft dengan kedalamam 18 meter. Ianya bermula 4000 tahun yang lampau dan tidak pernah kering. Tidak pernah berubah rasa dan tidak pernah ada algae atau lumut yang hidup. Pam-pam motor dengan kapasiti 8000 liter sesaat digunakan untuk menyediakan air ini kepada jutaan jemaah.

Gambar ini pula adalah kawasan rumah Saidina Abu Bakar r.a yang terletak hampir dengan Bab Salam di Masjid Nabawi. Secara tepatnya, adalah di Tiang ke 5 sejajar dengan Bab Siddiq.
Untuk tiga minggu berturut aku dan keluarga tak diam kat Yanbu. Olehkerana musim sejuk dah kira berlalu pergi dengan suhu air Laut Merah sekitar 25 Celcius, InsyaAllah, minggu ini mungkin nak turun laut pulak.

2 comments:

  1. Villa Bayu,
    Tentu seronok rasanya berada disana. Dengan adanya gambar-gambar tu terasa macam dah 'pergi' kat sana pulak..

    ReplyDelete
  2. Dear Catz,

    Memang seronok life kat sini walaupun ada gak yang tak seronoknya. InsyaAllah, kalau dah pasang niat tu, sampai ler satu hari nanti...

    ReplyDelete

Get Free Shots from Snap.com