20 February 2009

Hujung Minggu di Yanbu

Satu lagi hujung minggu berlalu tapi sudah tentu dengan pelbagai aktiviti. Alhamdulillah, atas inisiatif Hj Sulaiman dan Haji Ghazali, kelas Bahasa Arab dapat dimulakan semula pada setiap hari Rabu selepas maghrib bertempat di Yanbu Islamic Dakwah Center. Gurunya didatangkan khas dari University Madinah, Ustaz Mohd Fazli.

Pagi Khamis pulak, aku turun laut. Apalahi kalau bukan aktiviti menyelam di Laut Merah. Kali ni aku cuma menyelam berdua je, dengan diver dari Sepanyol. Terbang dari Riyadh semata-mata nak menyelam di sini.
Pada sebelah malam pulak, ada ceramah agama yang di bawa oleh Ustaz Firanda dari Indonesia yang belajar di Universiti Madinah juga. Ceramah agama mingguan ini terbuka kepada kaum ibu, bapa dan anak2.
Manakala pada hari Jumaat pula sebelah pagi, kelas tajwid dan Iqra' untuk anak-anak pula di adakan yang di kelolakan oleh Ustaz Fazli. Kelas ini baru je bermula minggu ni dan akan diadakan setiap dua minggu sekali bertempat di rumah kami.

Marina di Royal Commission Yanbu.


Kapten bot, Dif dan Daniel, diver dari Riyadh. Daniel ni pun baru je dapat lesen menyelam kat Oman. Ini adalah dive dia yang pertama di Laut Merah. Cerita lanjut pasal trip beserta gambar boleh lah klik

http://yanboqunderwater.blogspot.com/2009/02/my-third-dive-in-red.html

Anak-anak sedang menunggu giliran. Mereka semua telah di pecahkan kepada 3 kumpulan mengikut kemampuan masing-masing. Jadi mudahlah untuk Ustaz mengajar.
Ini bukan sesi mengajar lagi tapi sesi untuk melihat tahap mengaji setiap yang datang sebelum di letakkan dikumpulan masing-masing. Sesi akan datang baru mula kelas.

3 comments:

  1. Villa_Bayu,
    Bertuah anak-anak ni. Semoga segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.

    Teringat masa kecil dulu - mengaji malam. sampai je rumah ustazah, duduk bersila, capai rehal dan mula ulang baca setakat yang berhenti sebelum ini. Baca tak sampai 10 minit.

    Yang pentingnya dapat jumpa kawan-kawan. Makan jajan, main magik, sembang-sembang. Kalau ramai biar je dulu. Tapi bila dah tinggal skit, berebut-rebut nak jumpa ustazah sebab taknak tinggal sorang-sorang. Kalau ada final Juara Lagu tu, baiklah datang petang-petang. Ustazah pun nak tengok juga.. Rindu zaman kecil-kecil dulu. Mesti ustazah tak percaya budak nakal ni dah jadi cikgu sekarang..hehe

    ReplyDelete
  2. Hi Cikgu Catz...

    Zaman kanak-kanak ler paling seronok ... perangai tu sama je...gi ngaji bukan nak belajar sangat tapi nak jumpa kawan dan main-main...

    ReplyDelete

Get Free Shots from Snap.com