24 July 2008

Iqamah For Family


Today's Quote:
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .."

Rindu benor hujan kat Malaysia ni. Masa balik hari tu, tak de pulak hujan lebat. Gambar atas tu aku ambik masa sebelum berangkat ke Arab masa bulan Mac dulu.
Hujung minggu ni kita orang tak keluar dari Yanbu. Mula tu ingat nak ikut rombongan ke Madain Saleh, tempat bersejarah yang menarik di sebelah utara, lebihkurang 3 jam dari Yanbu. Ianya merupakan tempat kisah Nabi Saleh dan kaum Thamud. Oleh kerana proses meletakkan gambar family dalam Iqamah aku tak siap lagi, so tak dapat lah nak ikut dia orang.

Anyway, semalam dah pun bertambah keluarga Malaysia di Yanbu ni. Isteri dan anak Leman dah pun selamat sampai, malah kita orang tadi sempat gak gi bandar Yanbu bersama.
Proses untuk masuk kan butiran family ke dalam Iqamah sama je. Mula-mula sekali kena buat medical check up. Lebihkurang 3 hari dah dapat keputusannya. Lepas tu serahkan lapuran kesihatan pada pihak syarikat. Seminggu selepas tu kena serahkan Iqamah kita dan juga passport family untuk di proseskan. Expected siap within two weeks. InsyaAllah, minggu depan siap kot. Once siap gambar family dalam Iqamah kita, passport family akan diserah semula.

Yang ini pulak gambar bersama dengan mak dan abah. Tadi abah telefon yang mak dan abah akan datang kesini buat umrah pada bulan Ramadhan ini. Rancangan awal mereka akan datang sini dengan Visa Ziarah untuk terus beraya di sini tapi bila aku nak submit permohonan visa, peluang untuk diluluskan amat tipis kerana musim haji dah tak lama lagi dan kebiasaannya visa ziarah akan dibekukan sehingga selepas habis musim haji. Untuk tidak mengambil risiko, mak dan abah buat keputusan guna visa umrah je, so lepas ni raya haji lah baru plan bawak mak dan abah ke Yanbu ni, InsyaAllah...

4 comments:

  1. Aslm"km,
    Jgn bimbang akan urusan nak bawa orang tua beraya disana. Pertama uruskan mereka kesini dulu dan kemudian awak uruskan diYanbu kerana disini mudah mendapat visa dua bulan. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam...

    Terima kasih Suatu Kehidupan. I guess you are Sadimin?

    ReplyDelete
  3. nak tumpang tanya blh tak? jumpa blog ni drp google cari pasal visa ziarah. agak2 blh tak kalau apply visa ziarah utk visit kawan kat riyadh dan/mekah? mereka kena mohonkan permission ke? apa yg mereka perlu buat? i.e. dokumen needed ke apa? terima kasih. plan nak pergi masa syawal for only 10 days.

    -ummu khadijah-

    ReplyDelete
  4. Dear Ummu Khadijah,

    Visa Ziarah cuma dikeluarkan untuk muhrim sahaja. May be you can request for business visa... dan kawan you yang kena jadi sponsor you untuk datang sini... dan kalau you datang untuk Syawal ni, it's quite impossible...

    ReplyDelete

Get Free Shots from Snap.com