Sedar tak sedar, puasa tahun ni dah di penghujungnya. Dan tahun ni, tahun kedua aku dan keluarga berpuasa jauh dari suasana di tanah air. Kalau di tanahairku, suasana raya tu dah cukup terasa. Masing-masing sibuk dengan persiapan nak beraya. Shoppingnya lah, kuih muihnya lah, duit rayanya lah, baju rayanya lah, jualan murahnya dan macam-macam lagi sehingga ramai yang lupa yang Allah pun sedang buat jualan murahnya (bak kata Ustaz abdul Rahman). Alhamdullillah, suasana itu tidak terasa sangat di sini. Aku tak sibuk-sibuk nak pikir cari baju raya, bini aku tak sibuk-sibuk nak beli kuih raya. Pusat-pusat beli-belah pun macam biasa je... Part yang ini buat aku suka berpuasa dan menyambut raya di sini.
Waktu Iftar di dalam Masjid Nabawi
Walau macam mana pun, kami rakyat-rakyat Malaysia di Yanbu dah berpakat nak buat Marhaban di sini. Sekurang-kurangnya acara ziarah menziarahi ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita dan juga menghidupkan suasana hari raya di sini terutama untuk anak-anak.
Juadah berbuka di Masjid Nabawi
Suasana menanti waktu iftar di dataran Masjid Nabawi.
Suasana selepas Asar di dataran Masjidil Haram
Lautan manusia mengerjakan tawaf.
Menanti waktu iftar di D'Saji
No comments:
Post a Comment