Tahun ini sekali lagi kami sekeluarga beraya di Arab Saudi. Kalau tahun lepas menyambut dan bersolat Aidil Fitri di Makkah, tapi tahun ini kami menyambut di Yanbu. Buat pertama kali merasai pengalaman bersolat aidil fitri di tengah-tengah padang pasir. Di bandar Yanbu RC, tak de masjid yang mengadakan solat sunat hari raya. Semuanya berkumpul di satu kawasan untuk bersolat selepas je tamat waktu syuruk. Tak de takbir beramai-ramai. Sebaik saje imam sampai, terus buat solat, khutbah dan balik. Kawasan perjiranan aku pula memang lengang kerana masing-masing balik kampung. Dari 12 buah rumah di lorong aku tu, cuma aku dan satu keluarga arab yang tinggal.
Suasana di Madkhal 4 (lorong rumah kami)
Kawasan kedai Al-Semairi di belakang rumah aku yang lengang sehari sebelum hari raya. Yang nampak kotak berwarna biru ialah drive thru ATM machine. Kat sini memang banyak drive thru ATM machine.
Kemudian jam 10 pagi, sebagaimana yang telah dirancangkan, beberapa keluarga berkumpul di rumah Hj Zaki untuk program ziarah raya dari rumah ke rumah. Memang meriah, apatah lagi beberapa keluarga dari Jubail pun ada join sekali.
OKLAH TU...TAPI MEMANG TK SAMA DGN BERAYA DI SINI
ReplyDeleteMmg lah tak sama dgn kat Malaysia tu... tapi at least suasana raya tu dapat gak di rasai especially untuk anak-anak.
ReplyDelete