Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan
para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat
mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka
merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu
tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas
walaupun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.
Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:
Membantu seseorang sambil berkata, "Ambillah, saya ikhlas". Menolong
seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini ikhlas, tapi
sedih, awak menolak..". Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan
tandatangan, "Yang ikhlas", "Yang Benar."
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas,
siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas
sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, cuma
berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
ERTI IKHLAS
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain.
Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab
apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak
pure ).
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran, mengajar, berdakwah,
menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya
Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau keranaNya yang SATU, tujuan
satu, dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya
satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama
sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang
lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta,
takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji
kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan dan akhir
sekali untuk mendapat bonus - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah
ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah
menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas
kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana
Allah".
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan
kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum
seperti: berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang,
forum, upacara memberi hadiah; lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan
hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.
Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak
kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak
seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
1. awal
2. pertengahan
3. akhir
Kerosakan awal
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya
berkata, "Inilah masanya nak jadi popular", "Aku akan jadi terkenal",
"Dengan ceramah ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk
menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya
rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan
Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar
yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang
memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata, "Hebat juga aku hingga
ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."
Kerosakan akhir
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan
baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di
dalam kereta berkata, "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang
menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu
datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan
dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan
rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji
kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah
ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas
samada diterima amalan kita atau ditolak. "Sesungguhnya Allah tidak melihat
amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu."
Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada
orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu,
bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah. Dalam menghadapi
keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada
Allah dengan doa yang berikut:
"Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini.
Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan
pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin
tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah
agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah.Amin".
Nota* Artikel ini telah diforwardkan kepada aku melalui e-mail.
Salam..
ReplyDeleteThanks for sharing this good article..
Sesungguhnya hanya Allah SWT yang layak menilai niat & perbuatan setiap hambaNya..
Wallahu'alam.
Villa_bayu,
ReplyDeleteEntri yang menarik. Alhamdulilah..dapat juga saya ilmu.. Moga ada lagi entri seperti ini lagi..
Assalamualaikum wrt.wbt.
ReplyDeleteMasjid Ar-Raudhah menganjurkan SEMINAR TAFSIR 'PEMURNIAN AL-QURAN DARIPADA PENYALAH TAFSIRAN'
Tarikh: 19 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 9 pagi – 3 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Masjid Ar-Raudhah
Daftar Segera !!! Tempat Terhad
100 peserta pertama akan mendapat buku “ NABI KU ” Percuma !!!
LEMBAGA PENTADBIR MASJID AR- RAUDHAH
30 Bukit Batok East Ave 2 Singapore 659919
Tel : 02-6899 5840 / Fax : 02-6564 1924