Berbincang macam mana nak buat 'bouyancy' atau kata lain imbangan badan dalam laut ketika menyelam. Memasing kusyuk mendengarkan penjelasan dari Samkae.
Lebihkurang dalam pukul 12:30 tghari, kami semua bertolak pulang ke Yanbu selepas makan nasi ambang yang di bawa oleh Fidah (wife Samkae). Oh ya.. Ramyzan dan family pun turut serta.
Semalam, Jumaat pula ke Madinah buat cari ole-ole untuk pulang ke Malaysia. Pemandangan diatas ialah bazaar di sekitar kawasan makam syuhada Perang Uhud. Saje pergi kesini pasal mama bungas nak cari buah zuriat. Ramai jugak yang kirim buah ni.... wallahu a'lam. Kita manusia ni berusaha je tapi segalanya mestilah dengan izin Allah. Selepas itu baru ke pasar kurma berdekatan dengan Masjid Nabawi. Dan seperti biasa memang tak sah kalau dah ke Madinah tak singgah Taiba Commercial Center dan Jarir BookStore.
Hari ini, (20.06.09), tepat jam 9:15 malam tadi kami sekeluarga selamat tiba di Riyadh. Stop over satu malam kat sini sebelum berangkat pulang ke Malaysia. InsyaAllah, semoga selamat perjalanan pulang kami esok.
No comments:
Post a Comment