12 June 2009

Semalam di Makkah

Bertemu rakan-rakan maupun saudara mara yang datang dari Malaysia mempunyai keseronokannya yang tersendiri. Terasa teruja jer kalau dengar ada kawan atau sedara nak datang buat umrah... sebolehnya memang nak jumpa, tak kira lah samada kat Madinah maupun kat Makkah. Tapi kalau tak kena time nya, tak dapat gak jumpa.
Dua hari lepas aku turun ke Makkah lagi.... puas hati kerana dapat berjumpa dengan tiga rakan-rakan dari Malaysia.
Zulpa, isteri dan dua orang anak aku sedang makan-makan. Kawan semasa aku kerja kat Kemaman (off shore). Masa tu aku dan dia masih bujang, so selalu lah keluar dengan dia ni dok main gitar kapok kat tepi jalan.... masa tu Kemaman tak macam sekarang... macam2 suadah ada kat situ.Terror main gitar dia nih... banyak gak aku belajar dari dia... tapi aku rasa dia pun dah gantung dah gitar simpan kat dalam stor. Lebih sepuluh tahun kami tak berjumpa.....

Yang ini lak Sheikh Amizal. Nama glamor Shake. Pun dah lama gak tak jumpa... kawan masa belajar dulu.... Dari dulu sampai sekarang, kamera tak pernah lekang ... Yang bestnya boleh pulak kita orang tinggal di hotel yang sama, Hotel Muhajirin di Al-Masjidil Haram St, Al Ghaza... datang bersama isterinya.

Hasani, kawan sekerja di Titan dulu. Kalau yang dua orang tadi tu orang Pahang, yang ini orang Johor. Kena VSS dan kini masih mencari-cari rezeki di tempat lain. Makin berisi, mungkin akibat senang hati dah tak perlu pikir beban kerja lagi... InsyaAllah, balik dari Umrah ni mesti ada rezeki tu ...

Gambar ini pula ialah perpustakaan dimana mengikut sejarah, tempat ini adalah tempat kelahiran Nabi kita Muhammad saw. Ianya terletak disebelah kawasan Al-Ghaza. Sedih pasal tempat ini tidak dipelihara dan dipedulikan sebagai satu tempat sejarah. Mungkin kerajaan saudi ni ada sebab2 tertentu berbuat demikian.

Bangunan tempat bersaie yang masih belum siap sepenuhnya.

2 comments:

  1. Salam,
    Bila aku tengok si hasani tu teringat masa kat titan dulu kalu dia panggil kat radio selalu dia kenalkan diri dia hasani, dia ingat orang tak tau coz dia la satu2 nyer banjar dgn loghat dia yg pekat yg ada kat titan tu, mcm la org tak kenal. Apa plan dia skang?

    ReplyDelete
  2. Tu lar... bile teringat mcm tuh mmg tersengih lah..tapi kesian kawan2 yang dapat VSS ni, ramai lagi yang masih nganggur...

    ReplyDelete

Get Free Shots from Snap.com