Nak jadi blogger tapi blog tak update-update... macam mana ni ek? Tapi aku rasa kan bukan aku je yang ada masalah nak update blog ni, ramai gak yang menghadapai masalah yang sama. Nak menulis tapi idea take de or cerita tak de. Kekadang tu idea ada, cerita ada, masa pulak tak de. Kalau Mama Bungas tu, satu hari kadang-kadang sampai 2, 3 entry. Aku nak buat satu entry satu minggu pun payah. Nak bercerita ni pun kena ada skill gak. Aku bab-bab mengarang dan bercerita ni memang kurang, jadi nak buat cam ne.
Aku pernah terbaca satu artikel cara-cara atau tips menulis blog ni. Antaranya :-
1) Kena banyak membaca - buku, majalah, suratkhabar, blog dsb. Sebarang idea atau perkara yang baik untuk di kongsikan, boleh lah ditulis dan dikembangkan kat blog kita. Aku rasa memang betul pun. Kalau tak, terpaksalah bergantung kepada apa yang berlaku kat kita untuk diceritakan.
2) Kalau menulis tu, jadilah seorang penulis bukan seorang penyunting. Dah siap menulis, barulah buat kerja-kerja suntingan. Kalau tak buat macam gini, alamatnya 4,5 jam belum tentu ter publish entry kita tu. Tak pun kat draft untuk beberapa seketika. Aku sendiri punye entry yang berstatus draft pun boleh tahan gak.
3) Menulis secara bersahaja atau spontan. Ini yang aku tengah dok belajar. Walaupun aku rasa ini adalah satu bakat (untuk menulis secara bersahaja) tapi rasanya boleh untuk dipelajari. Masing-masing punya cara tersendiri untuk menulis maupun meluahkan idea ataupun cerita. Sebaiknya biarlah gaya penulisan kita tu ikut stail kita sendiri.
4) Kalau boleh dan punya masa, bila je ada idea nak menulis sesuatu bahan tu, cepat-cepat tulis. Tak kira lah tulis kat buku nota ke, laptop ke, pc ke. Asalkan idea tuh tak hilang begitu saja.
Kalau sesape ada lagi idea macam mana nak menulis atau sentiasa meng update kan blog, kongsi-kongsi lah kat sini.
Seronok dapat baca aktiviti2 orang kat sana!
ReplyDeleteAktiviti kat sini mmg banyak cuma kekadang tu tak sempat nak bercerita atau tak reti nak barcerita...
ReplyDelete