25 April 2009

Saudi Diving Academy

Inilah dia Saudi Diving Academy di mana anak2 aku dan geng Malaysia mendaftarkan diri dan mendapatkan lesen menyelam. Ini kira iklan percuma lar ...

Kat Yanbu ni memang banyak kedai2 yang menjual peralatan menyelam dan juga mengendalikan kursus-kursus menyelam. Setakat nih dua orang anak aku, Dahisham dan Samkae telah berjaya mendapatkan lesen menyelam di sini yang di ajar oleh Sheikh Abdul Kader, anak tuan punya kedai, iaitu Sheikh Muhammad Fauzi. Kedua-dua nya merupakan instructor di Saudi Diving Academy ini.
Aneka jenis peralatan yang terdapat di Saudi Diving Academy ini. Kedai ni terletak si Al-Semairi, di belakang rumah aku.
Sekarang ni another 3 Malaysians sedang menjalani kursus ' Open Water Diving Course' di sini; Abg Pie, Zikhan dan Awang Ali. Jadi semakin ramai lah kaki-kaki untuk pegi menyelam di Laut Merah ini yang penuh dengan karang dan khazanah lautnya.

Untuk kisah lanjut mengenai kursus-kursus menyelam, sila klik Yanboq Under Water.

4 comments:

  1. Seronoknya anak2 Zuraili pandai menyelam. nanti balik malaysia boleh menyelam kat pulau kapas, pulau redang, pulau perhentian etc.

    ReplyDelete
  2. Heee... dah book Pulau Tioman bulan Julai ni. Seminggu dok sana nak pi diving dan lepak2... tak sabor rasanya nak balik ni..

    ReplyDelete
  3. Villa Bayu aka Zuraili,
    Mesti seronok ye menyelam.. kalau menyelam di Pulau Tioman nanti shootla photo byk2 skit.. bleh tumpang tgok gak keindahan dasar laut..

    (Tak pandai berenang apatah lagi menyelam.. konfem tenggelam terus..hehe)

    ReplyDelete
  4. Catz,
    Nak nyelam ni kena pakai pemberat, kalau tak de pemberat, mmg tak mau tenggelam punyer...

    ReplyDelete

Get Free Shots from Snap.com