10 April 2009

Cerita Hujung Minggu Ini

Satu lagi hujung minggu yang sibuk bangat walaupun tak keluar dari Yanbu ni. Biar lah aku mulakan dengan kisah anak-anak aku bersama Samkae dan Dosey yang telah pun berjaya mendapatkan lesen menyelam. Dua minggu berturut-turut kita orang pegi menyelam di Laut Merah. Khamis yang lepas kita orang buat 'beach diving' kat Al-Sharm, lebihkurang 10 km dari Yanbu Al-Bahr. Pantai tak cantik pasal banyak sangat batu karang tapi lautnya memang cantik. Paling best dapat terserempak dengan 4 ekor dolphins dan 2 ekor penyu. Tapi tu ler, cepat sangat ikan lumba-lumba tu pergi. Dia orang pun terperanjat kot tengok kita orang. Kemudian kita orang pegi tengok kapal yang sudah lama karam kat dasar laut, lebihkurang 30 kaki didasar laut. Gambar di bawah ni ialah pulau terumbu karang di Laut Merah, bukannya Al-Sharm tapi Al-Wasel.


Hari ni pulak kita orang buat 'boat diving' pulak. Tapi kali ni spot yang dipilih tak berapa cantik cuma aku bawak anak aku yang nombor dua tu pergi sedalam 60 kaki atau lebihkurang 20 m. Yang sorang lagi ikut instructor dia pasal minggu lepas dia tak dapat selesaikan sesi latihan.

Samkae dengan gaya seorang juragan. Kali ni Samkae dgn aku terasa mabuk laut pulak. Mungkin perut kosong ataupun mungkin ombak kuat sangat kali ni.

Dahisham @ Dosey selepas selesai menyelam. Dah siap-siap nak balik. Kali ni tak ambik gambar kat dasar laut pasal tempat tak berapa cantik. Khamis lepas kat Al-Sharm, tempat cantik tapi tak bawak kamera pulak.

Habis cerita menyelam, ni cerita sikit pasal pindah rumah. Kami semua dah berpindah ke rumah lain di Al-Semairi. Asalnya memang tak nak pindah tapi pasal dah tuan rumah pernah bersuara nak naik kan sewa rumah dari SR 30 ribu setahun ke SR45 ribu, aku terus bengang dan mula cari rumah lain. Almdullillah, rumah yang baru ni memang jauh lebih cantik dan punye private halaman yang luas di sebelah belakang. Paling best, lokasinya yang amat strategik berdekatan dengan kawasan kedai, bank serta supermarket. Inilah dikatakan hikmah yang tersembunyi bila tuan rumah yang lama nak naikkan sewa rumah. Rumah yang baru ni sewanya SR35 ribu setahun. Ada 3 bilik tidur lengkap dengan wardrobe setiap bilik, 3 bilik air, satu ruang guest hall, dining hall dan family hall serta stor dan tempat mencuci baju dan halaman belakang yang luas serta wall to wall carpet di kedua-dua tingkat.


Ini ialah King Khalild Road, antara jalan utama di Yanbu RC dan pada waktu malam kira jalan paling cantik pasal banyak lampu-lampu neon di sepanjang jalan ini.

Jalan nak ke Al-Semairi dari King Khalid Road. Inilah satu-satunya jalan yang banyak pohon nyiur.
Ini ialah kawasan perjiranan aku di Al-Semairi.

Tapi satu perkara tentang rumah-rumah kat sini, pwoer point dia tak de yang standard. Macam-macam jenis plug nak kena tukar. Ada yang 3 pin, 2 pin, pin melintang satu, pin melintang dua-dua, bentuk V dll. Dah lah power point macam-macam jenis, ada dua jenis supply pulak, yang 110 V dan 240V. Yang ini memang hampas... sampaikan washing machine aku baru je hari ni baru boleh beroperasi. Tapi, alhamdullillah semua dah kira settle.

6 comments:

  1. Villabayu,
    Wah... ramai juga yang pindah rumah ni.. hari tu Mama bungas.. Apapun, selamat tinggal di rumah baru. Patutnya dorang standardkan psal plug point tu macam kat Malaysia ni. Lebih mudah.. semua 3 pin.

    ReplyDelete
  2. catz_mafia,
    mama bungas adalah isteri kepada villa bayu...ekekeke...Dah Villa bayu pindah, mama bungas pun ikut gakkkkkkkkkkk......hehehehe

    ReplyDelete
  3. Mama,
    La yeke... hahaha... patutla cite pasal plug tu sama je.. ceh.. terkono gak den ni.. kahkah..

    ReplyDelete
  4. pesan kat mama bungas nanti raye boleh kait daun nyiyor tu buat ketupat.....

    ReplyDelete
  5. Dah book Nayan dah amik daun kelapa tuh....

    ReplyDelete
  6. macam ade dengar je nak ajak datang makan2 kat rumah baru...sapa ya yang berkata2 itu?

    ReplyDelete

Get Free Shots from Snap.com