30 March 2009

Setahun sudah berlalu

Hari ini genaplah setahun aku bekerja kat Arab Saudi ni. Punya lar singkat masa berlalu. Rasa macam baru je sampai kat sini. Teringat masa mula-mula sampai, aku, Wan Jemi, Hj Fadil & Jaafar terpaksa menunggu 4 jam kat airport Jeddah untuk orang datang ambik kita orang. Alhamdullillah, sekarang semua dah ada family kat sini kecuali Jaafar. Kalau setahun yang lepas, cuma ada 10 orang je kat Yansab tapi sekarang dah lebih 90 orang kat Yansab.

Walaupun baru setahun kat sini tapi aku rasa dah macam-macam perubahan yang berlaku. Cuma plant yang diuar-uarkan akan mula beroperasi pada tahun lepas masih belum lagi beroperasi. InsyaAllah tak lama lagi beroperasi lah tu.
Aktiviti-aktiviti mingguan memang sentiasa ada. Boleh dikatakan hujung minggu lagi sibuk dari hari kerja. Secara tak langsung membuatkan kehidupan kat sini tak lah membosankan sebagaimana yang aku dok pikirkan sebelum datang ke sini setahun yang lepas.
InsyaAllah, kalau ada rezeki, ada umur, nak dok lama-lama kat sini ...
Ini cerita minggu lepas, diceritakan di Mama Bungas - Mekah, Pasar Malam & Kenduri Kahwin

1 comment:

  1. Villa_Bayu,
    Selamat startup plant! Cayo cayo!

    ReplyDelete

Get Free Shots from Snap.com