Sehingga kini, 2 orang puteri aku dah pun sembuh dari chicken pox tapi hari ni sorang lagi baru je kena demam. Nampak gayanya bulan ni kira bulan chicken pox untuk kami sekeluarga. So, bulan ni bulan duduk rumah.... dan cerita pasal rumah pulak, insyaAllah kami akan berpindah ke rumah lain. Bukan apa, tuan rumah ada ura-ura nak naik kan sewa rumah, nak naik pun tak agak-agak, dari SR30 ribu ke SR45 ribu setahun. Malas nak rayu-rayu, aku decide nak cari rumah lain. Lagi pun sekarang ni, setakat rumah dalam lingkungan SR30 ribu senang nak dapat dan ada yang lebih baru dan cantik lagik.
Dua hari lepas, aku dah pun memulakan pencarian rumah lain. Banyak gak aku dok gi survey, setakat ni ada dua yang jadi pilihan hati. Kemungkinan besar, bulan Mei nanti pindah ler kami ke rumah baru....
Kena settle kan dulu hal-hal rumah ni sebelum kita orang balik bercuti ke Malaysia bulan Jun nanti. Lagi pun, kontrak rumah ni tamat pertengahan bulan Mei nanti. Tu ler, baru setahun dah pindah lagi... kira okay ler tengok pemandangan lain pulak....
No comments:
Post a Comment