23 March 2009

Saman Dan Had Laju

Ini untuk kekawan yang suka dan selalu memandu laju di Arab Saudi macam aku... heee..heee... Pada sessiapa yang masih ingat, pada bulan puasa tahun lepas aku telah disaman di lebuhraya Jeddah - Yanbu berhampiran susur keluar ke Badar. Masa kena saman, polis tuh tak cakap apa-apa samada jumlah saman maupun speed aku masa tuh. Dia cuma beri surat saman warna kuning. Aku dapat tahu jumlah kena saman melalui "Government Relation Officer" kat tempat aku kerja. Jumlahnya SR500... paling tinggi diantara senarai nama yang kena saman. Kemudian aku dapat tahu kita boleh check saman kita on-line. Memang betul SR500.

Kebiasaannya saman boleh dibayar melalui GR Dept tapi masa turn aku, dia suruh aku bayar sendiri. So, aku pun mintak tolong kekawan yang ada Al-Rajhi akaun untuk bayar saman aku secara on-line. Oh ya... kat sini, setakat yang aku tahu, cuma Al-Rajhi dan Riyad Bank je yang ada kemudahan membayar "Government Fees" secara on-line atau melalui atm. Ini termasuklah saman atau visa fee. Tapi saman aku ni ada masalah ... kabir musykila. Aku sampai terpaksa buka akaun kat Al-Rajhi semata-mata nak bayar saman. Itu pun masih tak boleh gak. Last-last aku pergi kat one of the service company yang beri perkhidmatan membayar saman. Itu pun tak lepas gak dan orang kat kedai tu cakap aku kena pergi balai polis dan kemungkinan besar ditahan kat lokap untuk satu hingga tiga malam. Ish ... takkan macam tu sekali.

Jadiknya, aku pun pergi lar ke balai tapi ketua balai tak de dan pegawainya suruh aku datang lagi esok pagi seawal pukul 8 tapi aku tak pergi pun. Aku pergi mengadu kat bos GR dept tempat aku kerja. Ha'ah .... katanya kalau kita ditangkap pada kelajuan 160 km/hr keatas memang akan kena tahan sekurang-kurangnya 24 jam kat balai polis. Lepas tu baru boleh bayar saman. Nampak gaya nya memang aku bersedia untuk tidur kat balai ler jawapnya .... tak pernah dalam sejarah hidup aku kat mana-mana tidur dalam lokap.

Tapi bila aku tunjukkan saman aku tuh, bos GR tu cakap kelajuan aku cuma 150 km/hr. Sepatutnya tak de masalah untuk dibayar. Tapi bila check kat sistem polis (dia orang ada access), kelajuan yang direkodkan adalah 172 km/hr! Patutlah..... Maka dipendekkan cerita, kes aku akan di uruskan oleh GR Officer tu.... harap-harap kes ni dapat diselesaikan dan tak lah kena tidur kat balai polis.

Jadi sebagai peringatan, kalau nak bawak laju tu, pastikan tidak melebihi 159 km/hr! Nanti tak pasal-pasal kena tahan kat lokap polis.

5 comments:

  1. Biar betul. Kat sana dengar nya biasa saja orang bawak sampai 180. Takde pakai radar detector ke?

    Beli lah satu. Tengok berkesan atau tidak.

    ReplyDelete
  2. Wakjo.. apasal lah ante drive laju2... mentang2 lah minyak murah... kete pun sedap di tekan minyak ya...

    udah2 la tu ya..

    ReplyDelete
  3. Memang orang kat sini bawak sampai 180.. 200 pun ada ... ye lar, kereta besar2 belaka. Kalau setakat cc 2.7 tu kira kecik je. Tu yang kalau kena tajan terlampau laju kena tahan kat balai. Setakat saman dah tak makan ...

    ReplyDelete
  4. Mi, lepas kena saman tuh, aku memang dah tak bawak laju ... perlahan je ikut speed limit. Kira average dlm 100 km sejam jer...

    ReplyDelete
  5. WJur, kalau masuk lokap, rekod employment terjejas tak ? Aku doakan tak sampai kena lokap la, kang kena "rape" dgn tok arab plak ! Yus.

    ReplyDelete

Get Free Shots from Snap.com