04 December 2008

Selamat Hari Lahir Masrina

Hee.. hee... belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Lahir pada isteriku Masrina Tumiran di blog ini. Nak kata terlupa tak lah... tapi agak sibuk sikit dengan persiapan untuk urusan mengerjakan haji, jadik tak ler teman sempat nak bukak blog ini.
Petang tadi kami bakal-bakal haji Malaysia dari Yanbu ada briefing session yang di kendalikan oleh Tuan Haji Ghazali. Briefing ini adalah untuk menerangkan jadual perjalanan serta persiapan2 terakhir sebelum berangkat ke Makkah pada hari esok. Alhamdullillah, semua bakal jemaah telah mendapat tasyrik masing-masing (pas untuk memasuki Makkah bagi mengerjakan ibadat haji). Tanpa tasyrik ni, tak siapa yang akan dibenarkan masuk ke kota Makkah walaupun rakyat tempatan. Seramai 50 orang yang akan bersama dalam kumpulan kami yang bekerja samada di Yansab maupun di YUC/YIC. Dari Yansab sahaja 40 orang.



Maka, bagi memudahkan urusan sepanjang perjalanan haji ini, kumpulan besar ini dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil dengan setiap kumpulan dilantik seorang ketua.
Yang tak bestnya, ataupun dah memang cara kat Saudi ni, segala urusan semuanya last minute. Walaupun esok kami semua akan berangkat ke Makkah, tapi sehingga kini (dah maghrib) kami masih tak tahu bas mana yang akan mengangkut kami, di mana nak naik bas dan pukul berapa akan bertolak. Malah beberapa orang dari kami termasuk aku, cuma tadi je baru dapat tasyrik.

Walau macam mana pun, insyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar. Inilah dia bakal-bakal jemaah haji Malaysia dari Madinat Yanbu Al-Sinaiyah, Saudi Arabia.

Kami sahut panggilan Mu ya Allah! Kami sahut tidak ada sekutu bagi Mu ya Allah kami sahut!
Segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu ya Allah!
Tidak ada sekutu bagi Mu.

No comments:

Post a Comment

Get Free Shots from Snap.com