18 June 2008

Coretan Malam


Today's Quote :
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat



Ni baru je balik dari Majlis Malam Silaturrahim Malaysia & Singapura di Yanbu. Majlis diadakan di Radisson Hotel. Seronok kerana hampir semua rakyat Malaysia samada yang bekerja di Yansab, di YIC, YUC dan Natpet dapat bersama meraikan majlis tersebut dan berkenal-kenalan. Ada 54 orang yang hadir pada majlis tadi. Sesape yang belum sampai Yanbu ni, kena tunggu lepas raya lah untuk perjumpaan seumpamanya. InsyaAllah gambar-gambar pada majlis itu akan dipaparkan sedikit masa lagi. Esok aku akan ke Madinah, nak cari sedikit buah tangan untuk di bawa pulang ke Malaysia. Hee... bestnya nak balik....

Gambar kat atas dan bawah ni pulak ialah pokok kurma di hadapan dalam rumah aku. Banyak gak buahnya, mungkin 2 bulan lagi masak lah tu....


Aku ingat nak letak beberapa info tentang kos hidup kat sini tapi dah lewat malam ni, mungkin aku letak kat post akan datang lah...

No comments:

Post a Comment

Get Free Shots from Snap.com