Siapakah orang yang manis senyumannya?Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
28 May 2008
Yellow Slip
Siapakah orang yang manis senyumannya?Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
24 May 2008
Residence Visa
Today's Quote:
One important key to success is self-confidence. An important key to self-confidence is preparation.
Kurang seminggu genaplah dua bulan aku berada di Yanbu. Alhamdullillah, setakat ni, semua proses berjalan lancar. Proses untuk membawa keluarga pun dah hampir selesai, tengah menunggu visa calling number je (dikenali gak dengan nama yellow slip), expected to be out by next week, insyaAllah...
1. Copy of your Iqamah
2. Copy of your passport (1st page and visa page)
16 May 2008
Kiriman Wang
15 May 2008
Sabar
Terkadang kita tidak selalu mendapat apa yang kita inginkan, dan terkadang kehidupan tidak selalu sesuai dengan apa yang kita inginkan, bagaimana kita mengatasi masalah diatas, jawapannya adalah dengan berSABAR. Tentu apa lagi yang kita boleh lakukan, apakah kita harus berteriak-teriak, memarahi keadaan yang ada, semua tiada guna sama sekali. Kan lebih baik kita sabar dan berfikir jalan keluar untuk mengatasi keaadan atau situasi yang menimpa kita.
Kita dapat menangani kebanyakan masalah kerana kita menyedari bahwa ada waktu yang memisahkan antara kita dengan tujuan kita. Kita mungkin perlu mengirim sepuluh lamaran kerja untuk mendapatkan pekerjaan yang benar-benar kita inginkan. Intinya adalah, bahwa kita harus berusaha dan terus berusaha sampai kita berhasil. Kebanyakan orang berhenti terlalu cepat. Tetaplah tekun. Tetaplah sabar. Tetapkan fokus pada tujuan utama kita sehingga kita mampu mencapainya. Inti permasalahannya bukan pada apa yang kita kerjakan kemarin. Bukan juga pada apa yang boleh kita kerjakan hari ini. Tetapi inti dari semua itu adalah apa yang kita persiapkan untuk dikerjakan setiap hari.
Sabar itu bukan kepasrahan kerana kita telah letih dengan apa yang sedang terjadi pada kita, lelah meratapi diri atau bahkan lelah mencari sumber kesalahan dari mana saja, yang kemudian kita sedar bahawa memang semua tindakan itu tiada berguna. Sesungguhnya sabar itu adalah ketabahan kita pada saat pertama kali kita menghadapi kejadian itu, bagaimana kita melapangkan dan mengikhlaskan segala kejadian yang tengah menimpa kita.
Sikap sabar memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap sebuah hubungan yang hebat. Semakin sempurna sikap sabar seseorang, semakin hebat kualiti hubungan yang boleh ia bina. Manusia bijak adalah manusia yang merawat sikap sabarnya secara tekun dan penuh perhatian.Tanpa memiliki sikap sabar seseorang hanyalah akan menjadi budak dari kehidupan sisi negatif dirinya.
Sabar adalah hal yang mudah untuk diucapkan, tetapi sukar untuk dilaksanakan, mari kita menjadi orang yang lebih sabar. karena sabar adalah kunci dari kejayaan. Siapa yang sabar dan berusaha dia akan meraih kejayaan. Mari kita tanamkan diri menjadi orang yang sabar.
Bila kita dapat melihat semua masalah atau tentangan dengan sikap sabar, maka kita pasti menemukan jalan penyelesaian yang paling hebat untuk mengatasi cabaran tersebut. Sikap sabar adalah kunci terpenting untuk mendinginkan suasana hati, menjernihkan fikiran suci, dan menyatukan jiwa raga ke dalam keseimbangan hidup yang hebat.
14 May 2008
Balik Kampung
Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai itulah yang baik bagi kamu, dan boleh jadi pula apa yang kami sukai itulah yang tidak bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui...
Hujung minggu ni aku nak duduk kat rumah je lah....penat gak sejak sampai sini, tiap hujung minggu pasti hilang. Tapi esok tinggal aku bertiga je, yang lain ada yang pegi Jeddah, ada yang pegi Madinah. Ini lah nikmatnya tinggal di Yanbu ni....tak perlu nak pikir panjang kalau nak gi mekah ke, madinah ke....minyak murah, tol tak de....best...best...
Minggu depan another 8 orang lagi akan sampai. Bertambah ramai lagi geng-geng kat sini...
Walaupun ramai yang dah boleh adjust diri dengan kehidupan kat sini tapi still ada banyak benda yang dirindukan kat Malaysia tu....so those yang dah decide nak datang dan kerja kat sini kena lah expect few challenges, jangan ingat semua nak sama macam kat Malaysia tu...tapi those challenges lah yang buat kehidupan ini lebih menarik...tak gitu?
Semalam dan kelmarin ramai yang dah book tiket nak balik bercuti...walaupun baru buat booking tapi hati satu macam happy je aku tengok kat muka dia orang semua. Anyway, aku memang tak de plan nak balik Malaysia tahun ni pasal InsyaAllah kedua orang tua aku nak datang hujung Ramadhan dan sambut Raya di sini. Kawan-kawan yang mengajar dan yang menemani isteri mengajar di kolej kat Yanbu ni ramai yang akan pulang bercuti. Jeles gak masing-masing dok sibuk dah nak balik kampung...Shah, Amie, Usop, Sadikin..semua dah ada tiket nak balik...Aku pun sebenarnya tengah dok plan gak nak balik Malaysia bulan depan ni, nak bawak family ke sini. Residence visa dia orang InsyaAllah akan keluar minggu depan...tapi tu ler, selagi belum betul-betul keluar, kena lah tunggu je dulu...hope things will be going smoothly....amin.