09 January 2008

Maal Hijrah - Selamat Tahun Baru 1429H

Assalamualaikum....

Esok atau sebenarnya petang ini selepas waktu maghrib, umat Islam akan memasuki Tahun Baru 1429H. Petang ini, di tempat kerja aku, sempena menyambut kedatangan tahun baru, akan diadakan majlis tazkirah dan juga solat hajat.

Tahun 1 Hijrah bermula ketika Nabi Muhammad saw berhijrah dari Mekah ke Madinah. Ianya berlaku dalam buln September tahun 622 Masihi. Walaubagaimanpun, tahun hijrah diguna pakai secara rasmi pada zaman Khalifah Saidina Umar, iaitu lebihkurang 16 tahun selepas hijrah Nabi Muhammad saw.

Muharram adalah bulan yang pertama di dalam kalendar Islam dan Mal Hijrah ini di panggil juga Awal Muharram. Secara literal, makna hijrah adalah bergerak atau berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun dalam konteks Islam itu sendiri, hijrah bermakna menuju kepada kebaikan dan pertambahbaikan (improvement). Secara umum, hijrah terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:-

a) Al Hijrah al-Ammah - ini adalah hijrah Nabi Muhammad saw
b) Al Hijrah al-Daimah - perpindahan dari satu negara ke sebuah negara yang lain kerana ancaman musuh
c) Hijrah Al-Qulub Wa Al-Dhamir - perubahan hati, sikap, fikiran, iman dan perbuatan ke arah yang lebih baik dan positif. Inilah yang kita perlu lakukan setiap tahun didalam memperbaiki diri kita sebagai umat Islam.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1429H !!!
Semoga tahun ini akan menjadi lebih bermakna kepada kita dalam menjalani kehidupan kita sebagai seorang Muslim.

No comments:

Post a Comment

Get Free Shots from Snap.com