28 December 2008

KenaliArabia.com

Salam .... Ini adalah satu site baru berkaitan dengan kehidupan dan suasana di negara-negara Arab. Kalau berminat untuk menjadi penulis jemputan atau berkongsi artikel atau pengalaman boleh lah hubungi empunya site http://kenaliarabia.com/blog-arabia/ , iaitu Saudara Mann Trex.

Salam alaik,

Harapan saya, blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung. Oleh itu, saya akan muatkan tip-tip untuk bahasa, makanan, hotel, kenderaan, kewangan, tempat menarik, niaga dan banyak lagi.
Pengalaman saya seorang sahaja tidak mencukupi. Lagipun, setiap orang mempunyai pengalamannya yang tersendiri.
Kini ramai rakyat Malaysia bermastautin atau belajar di Qatar, Bahrain, UAE, Kuwait, Oman, Yemen, Sudan, Syria, Mesir, Libya, Tunisia dan Maghribi. Sudah tentu pengalaman mereka ini amat menarik.
Oleh itu, saya menjemput sesiapa saja yang tinggal di kawasan Arabia untuk berkongsi pengalaman mereka di dalam blog ini. Pengalaman anda boleh jadi tauladan dan panduan kepada kami semua.
Saya sangat mengalu-alukan sumbangan artikel, foto dan video anda. Hantar mesej kepada saya untuk mendapatkan login dan password sebagai penulis. Sesiapa saja boleh membuat komen di setiap artikel untuk menceriakan suasana.
Semoga semua pelawat Blog ini mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Yang ikhlas,
Mann

38 .... ???

Iye ... ituler saiz seluar aku yang terkini. Minggu lepas sekali lagi aku berpeluang ke Jubail dan kali ini lebih lama sikit, jadi sempat lah aku merayau-rayau mencari sehelai dua seluar. Masa nak try seluar tu, dengan penuh keyakinan aku mengambil 3 pasang seluar yang semuanya saiz 36 tetapi tanpa diduga, semuanya fit-fit je. Bila try 38, just nice. Pergh... tak boleh jadi ini macam. Untuk rekod, aku memakai seluar bersaiz 32 selama 8 tahun tapi untuk rekod jugak dalam masa 3 tahun ini, saiz aku naik dari 32 hinggalah 38... dan dalamasa 9 bulan aku kat KSA ni, berat aku dah bertambah 5 kilo! Tapi aku beli jugak saiz 36 supaya ini akan memaksa aku untuk melakukan sesuatu agar saiz 36 tu just nice bila di pakai..heeee..

Inilah King Abd Aziz Street, Jubail dari hotel tempat penginapan aku. Majority penduduk bandar ini adalah orang luar seperti India, Bangladesh, Indonesia & Filipino. Masyarakat Malaysia pun boleh tahan ramai gak di sini. Jadik kemudahan untuk expat memang banyak terutama sekali kedai makan.


Balik dari Jubail, keesokannya aku bersama isteri dan 3 orang anak aku ke Madinah. Kita orang bermalam disana. Mula-mula tu tak de hotel yang kosong tapi atas pertolongan Hj Ghazali yang turut ke Madinah, dapat juga bilik di Durrat Al-Fayroz, bersebelahan dengan Hilton.

Inilah payung gergasi diluar Masjid Nabawi. Seluruh dataran disekeliling Masjid Nabawi akan dipasangkan dengan payung-payung gergasi ini, menambahkan lagi keselesaan pengunjung untuk beribadat.
Ini pula bergambar bersama dengan sahabat aku merangkap sifu dan guru aku iaitu Tuan Haji Fauzi Rohani. Sempat jugak membawa beliau bersiar-siar ke bukit magnet & Jarir Bookstore. Iye ler... dua tempat ni mana ada dalam list lawatan untuk jemaah haji.

Sayup-sayup kelihatan anak-anak aku dan Hj Ghazali mendaki bukit pasir berdekatan dengan Badr. Dalam perjalanan pulang ke Yanbu, bagi memenuhi permintaan anak2, singgahlah kejap di sini. Memang seronok budak-budak ni bermain di sini.

17 December 2008

Villabayu turns 1

HAPPY 1ST YEAR ANNIVERSARY TO VILLABAYU.....
Sedar tak sedar dah setahun umur blog aku ni. Aku berharap sepanjang kewujudannya telah sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pengunjung2nya walaupun kebanyakan catatan yang di nukilkan di sini hanyalah sebagai kenangan kehidupan sang empunya blog untuk di kongsi bersama.
Somehow Villabayu has given me many new friends via this cyber world....
and I really cherish that.
My many Thanks to all my families, friends and visitors... and my Apology if anything that have been written may not go well to some of you...

May our life will always be blessed by Allah swt ... InsyaAllah.

13 December 2008

Haji - Perjalanan Sepanjang Hayat

Segala puji bagi Allah ... Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah ... segala pujian hanya untuk Nya ....

Semuanya telah selamat kembali dari mengerjakan haji pada hari Rabu 10.12.08 bersamaan dengan 12 Zulhijjah 1429H. Lebihkurang jam 8:10PM bas yang membawa kami selamat tiba di An-Nawa,RC Yanbu.
Sebagaimana yang di rancangkan, rombongan kami seramai 50 orang telah mula berkumpul di hadapan masjid An-Nawa sejak pukul 10 pagi. Malah ada juga yang sudah mula menunggu seawal 9:30. Suasana agak ceria dikalangan jemaah. Masing-masing teruja untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Namun ada juga di sudut hati perasaan bimbang. Yelah... macam-macam boleh berlaku... segalanya didalam ketentuan Yang Maha Esa. Sedih juga mendengarkan ada sahabat-sahabat yang tidak dapat turut serta walaupun persediaan sudah dibuat. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku....

Rombongan hanya bertolak dari An-Nawa jam 11:30 AM dengan dua buah bas coaster. Selain rakyat Malaysia, ada juga sorang dari South Africa dan pasangan dari Kanada (asal Pakistan tapi telah menjadi rakyat Kanada dan kini mengajar di sebuah kolej di Yanbu). Inilah kali pertama untuk aku dan kebanyakan kami pergi ke Makkah dengan bas. Satu pengalaman baru. Nak kata selesa tak lah tapi seronok gitu...

Pukul 3:40PM kami sampai ke Miqat Juffah. Berhenti untuk satu jam bagi membuat persiapan dalam ihram, solat dan berniat. Niat untuk mengerjakan haji adalah Rukun Haji yang pertama. Kebanyakan kami semua berniat mengerjakan Haji (Haji Ifrad), hanya seorang dua yang berniat melakukan Umrah kerana ingin mengerjakan Haji Tamattu'.
Sebaik bas bergerak meninggalkan miqat menuju Makkah, laungan talbiah mula kedengaran di dalam bas sehinggalah kami semua tiba di Al-Gazlah, berhampiran dengan Masjidil Haram pada pukul 8:00 malam. Hmm... hampir 4 jam juga dari Juffah, dimana kebiasaanya hanya satu jam saja untuk sampai. Masing-masing berpecah mengikut kumpulan masing-masing dan berjanji untuk datang semula ke bas pada pukul 3:00 pagi, setelah selesai melakukan Tawaf Khudum atau pun Tawaf Selamat Datang dan Saie' Haji. Sebelum pukul 3 pagi, semua telah berada di bas tapi bas hanya bergerak ke Mina jam 4:30 pagi. Satu lagi bas dah bertolak ke Mina seawal 2 pagi. Walaupun jarak dari Makkah ke Mina hanya lah 7 km, tapi kami hanya sampai ke khemah di Mina pada jam 7:00 pagi. 3jam setengah hanya untuk perjalanan sejauh 7km!!!

Letih jangan nak cakap lah.... so, selepas qada' solat subuh dan bersarapan, apalagi... tidurlah dulu. Lagipun, 8 Zulhijjah ni di panggil Hari Tarwiyah ataupun hari persediaan. Di Mina, sebagai mengikut sunnah Rasullullah, solat zohor, asar dan Isya' adalah di qasarkan tanpa di jamak.

9 Zulhijjah, selepas je solat suboh berjemaah di khemah, semua jemaah bersiap untuk bergerak ke Arafah untuk berwukuf. Maksud wukuf adalah berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan dari gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah. Wukuf di Arafah merupakan Rukun Haji yang kedua. Tanpa berwukuf di Arafah, tidak sah lah haji seseorang itu. Jarak antara Mina dan Arafah adalah sejauh 7 km tapi ianya mengambil masa hampir 4 jam untuk sampai!! Kelihatan ramai yang berjalan kaki sahaja untuk ke Arafah dari Mina dan Makkah. Berbagai cara jemaah gunakan untuk sampai ke Arafah. Pada hari wukuf inilah semua jemaah haji berkumpul di Arafah serentak pada satu masa. Tiada tempat selain Arafah dimana doa pada Allah paling banyak dimakbulkan. Dalam sejarah, disinilah Nabi Adam bertemu semula dengan Hawa setelah dicampak keluar dari Syurga. Di ceritakan bahawa Nabi Adam s.a berdoa meminta ampun selama 12 tahun di Jabal Rahmah di Arafah ini sebelum dia diampunkan oleh Allah. Pada hari wukuf inilah juga, kain kiswah yang menutupi Kaabah di tukarkan kepada yang baru setiap tahun kerana semua jemaah haji berada di Arafah. Menjelang maghrib pada pukul 5 PM, semua jemaah mula berangkat meninggalkan Arafah untuk menuju ke Muzdalifah dan bermabit disana (bermalam). Bayangkan 3 juta manusia bergerak serentak ke satu tempat yang sama..... alamatnya, pukul 7:30 PM baru bas kami dapat bergerak keluar dan hanya sampai di Muzdalifah pada pukul 10 malam. Olehkerana khemah kami bersempadan dengan Muzdalifah, semuanya balik ke khemah dulu sebelum berjalan keluar ke Muzdalifah selepas tengahmalam. Bermabit atau bermalam seketika selepas tengahmalam di sini adalah antara wajib haji. Ada yang tidur di Muzdalifah dan bersolat suboh disini. Ada juga yang balik khemah di Mina. Jemaah perempuan dari kumpulan kami semua pulang ke khemah di Mina.

Bas tanpa bumbung ni dikatakan digunakan oleh jemaah haji dari golongan syiah.

Pagi 10 Zulhijjah, selepas waktu dhua, ada yang bergerak ke Jamrah untuk melontar Jamrah Aqabah dan seterusnya bertahallul dan bergerak ke Makkah untuk melakukan tawaf Ifadhah atau tawaf haji. Ada yang terus ke Makkah dulu untuk melakukan tawaf haji sebelum melakukan lontaran jamrah aqabah. Aku pula hanya melakukan jamrah Aqabah selepas waktu zohor dan bertahallul awal. Sesudah itu pulang ke khemah semula. Sepanjang berjalan ke khemah baru aku perasan banyaknya khemah-khemah persendirian di setiap pelusok di Mina. Malah ada yang berkhemah di pembagi jalan. Seawal perjalanan aku dah merancang untuk melakukan tawaf haji pada 11 Zulhijjah selepas solat suboh.

Maka selepas solat suboh 11 Zulhijjah aku, isteri dan beberapa rakan lain bergerak ke Makkah dengan van sapu untuk membuat tawaf haji. Tambang untuk satu van ialah SR400. Lebihkurang sorang SR45 dari Mina ke Makkah yang jaraknya lebihkurang 10 km saja. Ketika mula kami melakukan tawaf, keadaan tidak lah sesak lagi dan kami berjaya melakukan tawaf dalam tempoh 45 minit.Balik dari tawaf, kami melontar 3 jamrah, iaitu Jamrah Sughra, Wusta dan Aqabah atau Kubra. Melontar 3 jamrah pada hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah wajib haji.

Kompleks Jamrah yang masih belum siap sepenuhnya. Baru tiga tingkat yang sudah dibuka. 2 lagi tingkat masih dalam pembinaan.
Olehkerana ramai yang mengambil keputusan untuk membuat Nafar Awal, iaitu meninggalkan tanah Mina pada hari Tasrik kedua (12 Zulhijjah), maka selepas je solat suboh, semua jemaah Malaysia kecuali dua orang terus melakukan 3 jamrah dan seterusnya bergerak ke Makkah untuk melakukan tawaf wida'.

Alhamdullillah, semuanya berjalan dengan lancar dan kami semua mula bergerak meninggalkan Kota Makkah pada pukul 3:00 petang. Kepuasan terpancar di setiap wajah. Seribu satu macam kenangan dan pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayat. Kini baru aku mengerti mengapa ramai yang sudah mengerjakan ibadat haji masih terus merindui dan berharap untuk melakukannya lagi....


KAMI MEMOHON KEPADA ALLAH SWT UNTUK SEMUANYA SUPAYA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR, SA'I YANG DISYUKURI. SESUNGGUHNYA DIA (ALLAH) ATAS SEGALA SESUATU MAHA KUASA DAN SALAWAT ATAS NABI KITA MUHAMMAD SAW, KELUARGANYA DAN PARA SAHABAT-SAHABATNYA.

Gambar-gambar di http://picasaweb.google.com/Zuraili/TheHaj

04 December 2008

Selamat Hari Lahir Masrina

Hee.. hee... belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Lahir pada isteriku Masrina Tumiran di blog ini. Nak kata terlupa tak lah... tapi agak sibuk sikit dengan persiapan untuk urusan mengerjakan haji, jadik tak ler teman sempat nak bukak blog ini.
Petang tadi kami bakal-bakal haji Malaysia dari Yanbu ada briefing session yang di kendalikan oleh Tuan Haji Ghazali. Briefing ini adalah untuk menerangkan jadual perjalanan serta persiapan2 terakhir sebelum berangkat ke Makkah pada hari esok. Alhamdullillah, semua bakal jemaah telah mendapat tasyrik masing-masing (pas untuk memasuki Makkah bagi mengerjakan ibadat haji). Tanpa tasyrik ni, tak siapa yang akan dibenarkan masuk ke kota Makkah walaupun rakyat tempatan. Seramai 50 orang yang akan bersama dalam kumpulan kami yang bekerja samada di Yansab maupun di YUC/YIC. Dari Yansab sahaja 40 orang.



Maka, bagi memudahkan urusan sepanjang perjalanan haji ini, kumpulan besar ini dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil dengan setiap kumpulan dilantik seorang ketua.
Yang tak bestnya, ataupun dah memang cara kat Saudi ni, segala urusan semuanya last minute. Walaupun esok kami semua akan berangkat ke Makkah, tapi sehingga kini (dah maghrib) kami masih tak tahu bas mana yang akan mengangkut kami, di mana nak naik bas dan pukul berapa akan bertolak. Malah beberapa orang dari kami termasuk aku, cuma tadi je baru dapat tasyrik.

Walau macam mana pun, insyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar. Inilah dia bakal-bakal jemaah haji Malaysia dari Madinat Yanbu Al-Sinaiyah, Saudi Arabia.

Kami sahut panggilan Mu ya Allah! Kami sahut tidak ada sekutu bagi Mu ya Allah kami sahut!
Segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah kepunyaan Mu ya Allah!
Tidak ada sekutu bagi Mu.
Get Free Shots from Snap.com