12 April 2008

Madinah Al-Munawwarah


Today's Quote :
The greatest mistake you can make in life is to be continually fearing you will make one.
Gambar di dalam Masjid Nabawi, di jalan masuk melalui babul salam menuju ke makam Rasullullah saw.

Segala puji bagi Allah....impian untuk menziarahi Rasullullah tercapai jua. Tepat jam 9 pagi 10 April 08 kami memasuki bandar suci Madinah. Bandar kesayangan Nabi Allah. Bersama-sama yang membawa kami ke sana ialah Hj Ahmad Hanafiah & keluarga, the Malaysian pioneer in Sabic Yansab.
Tepat jam 9:20 pagi kami menjejakkan kaki kami ke dalam Masjid Nabawi. Tak tergambar perasaan tu bila memberi salam kepada Rasullullah saw serta sahabatnya Abu Bakar dan Umar...
Keadaan ketika itu tidak sesak tapi terpaksa gak bersesak dan berebut tempat di Raudah untuk mengerjakan solat hajat.
Gambar sebelah ialah Lobo, Nahar, Hj Hanafiah & anak, aku, Nizar, Jaafar dan Nazreen. Yang tiada dalam gambar Wan Azmi, Hj Fadzil & Usop.

Selepas solat zohor, kami berangkat ke Masjid Quba. Masjid yang pertama di dunia yang didirikan sendiri oleh Rasullullah saw.
Fadhilat solat sunat di masjid ini bersamaan dengan membuat satu umrah. Gambar sebelah kanan aku dok tengah melayan si Wan Azmi ni di dalam Masjid Quba....

Sebelum ke Jabal Uhud, kami dibawa oleh Ustaz Salah (sahabat Hj Hanafiah) ke Masjid Qiblatin. Setelah itu kami menuju ke Jabal Uhud. Di sini terletaknya 70 orang syuhada yang gugur dalam perang Uhud.
Sebelah kiri ialah Jabal Uhud dan sebelah kanan adalah tempat di mana para syuhada semasa perang uhud di makamkan.
Kemudian Ustaz Salah membawa kami ke kawasan pergunungan bermagnet terbesar didunia. Ianya terletak diluar kawasan haram Madinah. Memang menakjubkan bila mana kenderaan tanpa masuk gear boleh bergerak sendiri sehingga 120 km sejam sejauh 5 km! Pelik tapi benar...
Kami sempat jugak ke Bir Ali dan bersolat Asar disana. Bir Ali ialah miqat bagi mereka yang hendak ke Mekah dari Madinah. Sempat jugak cari pakaian ihram kat sini....bukan apa, seperti yang dicadangkan oleh Hj Ahmad Hanafiah, InsyaAllah, kalau tak de aral kami rancang nak buat umrah hujung minggu ini.
Kami meninggalkan Madinah setelah solat Maghrib.

2 comments:

  1. bila lah pulak nak merasa ape yang korang rasa..... ape macam keadaan kat san terutama fulusss dan cuaca

    ReplyDelete
  2. seronok nya bila dengar keadaan di sana , terasa dekat je diri dengan rasullah sebak je rasa. apa lagi bila dah berada kat sana kan.

    Apa pun jaga diri baik2 bro.Selamat menempuh dugaan kat sana.

    ReplyDelete

Get Free Shots from Snap.com