23 January 2009

Yanbu Al-Nakhael

Pantai Al-Sobh di RC Yanbu
Picture courtesy of http://www.parson.com/

Setahun dua yang lalu, rasanya ramai orang Malaysia tak pernah dengar bandar Yanbu di Arab Saudi ni. Yanbu memang tidak dikenali sebagaimana orang mengenali Makkah, Madinah, Jeddah, Riyadh, Jubail dan Dammam. Namun kini bandar Yanbu telah dihuni lebih 200 orang rakyat Malaysia. Sudah ramai keluarga Malaysia di sini dan orang-orang Arab di sini pun dah kurang terkejut kalau kita sebut datang dari Malaysia. Kalau keluar ke hypermarket ke atau ke bandar Yanbu, pasti akan terserempak dengan orang Malaysia.

Kawasan perumahan Radwa di RC Yanbu. Rumah kami terletak di Radwa 6.*

Salah satu kompleks penapisan minyak di Yanbu Industry Area.*

Picture courtesy of http://www.parson.com/

Yanbu terbahagi kepada 3; iaitu Yanbu Al-Bahr (pusat bandar Yanbu, terletak di pinggir Laut Merah), Yanbu Al-Nakhael (sebuah pekan kecil yang terletak di pendalaman Yanbu) dan Yanbu Al-Sinaiyah (Yanbu Perindustrian). Baru-baru ni aku berkesempatan pergi ke Yanbu Al-Nakhael, lebihkurang 50 km dari Yanbu Al-Sinaiyah. Ianya terletak di kawasan tinggi dan terdapat banyak kebun-kebun kurma. Pekan nya kecik je, mungkin macam pekan Rengit di Batu Pahat.


Jalan yang seperti tiada penghujungnya. Pekan Yanbu AL-Nakhael terletak di kaki gunung yang nampak berbalam-balam.
Menghampiri Pekan Yanbu Al-Nakhael.

No comments:

Post a Comment

Get Free Shots from Snap.com