13 January 2009

Bowling Di Yanbu

Hari ni, 3 orang lagi Malaysian report ke Yansab. Semuanya ke plant BBTX. Maka jumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Yanbu National Petrochemical Co (YANSAB) kini sudah mencecah 93 orang. Aku ada di beritahu bahawa kuota untuk rakyat Malaysia ialah seramai 125. Majority masih dari benua kecil asia yang kini berjumlah lebihkurang 400 orang.

Dan sepanjang bulan Januari ni aku dok kat Yanbu je, tak gi mana-mana pasal terpaksa kerja. So, dah dua minggu belum off lagi ni. Macam mana pun semalam, sempat gak aku gi main bowling. Dah hampir 10 bulan kat sini, baru dapat tahu ada bowling lane kat Holiday Inn Yanbu ni. Tak lah besar mana, cuma ada 2 lane je. Boleh ler kalau nak buat-buat lepaskan gian.


Inilah dia dua lane bowling di Holiday Inn Yanbu. Muhammad Irfan dengan senyuman menggodanya setia menanti setiap bowling ball.

1 comment:

Get Free Shots from Snap.com