1) Latar belakang Tragedi Gaza.
Kekalahan Fatah pimpinan Mahmood Abbas dalam pilihanraya pertama di Palestin pada Januari 2006 sebenarnya memberi tamparan hebat kepada rejim Zionis dan AS.
Dengan segala bantuan yang diberi termasuklah sumber kewangan, ketenteraan dan kebendaan, mereka mengharapkan Mahmud Abbas dan Fatah boleh menang dalam pilihanraya ini.
Dengan segala bantuan yang diberi termasuklah sumber kewangan, ketenteraan dan kebendaan, mereka mengharapkan Mahmud Abbas dan Fatah boleh menang dalam pilihanraya ini.
Seterusnya mereka juga mengharapkan Mahmud Abbas dapat mendirikan sebuah negara secular Palestin, bukan sekadar berjiran dengan Israel malah sanggup menurut segala kemahuan rejim Zionis dan AS.
Kemenangan Hamas pula merupakan kemenangan perjuangan Islam di bumi Palestin.
Untuk kisah selanjutnya, baca lah di http://dariipohuntukgaza.blogspot.com
2) Lagi Usaha Kita oleh Ustaz Zaharudin
Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia.!
Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana 'di luar kotak'.
Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah. Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu 'berani seperti anda, terlalu 'pemurah' seperti anda, terlalu 'berjasa' seperti anda.
Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :- Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"
israel la'natullahia'laih..
ReplyDeleteupdate2!(dgn nada provokasi)! hahahahaha
ReplyDeleteHeee...hee...heee... akan ku usahakan untuk memenuhi permintaan mu itu ...
ReplyDeleteMacam mana dgn negara ku itu? Aku dah satu macam rindu ler kat Malaysia...