01 October 2008

Aku Selalu Lupa

Kadangkala aku lupa
dunia ini hanya pinjaman
segalanya cuma suatu persinggahan
untuk sebuah perjalanan menuju abadi

Kadangkala aku lupa
mereka yang aku sayangi juga hanyalah pinjaman daripadaNya
Dia yang memiliki segala-galanya
Aku dipinjamkanNya sebuah keluarga
keluarga yang amat aku sayangi
keluarga yang amat menyayangiku

Alhamdulillah...mereka masih bersamaku
untuk aku meneruskan hidup ini

Namun kasih sayang mereka itu sering membuatkan aku lupa bahawa
mereka hanyalah pinjaman dari Allah untukku
pinjaman yang entah bila akan diambil semula
aku takut memikirkan saat itu
kiamat kecil yang pasti menimpa setiap hambaNya
Kasih sayang keluarga
keseronokan bersama kawan-kawan
kesibukan kerja
keakraban dengan dunia yang fana ini
membuatkan aku leka sehinggakan

Kadangkala aku lupa
entahkan esok, entahkan lusa aku akan dipanggil menghadap Yang Maha Esa
Kadangkala aku lupa aku sepatutnya lebih bersedia
untuk menghadapi
alam barzakh yang akan aku diami selepas dunia ini aku tinggalkan selamanya


...farzishhaDisember 2000

2 comments:

  1. saya nak tau citer pasal operator kt pp plant.i will be joinng all of you after hari raya...insyaallah.@perantau1.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Ada few Malaysian operators attached to PP plant.Current status under pre-comm. Lambat lagi nak start up, most probably end
    1st qtr 2009. Selamat datang ke Yansab

    ReplyDelete

Get Free Shots from Snap.com