Hari raya pertama kami sambut di Makkah. Alhamdullillah dapat jugak kami sekeluarga bersolat sunat aidil fitri di Masjidil Haram pasal ramai gak kawan-kawan yang tak dapat peluang bersolat di Masjidil Haram walaupun berada di Makkah pasal manusia punye lah ramai. Kami sekeluarga bergerak masuk ke Masjidil Haram jam 3:30 pagi, itupun ke tingkat satu pasal kat bawah dah penuh sesak. Waktu subuh masuk pukul 5:30 pagi. Lepas je solat subuh, baru lah dengar takbir. Pukul 6:30 (20 minit selepas waktu syuruk), solat sunat aidil fitri di mulakan.
Gambar-gambar suasana raya pertama di Makkah ... klik http://picasaweb.google.com/Zuraili/RayaDiMakkahLepas solat asar kami bergerak keluar dari Makkah menuju ke Jeddah. Pergi Jeddah bukannya apa, nak singgah kedai-kedai Indon di situ cari bahan-bahan makan.
Raya kedua kami sambut dirumah je anak-beranak. Malamnya kawan-kawan dari YUC/YIC datang dan kami sempat gak beraya ke rumah Leman & Mas.
Gambar-gambar di raya kedua... klikhttp://picasaweb.google.com/Zuraili/RayaDiRCYanbu
No comments:
Post a Comment