.jpg)
Today's Quote:
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .."
Rindu benor hujan kat Malaysia ni. Masa balik hari tu, tak de pulak hujan lebat. Gambar atas tu aku ambik masa sebelum berangkat ke Arab masa bulan Mac dulu.

Hujung minggu ni kita orang tak keluar dari Yanbu. Mula tu ingat nak ikut rombongan ke Madain Saleh, tempat bersejarah yang menarik di sebelah utara, lebihkurang 3 jam dari Yanbu. Ianya merupakan tempat kisah Nabi Saleh dan kaum Thamud. Oleh kerana proses meletakkan gambar family dalam Iqamah aku tak siap lagi, so tak dapat lah nak ikut dia orang.
Anyway, semalam dah pun bertambah keluarga Malaysia di Yanbu ni. Isteri dan anak Leman dah pun selamat sampai, malah kita orang tadi sempat gak gi bandar Yanbu bersama.
Proses untuk masuk kan butiran family ke dalam Iqamah sama je. Mula-mula sekali kena buat medical check up. Lebihkurang 3 hari dah dapat keputusannya. Lepas tu serahkan lapuran kesihatan pada pihak syarikat. Seminggu selepas tu kena serahkan Iqamah kita dan juga passport family untuk di proseskan. Expected siap within two weeks. InsyaAllah, minggu depan siap kot. Once siap gambar family dalam Iqamah kita, passport family akan diserah semula.
.jpg)