Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak ....
mohon ampun dan maaf dari kami sekeluarga....
Sempena kedatangan bulan Ramadhan ni, genap lah 5 bulan aku di bumi Arab Saudi. Hmmm... cepat betul masa berlalu, sebulan lagi setengah tahun. Tak sabar gak nak merasa berpuasa di sini. Orang-orang disini cakap bulan Ramadhan kat sini cukup hidup malamnya, sebab tu kita orang semua nanti masuk kerja pun pukul 10 pagi... balik macam biasa pukul 4 petang, 6 jam je kerja. Cuti Hari Raya pulak bermula dari 7 malam terakhir dan ramai jugak kawan-kawan yang akan pulang bercuti. Ada yang akan datang sini semula bersama keluarga masing-masing... Aku pulak akan beraya di Makkah bersama keluarga dan beberapa keluarga yang lain, InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment