27 February 2008

Sekitar Penamaan Calon N43

Today's Quote :
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar ".
(Al-Baqarah : Ayat 153)



Penamaan calon pada 24 Feb 08 dah pun berlalu. Jentera parti-parti yang bertanding masing-masing sibuk dengan aktiviti dan gerak kerja pilihanraya. Calon-calon sudah semestinya sedang sibuk berkempen di kawasan masing-masing.
Pada rakan-rakan seperjuangan, selamat bekerja dan selamat berkempen.
Pada para pengundi, undi lah dengan bijaksana.

Untuk melihat gambar-gambar pada hari penamaan calon di P159 N43, sila klik :-


http://www.flickr.com/photos/villabayu/tags/penamaan/

25 February 2008

Titan dalam kenangan


Today's Quote:
Apabila Allah telah memberi salah seorang dari kamu harta, maka hendaklah ia (membelanjakannya) mulai dari dirinya sendiri dan ahli rumahnya.
(Riwayat Ahmad dan Muslim)






Sebak & sedih....bila aku melangkah keluar dari Titan petang tadi. Tak sangka lak aku boleh jadi sentimental tadi. Mungkin pasal dah hampir 12 tahun aku di Titan ni, tu yang perasaan bercampur-campur kot..
Hari ni merupakan hari terakhir aku bekerja di Titan. Aku memang seronok di Titan ni terutama kat ITS. Kawan-kawan sepejabat semuanya 'supportive' belaka apatah lagi bos aku tu...sayang nak tinggalkan dia orang.
Tapi life is like that, bertemu dan berpisah adat kehidupan ini.
InsyaAllah, ada umur ada rezeki kita bertemu lagi....
ITS Team....hu..hu..hu..will miss you all !!!


24 February 2008

Celebrating birthday underwater...


Today's Quote:

"Unless you try to do something beyond what you have already mastered, you will never grow."






This is Tioman Island where I had my first scuba diving experience. It has been more than a week since I came back from my first scuba experience and got certified as an open water scuba diver. It's really difficult to share the experience by words. I may say the initial and the basic survival skills test underwater were quite tough for the beginner like me but it was worthwhile.











Left : Ready to make the dive

Right : After making 15m dive at Pulau Renggis, Tioman

My final dive for the certification on my birthdate...





14 February 2008

Scuba

Today's Quote:


"We first make our habits, and
then our habits make us."





Esok aku dan beberapa kawan akan ke Pulau Tioman untuk "Scuba Diving Open Water Course" selama 4 hari. Tak sabar nak tunggu hari esok. Entah macam mana agaknya pengalaman nak berscuba ni. Sejak lima tahun yang lepas aku dok berangan nak buat scuba ni. InsyaAllah, esok akan tercapai lagi satu perkara dalam hidup aku.

12 February 2008

Ayam Kampung, Ayam Bandar

Today's Quote :
Firman Allah s.w.t.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. " [Surah al-Hujurat:6]



Minggu ini aku nak kongsi satu artikel yang aku dapat dari seorang kawan tentang pengalaman dan cabaran dalam hidup kita ini.

Seorang yang berperibadi kuat seumpama besi waja, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam untuk menghadapi hidup; sebaliknya, seorang yang berperibadi lemah laksana timah apabila terkena api ia akan hancur, apabila terketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.
Ayam kampung perlukan sepuluh orang untuk menangkapnya. Ia akan lari sekeliling kampung. Sepuluh orang mengepung di sana, menghambat di sini, menerpa di sana dan tersungkur di sini, namun ayam kampung masih gagah lari menyelamatkan diri. Setelah berhempas pulas sepuluh orang baru dapat menewaskan seekor ayam. Tatkala ayam itu disembelih, tiba-tiba ia bangkit, berjalan keliling rumah dengan kepalanya sekali-sekala terkulai ke bawah. Ia berjalan lagi hingga akhirnya rebah.Maka tamatlah riwayat seekor ayam kampung.
Seekor ayam bandar (sangkar) dikeluarkan dari dalam sangkar. Ia diletakkan di luar dan dibiarkan lepas. Ayam bandar ini terteleng-teleng, melihat sana, melihat sini. Kemudian dia melangkahkan kaki, masuk kembali ke dalam sangkarnya. Dia tidak pernah tahu bahawa selama mana berada di dalam sangkar semudah itu nyawanya akan melayang, selama mana dia berada di luar peluang untuk dia lari menyelamatkan diri lebih terbuka luas. Itulah berbezanya ayam kampung dengan ayam bandar.
Cabaran hidup telah menjadikan ayam kampung begitu bertenaga, berani dan punya wawasan, sedangkan ayam bandar tidak nampak peluang dan menjadi begitu lemah lagi malas. Kesusahan sentiasa menjadi penunu untuk seseorang itu muncul luar biasa bagus dan hebat sekali, sebaliknya kesenangan pasti akan menyebabkan kelemahan, bukan sahaja tubuh badan kadang-kadang dalam soal peribadahan. Orang yang hidup dalam tekanan adalah umpama besi waja. Ia keras dan sukar dikalahkan. Seseorang yang hidup dalam tekanan dan kepayahan sebenarnya sentiasa lebih kuat dan padu daripada mereka yang hidup dalam kesenangan. Maka itu, seorang yang miskin kadang-kadang lebih hebat peribadinya daripada seorang yang berada. Kekayaan adalah kekuatan dalam kelemahan, sedang kemiskinan kelemahan dalam kekuatan. Jadi, usahlah marah dengan keadaan jika anda tidak tergolong dalam kalangan orang senang.
Pada satu segi anda lebih kuat dan lebih hebat daripada orang senang. Kadang-kadang orang senang terlalu lemah hinggakan untuk menukar kepala paip yang sudah longgar perlukan orang kurang senang untuk melakukannya. Bukan disebabkan dia terlebih wang tetapi benar-benar kerana memang tidak pandai. Orang yang tidak pernah teruja oleh cabaran selalunya menjadi kian lemah sebaliknya orang yang hidup dalam ujian selalu bertambah kuat. Seorang gila selalunya tidak terurus segala hal, dia merayau-rayau dari satu tempat ke satu tempat. Pakaiannya tidak pernah berganti, makan minumnya apa-apa saja yang dijumpai. Tidurnya tidak menentu, tetapi dia kelihatan sihat. Jarang nampak orang gila terlantar sakit, tetapi hospital menjadi tumpuan orang normal dan hidup senang. Usah rasa tidak selesa dengan cabaran sebab cabaran sentiasa memberikan kekuatan. Hanya orang yang lemah akan menganggap cabaran melemahkan.
Cabaran bukanlah nasib malang tetapi ia membuka peluang. Jika peluang tidak terlihat ia tetap bernilai pengalaman. Pengalaman itu tidak ternilai harganya, ia tiada dijual, ia hanya ada pada orang yang mengalami. Semakin kesusahan itu mengetuk, semakin ia membentuk, ibarat seorang tukang emas menempa emas untuk dijadikan perhiasan wanita, semakin diketuk semakin berharga, semakin diketuk semakin tinggi harganya.
Apakah kita seperti emas yang sedang diketuk itu ?

Dr. HM Tuah

02 February 2008

Bangun Awal

Today's Quote :

"Imagination is everything. It is the preview
of life's coming attractions."
- Albert Einstein




Aku terpaksa akui aku ni memang jenis yang tak pandai nak bercerita atau menulis dengan lenggok bahasa yang sedap dibaca. Namun itu tidak akan menghalang aku untuk berkongsi apa yang aku rasa perlu dikongsikan. Mulai bulan ini, setiap minggu aku akan cuba untuk menyiarkan atau menulis artikel yang mungkin dapat membantu aku dan para pelawat laman ini mendapat inspirasi dan motivasi mengenai sesuatu perkara.

Jadi, minggu ini kita mulai dengan dua perkara dibawah:-


  • Sleep less. This is one of the best investments you can make to make your life more productive and rewarding. Most people do not need more than 6 hours to maintain an excellent state of health. Try getting up one hour earlier for 21 days and it will develop into a powerful habit. Remember, it is the quality not the quantity of sleep that is important. And just imagine having an extra 30 hours a month to spend on the things that are important to you. Kurangkan TIDUR. Kebanyakan dari kita cuma perlukan tak lebih dari 6 jam waktu tidur. Mulai esok cuba bangun satu jam lebih awal selam 21 hari. InsyaAllah ia kan menjadi kebiasaan dan kita akan mendapat lebihan jam sebanyak 30 atau 31 jam sebulan yang mana kita boleh gunakan samada untuk membaca buku ke, beribadat ke atau melakukan senaman ke atau perkara-perkara yang memberi faedah pada kita atau keluarga kita. Cuba ler...kalau kita biasa bangun pukul 6 pagi, esok kita mula bangun jam 5 pagi. Mula-mula tu agak payah sikit tapi InsyaAllah kalau kita ada azam dan objektif yang kuat, pasti boleh punye...
  • Set aside one hour every morning for personal development matters. Meditate, visualize your day, read inspirational texts to set the tone of your day, listen to motivational tapes or read great literature. Take this quiet period to vitalize and energize your spirit for the productive day ahead. Watch the sun rise once a week or be with nature. Starting the day off well is a powerful strategy for self-renewal and personal effectiveness.
    Kalau kita dah ada extra satu jam setiap hari dengan bangun awal, kita boleh juga gunakan waktu untuk bersendirian. Kita boleh je bertafakur, berzikir, bertahmid, baca Al-Quran atau baca buku-buku yang boleh memberikan kita inspirasi. Pasti anda akn merasakan perbezaan pada diri anda untuk memulakan hari dengan penuh ceria dan bersemangat.
SELAMAT MENCUBA...

Dipetik dari Robin Sharma.
Get Free Shots from Snap.com