07 October 2010

Pertemuan yang sempat di rakam

Pulang bercuti ke Malaya baru-baru ni agak spesel sikit pasal dapat bertemu dengan kekawan yang sungguh lama terpisah. Yelah, tahun 1980 dulu mana lah ada e-mail, YM ataupun FB. Maka selepas berpisah sekolah pada 1980, maka ramailah antara kita ni yang terpisah terus. Maka, mukabuku akhirnya berjaya jugak menemukan teman taulan yang sekian lama tidak ketemu.

Pertemuan teman-teman Sekolah Rendah Larkin Satu pada 31hb Julai 2010 di Pulai Springs Resort. Satu pertemuan yang aku kira cukup bersejarah. Reflecting back malam tu, memang kecoh sampai tutup restoran tu pindah pulak ke kedai luar. Abg long (Gman) yg masih ala-ala taiko, Judin yg asyik senyum jer, Lan & Amzah yg asik buat lawak memanjang, Pijah yg asyik nak bercakap jer, Jun serta Zizah dok makan jer, sekali-kali senyum... yg si ajid, dz, aris tuan loyer, naim bo serta keder dok tukang dengar si Kok Leong dok bukak cerita masa sekolah dulu... power betul memori apek sorang ni...

Ini lah teman-teman masa kecik-kecik dulu. Seronok yang tidak terkata kerana ramai gak yang tak bersua selama 30 tahun tapi perangai bila jumpa dah macam kanak-kanak girang gitu....
Berdiri dari kiri - Yazid, Norazman, Azlan, Khaidir, Norhafizah, Haris, Azizah, Junainah, Tajudin & Yong KL
Mencangkung dari kiri : Zuraili, Dzulkifli, Naim & Amzah

Tak tahu lah apa yg ditemberangkan oleh DZ pasal perut dia tu. Yang lain dok pakat tersengih jer... aku rasa dia dok cakap cara-cara membesarkan perut supaya nampak macho gitu .... 

Semua gambar reunion ini credit to Nurhafizah @ Pijah yang diciluk dari FBnya.

Seminggu kemudian (pada 7hb Ogos 2010) dapat pula bertemu dengan kekawan masa di sekolah menengah. Pertemuan dirancangkan di PNB Ilham Resort PD yang telah diusahakan oleh Yusri dan Anuar. Malangnya mereka berdua bersama keluarga masing2 terpaksa pulang pd petang itu juga kerana kemalangan maut yang telah menimpa adik ipar mereka.

Duduk dari kanan - Mastor, Amir, Mawi, Zuraili @ Wak Jor, A Aziz @ Gajah, Zaidut
Berdiri dari kanan - Man Kudo, isteri Mawi, Sharina @ SBO, Radziah , Zulina (isteri zaidut) & isteri Wak Jor.

Ramai betul peminat sedang mengerumun Mawi ni ...

Hah.... yang kat bawah ni pulak bersama Hj Sadimin serta isteri nya semasa menghadiri majlis perkahwinan Ustaz Qamarul di Kota Singa (Singapura aka Singapore).




Yang ini pula bersama sahabat serumah dan sepejabat di PCOC dulu;  Azilan & Zarina dengan family masing-masing semasa berbuka puasa di Singgah Selalu, Danga Bay di Johor Bahru. Azilan masih di PCOC, Zarina di Singapura dan aku di Arab Saudi tapi jarak tidak pernah 'memisahkan' kami.

Banyak lagi pertemuan dengan rakan taulan yang lain yang tak sempat dirakamkan namun yang pastinya ia sudah terakam sebagai memori yang indah...

Dari Pontian ke Air Papan
Singgah di JB membeli roti
Sungguh lama kita berkawan
Hingga kini tetap di hati

1 comment:

  1. Once a friend will always be a friend forever . Yusri.

    ReplyDelete

Get Free Shots from Snap.com