Seminggu ini aku dan isteri sibuk melayan anak-anak membeli peralatan dan persiapan sekolah mereka. Anak aku yang ke empat akan memasuki darjah satu dan dia begitu teruja dan tak sabar nak ke sekolah. Anak aku yang sulong pula akan masuk menengah satu.
Perbelanjaan untuk mereka jangan cakap lah, semput kita dibuatnya. Baju, kasut, bag, buku-buku (walaupun buku teks akan diberi percuma tapi pertambahan buku-buku aktiviti seperti tidak menampakkan sebarang penurunan perbelanjaan ), yuran-yuran yang pelbagai jenis. Bila lah agaknya rakyat Malaysia akan dapat menikmati pendidikan rendah yang percuma dalam erti kata yang sebenarnya?
Bagaimana agaknya mereka yang memang kurang berkemampuan, pasti saat-saat anak nak kesekolah sesuatu yang merungsingkan mereka.
Jadi dalam pada kita memikirkan anak keluarga kita, ingat-ingat lah kepada mereka yang kurang bernasib baik. dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan terima.
No comments:
Post a Comment